Merawat Orang lain dan Dirawat

Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka.

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan Kareem

Bulan Ramadhan, bulan yang diturunkannya Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan penbeza antara yang haq dan yang batil

Seminar bertukar Camping

Kenangan sewaktu di Sungai Congkak.

Jalinan Ukkhuwah Junior dan Senior

Ya Allah, Kau ikatkanlah hati-hati kami kerana Mu.

Pesan Ayah sebelum ke Relief Mission Sabah 2011

“ Apa yang along dan kawan-kawan lakukan ini boleh dianggap juga sebagai pendakwah, kerana sebagai seorang pendakwah seharusnya bersikap sentiasa memberi dan bukannya mengharapkan pemberian dari orang lain seperti sikap sesetengah yang lain”

Travelog Umrah

Ku bermohon agar kedatangan aku yang lalu tidak menjadi kedatangan ku yang terakhir ke rumah Mu.

5 for Palestine

Moga-moga semangat kita masih terus membara untuk membela rakyat Palestin. Terima kasih buat warga Eropah kerana telah menjayakan program ini.Tahniah juga buat ISMA Ireland kerana berjaya membuat kutipan yang tertinggi.

Sunday, October 11, 2009

KejerNihAn Dari Yang HItaM.....

Assalamualaikum w.b.t.....

smoga kita sentiasa berada dalam limpah kurnia dan rahmt-Nya....
dan kita berharap agar iman dan amal kita sentiasa terpelihara dari sebarang hasutan dan bisikan syaitan di samping terus berada dalam perniagaan yang menguntungkan ini....

dalam sedar tak sedar, dalam usia 19 tahun ini, kita telah menghadapi pelbagai jenis ujian samada dalam bentuk kesenangan mahupun kesusahan... namun begitu, masih banyak lagi halangan yang perlu kite tempuh di sepanjang usia kita.... apa yang baru kita hadapai ini belum sampai lg tahap super duper hokage tahap ke-5.... (bak kata Ustaz Azli).......

semakin kita membesar, semakin usia kita bertambah, semakin matang pemikiran kita dan semakin itu jugalah tanggungjawab yang harus dipikul oleh diri kita semakin bertambah....

hipotesis:-

Semakin kita bertambah besar, semakn banyk tanggungjawab dan cabaran yang harus kita hadapi.. ( boleh dijadikan RQ nih)...

namun, kehidupan kita sebagai seorang hamba memang tak dapat lari dari ujian yang ditetapkan dan kita memang harus menghadapinya...

Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.(2:155)

Sudah pasti bahawa Allah akan menguji setiap hambanya, namun bergantung kepada kita bagaimana untuk manghadapi ujian tersebut samada mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam ataupun sebaliknya.....

kita seharusnya ingat bahawa setiap ujian yang datang menimpa kita adalah demi kebaikan kita sendiri..... walaupun mungkin tidak dapat dilihat secara zahirnya, namun percayalah there is a lining silver behind it... mungkin hikmahnya tidak dapat dilihat pada tika ini tetapi kita hanya mungkin dapat melihatnya dalam masa 20 - 30 tahun akan datang....

ku minta bunga yang cantik,
tapi diberi kaktus berduri,
yang hanya akan melukakan diriku sendiri,
ku minta kehidupan yang berseri,
tapi hujan yang menimpa sepanjang hari

Kemudian,

setelah sekian lama,
akhirnya aku sedar bahawa aku telah mendapat bunga yang begitu indah sekali,
walaupun pada awalnya penuh dengan duri,
aku juga sedar bahawa kehidupanku amat berseri
kerna pada akhirnya aku dikurniakan sejalur pelangi,


rupa-rupanya ujian itu harus kita hadapi terlebih dahulu sebelum mendapat sesuatu yang kita impikan...
kita wajib yakin bahawa Allah Maha Mengetahui segala-galanya dan juga apa yang terbaik buat kita.....

kita sebenrnya mampu untuk menghadapi ujian yang datang menimpa kita kerana hal ini telah dijanjikan oleh Allah,

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya....... (2:286)

kita sebagai seorang hamba seharusnya kembali kepda MAha Pencipta,
kerana Dia lah sebaik-baik penolong dan pembantu buat diri kita,

Ya'qub menjawab: "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya." (12:86)

(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun"(2:156)


so, kita kene sentiasa ingat kepada Dia-lah yang kita sembah,
dan kepada-Nya jua kita mohon pertolongan...




smoga untuk post kali nie kita sama-sama dapat mengambil manfaat,
jangan biarkan ianya mengalir seperti air di mata dan telinga kita...
Insyaallah...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More