Merawat Orang lain dan Dirawat

Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka.

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan Kareem

Bulan Ramadhan, bulan yang diturunkannya Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan penbeza antara yang haq dan yang batil

Seminar bertukar Camping

Kenangan sewaktu di Sungai Congkak.

Jalinan Ukkhuwah Junior dan Senior

Ya Allah, Kau ikatkanlah hati-hati kami kerana Mu.

Pesan Ayah sebelum ke Relief Mission Sabah 2011

“ Apa yang along dan kawan-kawan lakukan ini boleh dianggap juga sebagai pendakwah, kerana sebagai seorang pendakwah seharusnya bersikap sentiasa memberi dan bukannya mengharapkan pemberian dari orang lain seperti sikap sesetengah yang lain”

Travelog Umrah

Ku bermohon agar kedatangan aku yang lalu tidak menjadi kedatangan ku yang terakhir ke rumah Mu.

5 for Palestine

Moga-moga semangat kita masih terus membara untuk membela rakyat Palestin. Terima kasih buat warga Eropah kerana telah menjayakan program ini.Tahniah juga buat ISMA Ireland kerana berjaya membuat kutipan yang tertinggi.

Sunday, March 21, 2010

Aktiviti sewaktu cuti…..

Cuti kali nie memberikan seribu satu erti buat aku… hampir sepanjang masa bergelumang dengan buku… memndangkan final exam dah nak tiba.. waktu cuti gak r tanggungjawab sebagai ketua keluarga terpikul kat bahu nih sebab mak ayah perlu ke Sabah… so tinggal r kami 5 beradik kat rumah… tuk 4 hari yang pertama kene stay kat umah saja…

Masak-memasak

time cuti nie r baru ada peluang tuk masak memasak nih…. Memandangkan diri nih tak pandai sangt memasak, so amik r peluang nih tuk belajar memasak….. ditambah pula ngan ketiadaan mak ngan ayah dirumah, tanggungjawab masak-memasak nih terpikul kat bahu angah… so diri pun menyibukkan diri kat dapur tuk belajar memasak…. Lauk pertama yang aku pernah masak ialah sambal udang, tapi tu dah peristiwa sewaktu aku form 4/5 (waktu nih parent g umrah), tapi dah tak ingt resepinya macam mana skunk nih.. so time menyibukkan diri tu, belajar r dari angh cam ne nak masak ayam masak kuning ngan sayur goreng.. sayur goreng tu memang 90 percent air tngn aku n first time gak lauk tu menjadi… petang tu gak amik decision tuk masak ikan sambal lak…. Tp time menumis sambal tbe2 baru terperasan yang sambal tu dah kering, n cepat2 r masukkan ikan ke dalam kuali.. tp nak wat cam ne, lauk tu hangus gak..

g berjalan2..

time cuti nih gak r kite ada masa bersama ngan family… so, time waktu petang amik peluang bawak adik2 ke taman rekreasi.. boleh gak r relakskan otak setelah asyik bersahabt ngan buku… seronok gak r bile tngk anak kecik jiran sebelah (time tu bawak die skali) main2 kat situ.. teringt gak r waktu kecik2 dulu…. Amik gak r pelung nih tuk bersenam sikit n tak perlu stay kat rumah sahaja….

Buku Berulat..

Waktu cuti gak dimanfaatkan tuk menjadi ulat kepada para buku sekalian…. Pagi ngan subjek chem., tengh hari subjek math lak n petang ckt baca econ lak…. Malam bersambung ngan subjek bio… klu ada masa sedikit, akan amik peluang untuk menulis blog tak pown membuat sedikit latihan… apa yang penting kita sentiasa berusaha, istiqamah dan melakukannya sebaik mungkin…. Lastly, study smart walaupun anda seorang yang workaholic….. :D
Klu diikutkan ada beberapa aktiviti laen yang dibuat kat rumah.. namun ini hanya sebahagian sahaja yang mampu diceritakan…. Insyaallah smoga kita sentiasa memmanfaatkan waktu cuti kita…..

Tuesday, March 16, 2010

Mana satu pilihan Kita????? Lilin atau pelita….

Assalamualaikum w.b.t…

Alhamdulillah dalam masa yang sedikit terluang nih, harap kita mampu untuk ingt-mengingati antara satu sama lain walaupun time tengh bercuti sakan….
Harap waktu cuti nih tidak menjadikan kita terus leka dalam beramal kepadaNya…
Lilin atau pelita…

Sekiranya kita diberi pilihan sama ada untuk menjadi seperti lilin atau pelita, mana satu yang akan kita pilih???

Secara umumnya, kedua-dua bende tadi nih menerangi diri kita pada waktu malam..
But, there is still a different between them…. (of course diorang berbeza dari segi bentuk dan bahan nak buat bende nih.. jawapan nih diREJECT sama skali)

Dakwah mampu untuk mengeluarkan seseorang dari kegelapan kepada cahaya Hidayah… tapi adakah dalam usaha kita untuk berdakwah, kita benar2 mengamalkan apa yang kita sampaikan…. Kita sentiasa menasihati orang lain tapi adakah dalam pada masa yang sama kita turut menasihati diri kita sendiri…???

Sama r macam lilin, yang menerangi orang lain pada waktu malam tapi dalam pada masa yang sama turut membakar diri.. last2 dirinya sudah tidak mampu untuk menerangi orang lain… dan akhirnya sisa lilin tadi dibuang begitu saja…



Jadikanlah diri kita seperti pelita, yang sentiasa menrangi orang lain tanpa menyebabkan dirinya terbakar… pelita tadi akan sentiasa terus menerangi dan member manfaat kepada mereka yang memerlukannya.. apabila “bahan bakar” dah berkurangan, pelita tadi akan berusaha mencari bahan bakar supaya dapat terus memberikan manfaat kepada orang lain….

So, the moral is, jadi r seperti pelita…. Pesanan buat si lilin, janganlah anda terus mengorbankan dan melupakan diri anda….

Friday, March 12, 2010

MAcam MAne Ngan KIta Pulak????

Assalamualaikum w.b.t....
bile dengar jer perkataan cuti mesti ramai yang dah tersenyum lebar.....
ape tak nyer, time cuti r biasanya kita akan bersama keluarga ataupun buat apa2 perancangan yang dah dirancang sebelum tu...

tapi apa pulak perancangan kita sebagai seorang muslim?????

hmmm...
apakah persediaan kita bagi menghadapi musim cuti nih????
seelok-eloknya kita buat sesuatu yang berfaedah...
bukan asyik tido jer....
ada yang kata time nih nak balas dendam balk masa tido yang terlepas time persekolahan dulu....

takkan nak habiskan masa dengan tido saja..
(ada yang mengatakan bahawa tido adalah salah satu ubat yang mujarab tapi jangan sampai terlebih dos pulak)

Buat r somthing yang berfaedah walaupown skecil2 perkara...
time cuti nih sila r jaga iman n jaga hati...
study pown kene jaga gak coz dah nak final exam nih... doakan kami berjaya dalam peperiksaan IB t... Insyaallah...

Teruskan berusaha...

Saturday, March 6, 2010

Atas NAma CinTA

assalamualaikum w.b.t...

di pagi2 yang buta nih, nak ambil sedikit kesempatan untuk menyampaikan wakaupun sapotong ayat....

so, bile time mata nih masih mamai, rambut pown masih serabut ag, tefikir gak r tuk bercerita tentang atas dasar apa kita nih berkawan...

kalau kita menyingkap balik sejarah kita, sejak kita lahir hinggalah sekarang nih, kita dah pown dengn pelbagai jenis manusia dan ada di antaranya yang menjadi sahabat kita.

ada yang bersahabat sehingga ke akhir hayat dan ada yang bersahabat atas dasar kepentingan diri sendiri....

kadang2 ada yang boleh membuat sahabat ketika sedang bermain DOTA..
saling tolong-menolong dalam membunuh hero-hero dalam DOTA... dan dari situ r wujudnya persahabatan atas dasar 'bermain DOTA'... klu salah seorang memang lemah dalam bermain DOTA, adakah mereka akan terus memberi kepercayaan kepada yang si lemah tadi untuk dalam menjayakan misi yang sia2 ketika bermain DOTA...???

ada yang bersahabat atas dasar perniagaan, maka itulah yang mengeratkan mereka berdua... namun, ukkhuwah mereka akan putus sekiranya mereka menipu antara satu sama lain dalam perniagaan tersebut....

namun,
disebabkan atas dasar kita sebagai muslim,
kita seharusnya bersahabat kerana Allah kerana atas dasar inilah kita akan bersahabat dengan semua orang tanpa melihat kelemahan yang ada pada diri mereka...

so atas dasar ape yk kita bersahabat??? jom fikirkan bersama....

Wednesday, March 3, 2010

ADakah Kita Benar2 xxxxxxx???

assalamualaikum w.b.t...

alhamdullilah kerana masih diberi sedikit peluang dan ruang untuk berkongsi sedikit apa yang dimiliki....
bak kata orang

Sharing is Caring...



Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. (9:24)



Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya (4:59)

berdasarkan kedua2 ayat di atas, kita dapt melihat bahawa kedua2 ayat tersebut menekankan akan kepentingan kita meltakkan Allah dan RasulNya sebagai yang lebih utama dalam hidup kita...

namun begitu, cuba kita muhasabah kembali diri kita.. Adakah kita benar2 meletakkan Allah sebagai yang utama dan yang pertama???? cuba renung2kan.....

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More