Merawat Orang lain dan Dirawat

Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka.

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan Kareem

Bulan Ramadhan, bulan yang diturunkannya Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan penbeza antara yang haq dan yang batil

Seminar bertukar Camping

Kenangan sewaktu di Sungai Congkak.

Jalinan Ukkhuwah Junior dan Senior

Ya Allah, Kau ikatkanlah hati-hati kami kerana Mu.

Pesan Ayah sebelum ke Relief Mission Sabah 2011

“ Apa yang along dan kawan-kawan lakukan ini boleh dianggap juga sebagai pendakwah, kerana sebagai seorang pendakwah seharusnya bersikap sentiasa memberi dan bukannya mengharapkan pemberian dari orang lain seperti sikap sesetengah yang lain”

Travelog Umrah

Ku bermohon agar kedatangan aku yang lalu tidak menjadi kedatangan ku yang terakhir ke rumah Mu.

5 for Palestine

Moga-moga semangat kita masih terus membara untuk membela rakyat Palestin. Terima kasih buat warga Eropah kerana telah menjayakan program ini.Tahniah juga buat ISMA Ireland kerana berjaya membuat kutipan yang tertinggi.

Sunday, October 24, 2010

AdakalaNYa KitA LElaH

Assalamulaikum w.b.t

Ada masanya seorang daie itu akan terhenti langkahnya. Akan tiba jua disaat seorang daie itu merasa lelah. Umpama sebuah enjin yang akhirnya perlu berhenti untuk disejukkan terlebih dahulu. Analoginya, sebuah jentera itu takkan boleh terus bergerak selama2xnya. Ianya ada masa perlu disejukkan seketika agar membolehkannya terus untuk melakukan tugasnya. Dan itulah fitrah sebagai seorang makhluk. tak mampu untuk bergerak berterusan.


Sebagai daie, adakalanya kita perlu bergerak berbatu jauhnya semata2x untuk mentajmik sana sini. Keletihan ini berterusan apabila kita masih perlu menunaikan tangunggjawab2x lain yang terpikul dibahunya kerana setiap tanggungjawab itu akan dipersoalkan di akhirat kelak. Ada yang sanggup menghabiskan wang ringgit untuk para mad'u nya dan juga setiap perbelanjaan yang diperlukan dalam jalan dakwah ini.



Berusaha Hingga ke Akhirnya......



Ya. Diri kita akan merasa penat. Itulah hakikatnya. Namun apabila kita berada dalam situasi sebegini, kita perlulah 'berehat' seketika. berehat bukan erti kata berhenti dari terus menyampaikan dakwah, senyap tanpa sebarang khabar ataupown lebih teruk keluar terus dari jalan dakwah ini. Tp konteks berehat ini adalah lebih kepada memuhasabah dan memotivasikan kembali diri kita apabila kita lelah.



Adakah tugas kita sudah selesai?

adakah kita sudah cukup menyumbang terhadap Islam?

Tidakkah kita teringin melihat bahawa suatu masa nanti Islam itu
kembli tertegak di bumi ini walaupown kemungkinan kita telah tiada pada
ketika itu?



Fikirkan sejenak. Cuba generatekan kembali segala ATP yang ada dalam jiwa. Salurkan kesemua ATP kepada segenap otot samada di bahagian upper limb or lower limb. Ransangkan kembali segala nerve2x n blood vessel yang ada. Segarkan kembali minda kita dan kukuhkan kembali setiap langkah kita. Buangkn segala toxin2x dan racun yang ada dalam hati dengan mengikhlaskan kembali niat kita setiap masa kerana kita inginkan penat kita itu berbaloi. ingatlah bahwa walaupown pada tika dan saat ini kita menerima pelbagai dugaan dan onak duri yang sentiasa mencucuk, namun kita perlu sedar bahawa dipenghujungnya adalah satu perkara yang amat manis. wassalam.

Thursday, October 21, 2010

Jalinan Ukkhuwah Musim Sejuk 2010 (JUMS)

Assalamualaikum...

Nak jemput rakan2x sekalian untuk menghadiri program Jalinan Ukkhuwah Musim Sejuk yang dianjurkan oleh ISMA Eropah.

Apa?
- Jalinan Ukhuwah Musim Sejuk 2010

Bila?
- 23 - 26 Disember 2010

Di mana?
- Glasgow, Scotland

Siapa?
- Pelajar-pelajar dari UK, Ireland, Republic Czech, German, dan yang berdekatan dengannya (baca: Eropah)

Nak sertai?
- Daftar atas-talian di:
http://jums10.ismaeropah.com/?page_id=43









Feel free to tell others~!

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More