Merawat Orang lain dan Dirawat

Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka.

Thursday, March 3, 2011

Hanya Tawakal

Assalamualaikum w.b.t

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (ar-Rahman 55:13)

Alhamdulillah. Baru sahaja selesai midterm exam untuk Cardiac dan Vascular Biology. Jujurnya agak penat sedikit kerana terpaksa berlari ke dewan peperiksaan. Satu pengalaman yang baru plus minggu lepas pernah juga mempunyai pengalaman menjawab peperiksaan untuk subjek elektif di atas lantai (disebabkan bilangan pelajar melebihi jumlah kerusi yang disediakan) sehinggakan berita ini dimasukkan ke dalam surat khabar.

Terima kasih buat emak dan ayah yang sentiasa mendoakan anaknya yang kini diperantauan. Hampir setiap hari mereka ambil berat tentang anaknya di sini through Skype (maklumlah sebab dah pandai guna Skype).

Pile-of-Gray-School-or-Library-Books-47953

Terima kasih juga buat rakan-rakan yang sentiasa mendoakan kejayaan sahabatnya di sini kerana setiap doa yang dipanjatkan ada barakahnya. Motivasi dan semangat yang kalian berikan benar-benar menyedarkan akan misi yang harus aku selesaikan di sini. Syukran Jazilan ya Sohabati.

Sekarang menjadi tugas aku pula untuk terus berdoa dan bertawakal agar diberikan keputusan yang cemerlang. Perbanyakkan amal agar doa mudah dikabulkan.

……..Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. (Ali-Imran 3:159)

Walau apapun keputusannya maka harus aku bersyukur. Moga-moga ianya mampu menjadikan kita seorang hamba yang lebih beriman dan bertakwa kepada-NYA.

Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji." (Luqman 31:12)

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Ibrahim 14:7)

Wassalam.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More