Merawat Orang lain dan Dirawat

Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka.

Wednesday, July 1, 2009

Biodata Penulis

Bismillahirrahnirrahim....


Nama penuh penulis ialah Abdul Salam bin Abd Manaff dan merupakan anak sulung daripada 5 orang adik-beradik. Dilahirkan di Jerantut Pahang dan kini menetap di Tampin, Negeri Sembilan.

Anak kepada dua orang guru ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tebong yang terletak di Melaka. Ketika berusia 12 tahun, beliau berpindah ke Sekolah Kebangsaan Tampin dan seterusnya mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di sekolah tersebut.

Kemudiannya beliau melanjutkan pelajaran dalam aliran agama di Sekolah Menengah Kebangsaan Tampin (kini lebih dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Syed Idrus). Seterusnya berpindah ke Sekolah Menegah Jenis Kebangsaan Pulau Sebang dan kemudiannya ke MRSM Muadzam Shah.

Setelah menamatkan pengajian menengah atas, pengajiannya diteruskan di Kolej MARA Banting selama 2 tahun. Kini beliau sedang menuntut di Universiti College Dublin (UCD) , Republic of Ireland dan mengambil bidang perubatan sebagai bidang kerjaya.

Seorang yang gemar bermain badminton disamping berminat dengan beberapa sukan lasak yang lain seperti Tae Kwon Do, Silat dan mendaki gunung. Beliau guna gemar mengaktifkan diri dalam beberapa buah persatuan seperti Ikatan Muslimin Malaysia, UCD Islamic Society (ISoc) dan juga Islamic Medical Associtiation Malaysia (IMAM).

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More