Merawat Orang lain dan Dirawat

Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka.

Sunday, March 6, 2011

Buat Para Pejuang

Assalamualaikum w.b.t

Secara jujurnya saya berasa sedikit kecewa dengan mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai pejuang agama Allah. Hanya tahu berkata-kata tapi secara praktikalnya tidak langsung kelihatan.

Mereka mengatakan mereka sebagai pejuang agama Allah tapi di mana akhlak mereka? Bagaimana mereka menjaga ikhtilat mereka dengan mereka yang ajnabi? Bisa sahaja kita melihat mereka yang dikatakan memperjuangkan agama Allah bukan main galak lagi memberikan komen-komen di laman sosial seperi facebook, twitter, mahupun my space.

Yang lebih mengecewakan apabila kita ada sesetengahnya yang siap bergambar mesra bersama bukan mahram lalu diletakkan di laman sosial. Dimana dikatakan mereka sebagai yang beragama. Dimana letaknya tarbiyyah mereka? Dimana perginya kata-kata kalimah agung yang mereka laungkan sebelum ini?

Petah sahaja meletakkan hadis-hadis dan ayat Al-Quran tetapi ianya digunakan untuk menaikkan nama dalam masyarakat agar kelihatan gah dengan kalimah Allah. Agar juga mereka dilihat sebagai orang yang beragama. Ingatlah wahai sahabat yang menggelarkan diri mereka sebagai kadir agama Allah bahawa kalimah syahadah yang diturunkan ini bukan untuk mengejar pangkat mahupun dipandang tinggi dalam masyarakat sebaliknya kalimah syadahah ini adalah untuk menjadikan diri kita seorang hamba yang taat kepada Allah dan agar kita sama-sama dapat mengecapi nikmat syurga Allah di akhirat nanti.

Ada sahaja yang nampak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan agama ini tetapi mereka khianat terhadap Allah dan Rasul. Amanah yang wajib ditinggalkan tetapi hanya dibuat apabila berhadapan dengan orang ramai. Bukankah ini salah satu sifat orang-orang munafik?

Wahai ikhwah dan akhawat,

tulisanku kali ini bukan untuk menyakitkan hatimu tetapi sudah menjadi tanggungjawabku untuk menegur mana yang dirasakan salah. Apa yang ditulis ini bukan untuk dirimu sahaja tetapi untuk diriku juga. Aku tidak mahu kita membawa agama ini sekadar di bibir sahaja tetapi kita gagal dalam praktikalnya. Tidak juga aku ingin menimbulkan satu pemikiran yang sempit bahkan jauh sekali untuk berbuat demikian.

Namun apa yang ingin sampaikan adalah setelah kita menggelarkan diri kita sebagai barisan para pejuang maka secara tidak langsung (walaupun kita tidak mengingininya ) kita akan dipandang masyarakat. Setiap inci langkah dan perbuatan kita akan diperhatikan. Seandainya kita berkelakuan seperti apa yang dinyatakan tadi maka akan timbul persepsi yang buruk terhadap agama yang ingin kita bawa. Bagi mereka yang masih kurang faham tentang Islam, mereka akan mengikut apa yang kita lakukan kerana kita dilihat sebagai contoh buat mereka. Akhirnya apa yang akan berlaku adalah kita sendiri yang menjatuhkan agama dan juga mendatangkan fitnah terhadap agama ini. Kita tidak menegakkannya malah kita menjatuhkannya.

Dan tinggalkan lah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu agar masing-masing diri tidak dijerumuskan ke dalam neraka, karena perbuatannya sendiri. Tidak akan ada baginya pelindung dan tidak pula pemberi syafa'at selain daripada Allah. Dan jika ia menebus dengan segala macam tebusanpun, niscaya tidak akan diterima itu daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan ke dalam neraka. Bagi mereka (disediakan) minuman dari air yang sedang mendidih dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka dahulu. (Al-An’am 6:70)

Wallahua’alam.

5 comments:

mantap salam.teruskan menulis.kalahkan mirul XD

haha.. Amirul tu memng bakat dia dalam bidang menulis. aku masih tak mampu nak menggunakan bahasa yang bersastera n mungkin menulis menggunakan bahasa biasa.

apa2x pun niat kita menulis tu kene betul

anyway, tahniah untuk mirul. =)

mitak dijauhkan daripada org2 macam tu...nauzubillah....

ps : tegurlah aku kalau ade mcm termasuk dalam golongan2 yg ditulis tu

yup.. Mintak2x kita ddijauhkan dari sifat sebegini.

itulah gunanya ukkhuwah dan Ad-deen kita ini. Saling nasihat-menasihati.

Tegurlah sekiranya aku melakukan perkara yang sama. =)

nice post! keep it up. teguran yg mengena n membina.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More