Assalamualaikum w.b.t
Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Aku bersyukur dengan setiap apa yang aku miliki tika ini dan pernah aku miliki. Aku bersyukur juga atas segala pengalaman yang aku pernah lalui. Aku bersyukur atas segalanya. Alhamdulillah.
Pengalaman sewaktu kecil benar-benar membentuk diri aku sekarang. Bersekolah disebuah sekolah kampung yang jauh terpencil dari pembangunan memberikan aku pengajaran seribu satu erti. Secara jujurnya aku bukan lah orang yang bermastautin di sekitar sekolah tersebut tetapi disebabkan emak yang bertugas sebagai seorang guru menyebabkan aku disekolahkan di sekolah tersebut.
Ya, secara keseluruhannya kehidupan aku lebih baik dari kebanyakkan rakan-rakan aku yang lain. Jauh lebih baik. Ada sahabat yang ibu@bapanya sudah meninggal dunia. Ada juga yang ibu bapanya hanya bekerja sebagai penoreh getah yang tika itu pendapatan mereka tidak seberapa. Selain itu ada yang sudah pun mempunyai masalah buah pinggang tika darjah 3 lagi dan perlu menampung kos perubatan yang tinggi. Banyak kisah dan banyak masalah yang aku lihat.
Aku ingat lagi tika saat seorang sahabat (antara yang paling susah kehidupannya yang aku pernah lihat) mengidap penyakit kulit. Memang jelas kelihatan gatal-gatal dan kudis yang dia ada. Jujurnya aku sendiri ada sedikit perasaan geli terhadapa dirinya waktu tu. Pernah sekali dia diherdik oleh guru kelas kerana jijik dengan penyakit kulit yang dia hadapi. Perasaan aku waktu tu sedikit kecewa dengan perangai guru tersebut.
Namun, emak merupakan orang yang selalu menasihati aku. Dia selalu kata yang orang-orang macam ni kita kena tolong. Kita tak boleh hina mereka. Emak aku sendiri selalu tolong hantarkan dia dan adik-adiknya yang lain pulang ke rumah memandangkan mereka hanya berjalan kaki untuk ke sekolah. Aku terharu dengan contoh yang emak aku berikan.
Aku termenung seketika. Bila dilihat kembali keadaan rakan-rakan aku yang lain di dalam kelas, ada yang begnya sudah koyak rabak sedangkan aku meminta untuk dibelikan beg baru (siap ada gambar kartun Ultraman). Jika nak dibandingkan dengan kasut, aku memakai kasut jenama BATA (tu pun minta dibelikan yang baru) sedangkan rakanku yang lain memakai kasut yang sama bahkan ada yang kasutnya sudah pun koyak..Ada juga terpaksa menggunakan jari untuk memadamkan kesan pensel disebabkan takde pemadam.
Lebih kurang macam ni r kasut sekolah yang aku gunakan dulu.
….
….
….
….
….
….
….
….
….
….
….
Bila dah menjangkau umur 21 tahun ni, aku seharusnya lebih bersyukur dan terus bersyukur. Dengan nikmat yang Allah kurniakan untuk berada di negara orang memang satu kelebihan yang tidak mampu dimiliki semua orang. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang menciptakan dan memberikan rezeki atas apa yang kita miliki saat ini.
wassalam.
0 comments:
Post a Comment