Merawat Orang lain dan Dirawat

Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka.

Monday, May 16, 2011

IB oh IB…

Assalamualaikum w.b.t

     Post kali nih merupakan permintaan dari seorang junior di KMB yang minta menceritakan sedikit perasaan sewaktu menunggu keputusan IB. Insyaallah akan cuba menceritakan serba sedikit perasaan sewaktu menunggu result IB..

 

Terasa kehilangan

     Dua tahun berada di Kolej MARA Banting terasa begitu singkat sekali. Peperiksaan IB baru sahaja selesai dan sekarang pula sibuk mengemas barang-barang yang hendak dibawa pulang. Waktu tu result IB tak berapa nak difikirkan sangat kerana sibuk mengemas dan juga tak mahu memberatkan kepala dengan sesuatu yang belum pasti. Sebelum itu ada juga ura-ura mengatakan bahawa result untuk batch kali ni akan jatuh sama seperti batch sebelumnya cuma tak pasti samada lebih teruk atau sebaliknya.

     Berita tentang ramai yang kantoi TOK sewaktu peperiksaan turut memberikan sedikit tekanan buat pelajar2x IB waktu tu kerana kantoi TOK bermakna kemungkinan untuk tidak fly adalah tinggi. Tapi waktu tu, aku persetankan saja semua perasaan tu kerana ada perkara yang lebih penting untuk aku uruskan. Semua buku-buku harus disusun kembali dan segala kertas yang tidak diperlukan harus dibuang. Suasana hiruk-pikuk ahli keluarga yang  lain sudah terbayang dalam kepala. Kehadiran mereka dalam benak kepala turut menghalang aku memikirkan result IB yang bakal keluar nanti.

     Setelah bilik dikosongkan, terasa sayu pula rasanya. Perasaan sedih mencurah-curah kerana bakal meninggalkan bilik yang menjadi teman selama 2 tahun. Apabila melihat kembali bilik kosong itu, terbayang kembali saat-saat mula menjejakkan kaki ke situ. Sama rupa dan sama keadaan. Kaki terasa berat untuk melangkah tapi emak dan ayah sudah lama menunggu di bawah untuk bergerak pulang. Bergerak meninggalkan kolej yang penuh suka dan duka. Terasa kehilangan untuk seketika…….

Bandar Muadzam Bandar Kenangan.

     Zusssss….. Kenderaan yang aku pandu bergerak laju menuju Bandar Muadzam Shah. Bandar yang turut menyimpan seribu satu kenangan. Perjalanan aku kali ini bukanlah berseorangan tetapi turut ditemani beberapa rakan ku yang lain yang turut mengambil IB. Aku sahaja yang mengambil IB di KMB manakala rakanku yang lain mengambilnya di KMS. Sebenarnya perasaan kami bercampur-baur. Perasaan cuak ada, perasaan takut pun ada. Kami tahu yang hari itu adalah hari dimana keputusan IB akan diumumkan. Hari yang menentukan samada kami berjaya atau sebaliknya.

    Perasaan kami bertambah gelisah apabila kami mendapat beberapa panggilan dari rakan-rakan KMS bahawa mereka sudah tahu keputusan mereka walaupun tak diumumkan secara rasmi (tak semua pelajar KMS tahu keputusan mereka waktu tu). Rakan-rakanku dari KMS bertambah cuak ditambah pula ada khabar yang mengatakan ramai yang tidak lepas requirement yang diperlukan pihak penaja.

    Tempiasnya turut aku rasai. Perasaan takut itu usah diceritakan. Waktu tu teringin juga nak mengetahui khabar berita dari KMB. Apakah baik atau sebaliknya? Seandainya result di KMS jatuh maka KMB turut sama jatuhnya kerana tiada apa yang membezakan antara pelajar KMB dan juga KMS. Waktu tu try r jugak call mana2x member KMB mana tau kalau-kalau ada sebarang khabar yang ingin disampaikan. Malangnya tiada sebarang berita walau sedikit.

Saat yang ditunggu

     Malamnya aku selamat sampai di rumah setelah pulang dari Muadzam Shah. Walaupun letih tetapi perasaan cuak melebihi perasaan letih yang ada pada waktu tu. Apa tidaknya, malam itu merupakan malam keputusan rasmi IB diumumkan. Terketar-ketar jari-jemari sewaktu menekan papan kekunci. Mata tekun merenung skrin komputer untuk memastikan setiap maklumat dimasukkan dengan betul. Emak dan ayah yang berdiri disebelah turut menambahkan perasaan takut pada waktu itu. Namun, apabila butang enter ditekan, tiada apa yang keluar. IB belum keluar.

     Lantas segala status di facebook aku perhatikan. Mana tahu kalau-kalau ada rakan-rakanku yang sudah tahu keputusan mereka namun segalanya hampa. Yang ada hanyalah doa-doa dari rakan-rakan yang mengharapkan semuanya berjaya. Kecewa dan sedikit hampa.

    Setelah sekian lama, keluar satu status yang cukup menggetarkan hati. Keputusan rasmi sudah dikeluarkan. Waktu itu apa yang ada di dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu. Aku mengambil keputusan untuk tidak menyemak keputusanku. AKu biarkan sahaja komputer itu terpampang. Waktu itu, hanya ketenangan yang aku harapkan agar segala ketentuan dapat aku terima dengan tenang. Agak lama juga aku biarkan komputer tu, mahu setengah jam rasanya.

    Akhirnya aku berada di depan komputer semula. Jiwa aku lebih tenang dan aku bersedia dengan segala apa yang bakal terpapar nanti. Ahli keluargaku yang lain berada disebelah untuk bersama-sama memberikan semangat. Dengan Bismillah, aku memasukkan satu persatu maklumat yang diperlukan. Butang Enter ditekan kemudian terpampang keputusan rasmi IB. Waktu itu aku kaku seketika. Meneliti setiap bait tulisan yang ada. Setelah diamati betul-betul, aku berjaya. Aku berjaya dengan result IB ku. Emak dan ayah yang berdiri disebelah segera aku peluk. Terasa ingin menangis. Segala penat jerih akhirnya berbaloi. Walaupun result semester aku sebelumnya tidak memberangsangkan tetapi result final penentu segalanya. Aku bersyukur tidak terhingga. Malam itu aku memanjangkan sujud dalam solatku atas rezeki yang Allah kurniakan. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

36108499

P/s: insyaallah bagi pelajar IB batch 09/011 yang sedang menunggu keputusan mereka, banyakkan solat dan bersabar. Minta juga ibu bapa untuk mendoakan setiap kali mereka solat. Banyakkan zikr dan al-quran supaya hati lebih tenang. Apa2x pun keputusan yang keluar nanti, banyakkan bersyukur kerana Allah tahu apa yang terbaik buat hambanya.

Bagi mereka yang tidak cemerlang dalam semester sebelumnya, jangan bimbang dan jangan risau kerana itu bukan penentunya. Anda masih punyai peluang untuk cemerlang kerana cemerlangnya result final anda MENIDAKKAN segala keputusan semester sebelumnya. =)

wassalam..

5 comments:

bukan Time IB tu ko 'propose'' ker? haha

salam, akh..

lama sungguh tak jumpa.. hehe

amin: apakah?????

abe: wassalam.. A ah.. lama betul kita tak jumpa. Kaifa imanuka? harap2xnya sihat.. =)

anyway, unconditional offer dapat kat mana eyh? =D

ah, kenangan menunggu IB menjelma di kotak ingatan. hehe

nice sharing, semoga bermanfaat =)

terima kasih.
kerana saya pun tengah tggu result yg dijangka keluar sabtu ni..
takut, cemas, sedih, semua ada..
result smster sy juga mmg x begitu memberangsangkan..
dan skrg, sy bersedia utk sebarang kemungkinan..
doakan untuk sy juga ya. ty
(btw, sy dr kms, batch '11)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More