Merawat Orang lain dan Dirawat

Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka.

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan Kareem

Bulan Ramadhan, bulan yang diturunkannya Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan penbeza antara yang haq dan yang batil

Seminar bertukar Camping

Kenangan sewaktu di Sungai Congkak.

Jalinan Ukkhuwah Junior dan Senior

Ya Allah, Kau ikatkanlah hati-hati kami kerana Mu.

Pesan Ayah sebelum ke Relief Mission Sabah 2011

“ Apa yang along dan kawan-kawan lakukan ini boleh dianggap juga sebagai pendakwah, kerana sebagai seorang pendakwah seharusnya bersikap sentiasa memberi dan bukannya mengharapkan pemberian dari orang lain seperti sikap sesetengah yang lain”

Travelog Umrah

Ku bermohon agar kedatangan aku yang lalu tidak menjadi kedatangan ku yang terakhir ke rumah Mu.

5 for Palestine

Moga-moga semangat kita masih terus membara untuk membela rakyat Palestin. Terima kasih buat warga Eropah kerana telah menjayakan program ini.Tahniah juga buat ISMA Ireland kerana berjaya membuat kutipan yang tertinggi.

Sunday, April 25, 2010

Hati- HaTi DenGAn VirUS

Assalamualaikum w.b.t

laptop Acer nih klu diikutkan dah 2-3 kali kene format gara-gara kene virus. Bile dah terkena virus mule r komputer jadi lembap dan kadang2 tuh nak bukak folder atau any dokumen pun kene tunggu lama. klu diikutkan RAM komputer nih agak tinggi iaitu 2.2 GHz. RAM yang tinggi nih sepatutnya takde masalah untuk transfer fail dalam masa yang singkat. tapi dengan hadirnya tanpa kusedari menyebabkan komputer nih semakin perlahan n terus perlahan yang akhirnya menyebabkan komputer ini perlu diformat gak.



tapi kehidupan sebagai seorang daie dan Islam secara amnya, kita memang tidak akan terlepas dari sebarang jangkitan virus. Virus nih boleh wujud dalam pelbagai bentuk samada kita sedar atau tidak dan kita perlu tahu punca2 yang mendorong kepada penyumbangan virus dalam diri kita.



Hiburan yang melampau, pengaruh negatif rakan2 dan juga kemaksiatan yang kita lakukan adalah antara sumber utama kepada virus2. Sumber2 sebeginilah yang menyebabkan diri kita semakin terdedah dengan pelbagai jenis virus seperti virus malas, takbur dan lalai. Akibatnya, hati seseorang itu akan semakin mengeras dan turut menyebabkan dirinya terasa semakin berat untuk bergerak. Akhirnya, usaha dakwah yang dilakukannya menjadi semakin perlahan dan tidak efisien walaupun dirinya mempunyai potensi yang besar dalam berdakwah.

sebagai seorng yang faqih dalam agamanya, kita perlu menyediakan antivirus yang sebaiknya dan juga menyediakan firewall yang mantap bagi menghalang virus2 nih dari terus menyusup masuk dalam hati kita. Jadikanlah Al-Quran sebagai pendamping agar kita sentiasa mampu bermujadah dalam melawan virus2 nih disamping menjadikan usaha dakwah yang kita lakukan sentiasa mantap dan bersemangat.

Monday, April 19, 2010

UkkkhuWah DaLaM BErdaKwah

Assalamualaikum w.b.t.

TEringat pulak kepada kisah Nabi Musa ketika diperintahkan oleh Allah untuk berdakwah kepada Firaun. Bayangkan betapa hebatnya cabaran yang dihadapi oleh Nabi Musa apabila Baginda terpaksa berhadapan dengan seorang raja, seorang yang mengaku dirinya sebagai tuhan, dan juga seorang yang telah membesarkan Nabi Musa sejak kecil lagi. Nabi Musa sedar bahawa dirinya memerlukan seseorang untuk membantunya menghadapi Firaun...

dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku,
(yaitu) Harun, saudaraku,
teguhkanlah dengan dia kekuatanku,
dan jadikankanlah dia sekutu dalam urusanku
supaya kami banyak bertasbih kepada Engkau,(20: 29-33)


Dalam menghadapi situasi sekarang, ukkhuwah merupakan salah satu faktor penting untuk kita berdakwah kepada masyarakat. Ukkhuwah ini mampu mengingatkan kita sekiranya kita terlupa, membantu disaat kita kelemahan dan juga yang penting sekali bersama-sama dengan kita untuk menggerakkan usaha dakwah ini. Inilah nilai ukkhuwah yang sebenarnya dimana kita perlu bersama-sama menegakkan kembali agama ISlam.



Islam Takkan tertegak sekiranya kita bergerak secara sendirian. Kerjasama dari semua pihak adalah perlu dalam mengembalikan semula kegemilangan Islam. Ukkhuwah atas dasar akidah yang satu adalah satu2nya cara menyatukan kembali umat Islam yang telah sekian lama berpecah atas dasar idelogi2 Barat. Maka kita perlu memulihkan kembali semangat yang hilang antara sesama umat ISlam. last but not least, sentiasa berlapang dada dan bersikap lembut antara sesama umat Islam dan tegas terhadap orang kafir.

Sunday, April 18, 2010

Perkara yang Sering DiulaNG

Assalamualaikum w.b.t.

"Tak abs2 pasal topik nih.. takde topik laen kew? cube r bawak cite yang best2 ckt. contohnya macam perlawanan bolasepak antara MU dengan MC. TAK POWN cite pasal F1 kat sepang ari tu lagi best." kata si X.

Namun kita harus sedar bahawa keikhlasan merupakan aspek yang terpenting dalam penerimaan sesuatu ibdah.

dan sememangnya bende ini harus diulang2 agar kita sentiasa mengikhlaskan niat kita dalam semua perkara. Klu kita baca kitab Fiqh krangan Imam As-syafie skali pun, bab pertama yang disentuh adalah bab 'Thaharah'/bersuci. (macam takde kaitan pown bab Thaharah nie dgn bab ikhlas).

antara perkara yang Imam As-Syafie tekankan dalam bab Thaharah ialah kebersihan hati. yakni kita kene sentiasa membersihkan hati kita dan sentiasa ikhlas dalam ibadah. Orang yang bersolat tanpa berwudhu' tidak akan diterima solatnya maka samalh perumpamaan orang yang beribadah tanpa keihklasan.

Sahabat Abi Hurairah ra berkata, bahwa Rasulullah saw telah bersabda: "Sesungguhnya Allah swt tidak melihat (menilai) bentuk tubuh serta kemolekan wajahmu, tetapi Allah melihat (menilai) keikhlasan hatimu." (HR. Bukhari dan Muslim).

dan ingtlah bahawa segla amalan kita ini hanya untuk Allah. Renung2kan.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More