Merawat Orang lain dan Dirawat

Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka.

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan Kareem

Bulan Ramadhan, bulan yang diturunkannya Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan penbeza antara yang haq dan yang batil

Seminar bertukar Camping

Kenangan sewaktu di Sungai Congkak.

Jalinan Ukkhuwah Junior dan Senior

Ya Allah, Kau ikatkanlah hati-hati kami kerana Mu.

Pesan Ayah sebelum ke Relief Mission Sabah 2011

“ Apa yang along dan kawan-kawan lakukan ini boleh dianggap juga sebagai pendakwah, kerana sebagai seorang pendakwah seharusnya bersikap sentiasa memberi dan bukannya mengharapkan pemberian dari orang lain seperti sikap sesetengah yang lain”

Travelog Umrah

Ku bermohon agar kedatangan aku yang lalu tidak menjadi kedatangan ku yang terakhir ke rumah Mu.

5 for Palestine

Moga-moga semangat kita masih terus membara untuk membela rakyat Palestin. Terima kasih buat warga Eropah kerana telah menjayakan program ini.Tahniah juga buat ISMA Ireland kerana berjaya membuat kutipan yang tertinggi.

Tuesday, December 20, 2011

Jangan pernah

assalamualaikum wbt.

 

Jangan pernah kau berasa bangga,

Jangan pernah terlalu bersuka,

Jangan pernah megah dengan pangkat yang ada,

Jangan pernah leka dengan banyaknya harta,

Jangan pernah jadikan dunia tujuan utama.

 

Jangan pernah lepaskan Islam sebagai landasan,

Jangan pernah Al Quran dan sunnah kau tinggalkan,

Jangan pernah jadikan syaitan sebagai ikutan.

 

Kerana bangga, kita mudah lupa,

kerana terlalu suka, ada insan berduka,

di ufuk sana.

 

Kerana pangkat, kita terjerat, mati terikat,

kerana harta bertingkat, kelak hidup melarat,

 

Dari kawan kepada kawan,

moga teguh di atas landasan,

kelak jannah sebagai balasan.

 

dampingi KalamNya,

Amalkan Sunnah Rasul mulia,

leraikan hasutan syaitan durjana,

agar kita beroleh cahaya.

Saturday, December 17, 2011

Penuhi Hati Dengan Sabar.

Assalamualaikum wbt..

          Memahami erti sabar bukanlah satu perkara yang mudah. Tidak semudah mulut yang berkata-kata dan tidak semudah menulisnya di atas kertas. Erti kata lain Sang mulut lebih mudah bergerak berbanding sang pelaku. Sabar memerlukan praktikalnya dari sang pelaku. Sang pelaku yang menerbitkan bagaimana erti sabar yang difahami olehnya.  Ya akhi, memang tidak mudah untuk kita menjadi seorang yang penuh dengan sifat sabar.

Wednesday, September 7, 2011

Duhai ARJUNA

Assalamualaikum wbt..

Just a short post untuk para arjuna yang ada kat Malaysia ni n sesapa2x yang paham bahasa melayu.

Dirinya penuh dengan air mata. Sila jaganya dengan baik. =)

wassalam.

Friday, September 2, 2011

Merdekakan Dirimu

Assalamualaikum wbt.

 

HAsil Kreatif Pelajar-Pelajar Australia

Sempena Hari Raya dan MErdeka yang ke 54, saya ingin mengucapkan selamat berhari raya dan semoga kita berjaya memerdekan diri kita dari sebarang unsur-unsur negatif.

P/s: Bat rakan-rakan, jemputlah datang umoh yer. tapi tolong calling2x dulu or send me a text ok.. =)

Monday, August 22, 2011

انا خير منه

Assalamualaikum wbt

    Tatkala sedang membaca majalah solusi, terdetik diri ini untuk berbicara tentang tajuk di atas. Satu keadaan yang telah tertanam utuh dalam hati dan perasaan masyarakat kita dan orang Islam khususnya.

    “انا خير منه” atau dalam bahasa melayunya diertikan sebagai áku lebih baik dari kamu merupakan suatu keadaan yang seandainya kita buat pemerhatian, sikap sebegini telah pun tertanam dan berakar dalam jiwa golongan-golongan yang terlebih dahulu makan garam. Malah sikap sebegini turut mula menular dalam generasi yang sedang baru menapak.

    Apabila kita mengaitkannya dengan isu jemaah, begitu banyak jemaah yang cuba berlumba-lumba untuk membuat itu dan ini. Masing-masing cuba meletakkan diri mereka tampak lebih alim dan tampak lebih islamik. Dalam masa yang sama masing-masing cuba mencanang diri mereka lah yang lebih baik berbanding yang lain. Itu merupakan realiti yang berlaku sekarang.

    Memang tidak salah untuk kita berlumba-lumba dalam membuat kebaikan kerana itu adalah anjuran dari dalam Al-Quran. Cumanya yang menjadi masalah apabila sikap segelintir pihak yang mempunyai sifat dengki yang tidak bertempat. Apabila ego áku lebih baik dari dirinya’ mengatasi iman dan persaudaraan yang sepatutnya ada, maka wujudlah status-status, tindakan dan perilaku yang menyatakan ketidakpuasan hati terhadap jemaah-jemaah tertentu.

    Kita yang berstatus ‘álim’, tampak ‘íslamik’, umpama ilmu penuh di dada bersikap kebudak-budakkan. Perang dingin yang sudah seperti tidak ada kesudahan dalam kitaran berjemaah. Generasi yang baru menapak ini semakin keliru dengan golongan-golongan ‘agama intelektual’ ini.  Kata orang Islam itu bersaudara tetapi di mana pengamalan mereka dalam bersaudara. Akhirnya, para generasi baru ini semakin muak dengan situasi kitaran ini dan mengambil keputusan untuk tidak memihak kepada mana-mana jemaah atau organisasi tertentu. Lebih mengecewakan apabila mereka semakin menjauh dari agama atas asbab golongan agama intelektual ini.

    Source:- http://www.rta.nsw.gov.au/rulesregulations/images/roundabouts.gif

    

    Bagi mereka yang meletakkan diri mereka sebagai ‘alim’, ‘lebih islamiknya’ dan ilmu penh di dada’sama-sama berlapang dada antara satu sama lain. Walaupun setiap daripada kita ini mempunyai fikrah yang berbeza, jalan yang berbeza, metodologi yang berbeza, tidak kira perbezaan itu dari hujung rambut sampai ke kaki, hakikatnya kita mempunyai matlamat yang sama. Menegakkan kembali daulah Islam.

    Berlapang dada itu perlu. Para sahabat masing-masing menghormati antara satu sama lain walaupun ada yang berbuka mahupun sebaliknya sewaktu bermusafir. Tidak wujud pun sikap   انا خير منه  mdalam diri mereka. Seperti yang dinayatakan Syeikh Ali Salim Al-Bukair dalam majalah Solusi.

“Mereka yang ikhlas pasti akan bertemu dan bertaut hati-hati mereka”.

    Sama-sama kita muhasabah kembali niat kita, cara kita dan perlakuan kita. Mudah-mudah kita mampu tergolong dalam golongan yang ikhlas kerana Allah dan dijauhkan dari sikap انا خير منه  .

Wallahuálam.

Sunday, August 14, 2011

Challenge In Europe (CEO) 2011

Assalamualaikum wbt

Shah alam, 13 Ogos :- Satu program telah diadakan oleh Isma Eropah di masjid Al-Hidayah Seksyen 18. Target utama program ini adalah pelajar-pelajar dari kolej persedian luar negara INTEC. Program ini bermula dari 5.30 petang hingga 11.00 malam. Pada awalnya cuaca agak kurang mengizinkan namun begitu ianya tidak menghalang pelajar-pelajar INTEC untuk hadir ke program anjuran ISMA kali ini. Program ini disertai lebih 80 orang peserta kesemuanya yang rata-rata pelajar tahun 1 dan tahun 2 di kolej berkenaan.


Peluang yang ada ini digunakan sebaik mungkin oleh para senior ikhwah/akhawat untuk bertaaruf dan mengeratkan hubungan dengan mereka. Program ini dimulakan dengan ceramah yang disampaikan oleh Dr Zainurrashid yang merupakan bekas pelajar Royal Collegge of Surgeon in Ireland (RCSI) dan juga merupakan Timbalan Dekan International Medical University (IMU) disamping merupakan seorang aktivis dalam beberapa organisasi NGO seperti Aman Palestin dan juga I-Medik.

291714_245997465431476_100000636726629_834341_2649130_n

Kami turut mengadakan sharing session diantara pelajar-pelajar senior dan juga junior. Sharing session ini dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil mengikut negara-negara yang akan mereka lanjutkan pelajaran seperti United Kingdom, Ireland dan juga United States. Secara amnya banyak perkara yang dikongsikan oleh para senior Eropah dan dan banyak juga soalan-soalan yang dikeluarkan oleh junior-junior. Sharing session ini berlangsung setelah bertarawih sehingga jam 11 malam. Para pelajar juga sempat bertukar nombor telefon dengan para senior dan sesi bergambar dilakukan sebelum peserta bersurai.

Kami senior-senior di Eropah mengharapkan kejayaan adik-adik di kolej persediaan INTEC dan berharap program yang diadakan ini mampu memberi sedikit sebanyak gambaran belajar di Eropah. Moga-moga kalian terus bersemangat untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran.

Saturday, July 30, 2011

Relief Mission Sabah 2011

assalamualaikum wbt

    Setelah berjaya menjejakkan kaki 15hb Julai yang lalu, diri terus disibukkan dengan bermacam perkara. Dalam pada itu juga diri ini terus demam-demam sebaik sahaja tiba di Malaysia. Sibuk dengan pelbagai perancangan yang telah pun dirancang sewaktu bulan 5 dan bulan 6. Kini tinggal untuk melaksanakannya pula.

Friday, July 29, 2011

Travelog Umrah Episod 1

Assalamualaikum wbt
     Alhamdulillah. Selama ini hanya mendengar dari mulut orang akhirnya dapat melihat, merasai dan mengalaminya sendiri. Emak dan ayah pun turut menggalakkannya lebih-lebih lagi pada usia muda. Kaki akhirnya menjejak juga ke sini…..

Thursday, June 23, 2011

Perlu tak perlu atau Perlu?

Assalamualaikum w.b.t

     Dalam kehidupan kita sebagai manusia biasa, kadangkala kita sering dibebabni dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Sebagai seorang daie, kita perlu sedar dan tahu priority kita pada saat dan tika ini.

AKu BerSyuKuR KerAna Aku…..

Assalamualaikum w.b.t

     Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Aku bersyukur dengan setiap apa yang aku miliki tika ini dan pernah aku miliki. Aku bersyukur juga atas segala pengalaman yang aku pernah lalui. Aku bersyukur atas segalanya. Alhamdulillah.

Monday, May 16, 2011

IB oh IB…

Assalamualaikum w.b.t

     Post kali nih merupakan permintaan dari seorang junior di KMB yang minta menceritakan sedikit perasaan sewaktu menunggu keputusan IB. Insyaallah akan cuba menceritakan serba sedikit perasaan sewaktu menunggu result IB..

 

setelah setahun..

assalamualaikum w.b.t.

     Setelah setahun berada di bumi Dublin ini, terlalu banyak perkara yang hendak diluahkan agar ianya menjadi perkongsian yang menarik untuk kita semua. Moga-moga ia mampu menjadi ibrah yang mampu dikutip oleh hati-hati yang sentiasa basah mengingati-Nya.

Subjek Perubatan

    University College Dublin mengamalkan sistem pembelajaran tradisional pada semester pertama. Dalam erti kata lain, kami di sini belajar mengikut subjek seperti anatomy, biochemistry, embryology, dan physiology.

Monday, May 9, 2011

Halaqah.

Assalamualaikum w.b.t..

    Tiada apa yang hendak ditulis kerana masih dalam mood peperiksaan. Namun harapnya ini video ringkas ni mampu menjadi peringatan untuk kita semua.. Tak ingat beri tazkirah pasal tajuk apa.

 

 

 

 

 

 

Harap2x ianya bermanfaat untuk kita semua.
wassalam.

Thursday, May 5, 2011

Ucapan Dasar Mesyuarat Agung ISMA 2011

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

UCAPAN DASAR DARIPADA PRESIDEN IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA), AL-FADHIL AL-USTADZ ABDULLAH ZAIK BIN ABDUL RAHMAN SEWAKTU MESYUARAT  AGUNG IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) 2011.

الحمد لله رب العالمين وبه نستعين والصلاة والسلام على رسوله الأمين و على آله وصحبه ومن اهتدى بهديه واستن بسنته واقتدى بتعاليمه جاهد جهاده إلى يوم الدين. اللهم آت نفوسنا تقواها وزكها أنت خير من زكاها أنت وليها ومولاها. رب اشرح لي صدري ويسرلي أمري واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Saya terlebih dahulu mengalu-alukan kehadiran dato’-dato’, datin-datin, tuan-tuan dan puan-puan sekalian ke Mesyuarat Agung Tahunan ISMA kali ke-12.

Seperti biasa setiap kali mesyuarat agung saya akan buat sedikit anjakan. Ucapan dasar tahun ini merupakan kemuncak kepada ucapan-ucapan sebelumnya dalam melakarkan rangka idea yang membentuk hala tuju ISMA pada masa akan datang. Mungkin anjakan lebih besar diperlukan.

Terlebih dahulu saya rakamkan ucapan terima kasih kepada kepimpinan dan ahli ISMA di semua peringkat yang telah memberi sokong yang tidak berbelah bagi kepada kepemimpinan saya pada penggal yang lalu. Saudara/i telah menyumbangkan harta dan tenaga tanpa mengira waktu dan ketika, di waktu senang dan susah dalam menjayakan agenda perjuangan ISMA sehingga ia sampai ke tahap ini.

Idea ISMA bermula dengan pemikiran luar kotak, mengenengahkan agenda daripada perspektif yang tersendiri, tetapi berpijak atas landasan istinbat (kaedah pengambilan hukum) yang kukuh:

  1. Bacaan realiti pertembungan antara agenda-agenda dalam realiti tempatan dan antarabangsa yang tepat daripada aspek percaturan antara pihak;
  2. Berpijak pada akar sejarah bangsa yang gemilang;
  3. Berasaskan kefahaman Islam sebagai agama yang syumul;
  4. Menyelami kehendak-kehendak syariah berasaskan Fiqh al-Maqasid;
  5. Berpegang kepada fiqh siasi yang digali daripada catatan pengalaman tradisi politik Islam semenjak zaman berzaman.

Bertitik tolak daripada landasan-landasan yang kukuh tersebut, ISMA merangka sebuah agenda yang menyeluruh mengikut fasa-fasa perubahan sesuai dengan realiti Malaysia.

Evolusi tauhid

Saudara-saudari sekalian,

Mencapai kesempurnaan ubudiah dan ketundukan secara menyeluruh dalam segenap aspek (sistem) kehidupan adalah menjadi inspirasi tertinggi dalam hidup seorang muslim.

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ الأِسْلاَمَ دِيناً

“Pada hari ini Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu (semua agama lain tunduk kepada kamu), dan Aku sempurnakan nikmat-Ku kepadamu  dan Aku reda Islam sebagai sistem kepatuhan (kenegaraan)”. (Surah al-Maidah: ayat 3)

Memenuhi tuntutan rabbani,

وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ لِلَّهِ

“dan perangi mereka sehingga tiada lagi fitnah dan ketundukan seluruhnya kepada Allah”. (al-Baqarah: ayat 193) Suasana di mana orang bukan Islam tunduk sepenuhnya kepada syariat Islam tanpa syarat.

Kalimah syahadah yang diucapkan oleh kita menuntut kita supaya membebaskan diri daripada cengkaman mana-mana sistem yang mengingkari Tuhan.

Tidak ada Tuhan melainkan Allah merupakan satu pengisytiharan penolakan dan penafian total terhadap sebarang bentuk hegemoni kuasa selain daripada sistem Allah s.a.w.

Sistem Barat diasaskan atas dasar humanisme yang meletakkan kemanusiaan sebagai nilai tertinggi. Mengikut teori ini tiada kedudukan agama dalam sistem kehidupan. Agama hanya suatu yang bersifat spiritual dan tidak boleh menjadi asas dalam pertanggungjawaban.

Humanisme dengan itu satu jenis daripada jenis-jenis kekufuran, keingkaran dan syirik.

هو الذى أرسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله ولو كره المشركون

"Allah mengutuskan rasulNya dengan petunjuk dan agama yang benar supaya ia mengatasi semua agama." (Surah at-Taubah, ayat ke-33)

يريدون أن يطفئوا نور الله بأفواههم ويأبى الله إلا أن يتم نوره ولو كره الكافرون

"Mereka mahu memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka, sedang Allah akan menyempurnakan cahayaNya walau dibenci oleh orang kafir." (Surah at-Taubah, ayat ke-32)

Pertembungan hari ini ialah pertembungan antara sistem Barat yang mengenepikan agama dengan sistem Islam yang menjadikan kalimah Allah sebagai yang tertinggi. Mengingkari dan menolak hegemoni sistem Barat yang tidak bertuhan adalah langkah pertama dalam proses evolusi tauhid.

Islam kita

Saudara dan saudari sekalian !

Tauhid bukan tasawur dalam pemikiran dan bukan sekadar akidah di dalam hati tetapi juga merupakan sistem dalam kehidupan.

Seorang muslim memahami risalah Islam dengan baik akan menjadikan matlamat penguasaan Islam sebagai cita-cita tertinggi mereka. Islam adalah satu sistem dan humanisme Barat adalah satu sistem. Tidak ada titik bercampur antara kedua-dua sistem tersebut.

Imam Hasan Al-Banna, seorang mujadid Islam, telah memberi definisi Islam yang tepat untuk berdepan dengan hegemoni Barat.

Beliau mengatakan Islam adalah “sistem yang syumul yang meliputi segenap aspek kehidupan”. Islam bukan seperti Kristian di Eropah, Islam adalah sistem yang berdiri sendiri. Ia tidak boleh dicampur gaul dengan ideologi lain dan bukan projek tampalan untuk mengindahkan mana-mana sistem yang lain.

Islam yang syumul tidak mungkin berdaulat di bawah hegemoni  sistem liberal Barat.

Di atas kefahaman ini kita memerlukan sebuah sistem tersendiri dan bebas yang akan membangunkan sebuah kehidupan lain yang berasaskan tauhid. Sistem yang berasaskan nilai, akar budaya dan keperibadian asli kita. Kita tidak perlu rasa rendah diri atau mengalah sehingga  sanggup lebur dalam identiti antarabangsa, hilang keperibadian dan jatidiri.

Kedaulatan yang tidak sempurna

Pengaruh globalisasi dan hegemoni Barat telah meletakkan negara-negara Islam tidak boleh terlepas daripada sistem antarabangsa yang didominasi oleh fahaman humanisme yang liberal.

Walaupun negara-negara Islam pada fizikalnya sudah mencapai kemerdekaan tetapi daripada sudut ideologi dan nilai masih terikat dengan kehendak penjajah. Ia sebenarnya adalah satu bentuk pencabulan yang menjadikan negara Islam pada hakikatnya sebuah negara yang cacat kedaulatannya.

Bahkan Barat bersedia menggunakan kekuatan senjata demi memastikan kejayaan agenda penjajahan budaya mereka.

Oleh kerana itu, adalah menjadi hakikat yang perlu diterima oleh umat Islam yang berbagai-bagai aliran bahawa keutamaan ialah untuk mengembalikan kedaulatan sepenuhnya.

Percaturan politik antara pihak-pihak yang memiliki agenda di peringkat tempatan, serantau dan juga antarabangsa menuntut umat Islam menumpukan kepada satu tekad iaitu membina kekuatan kendiri yang mampan.

Justeru ISMA mengambil pendekatan dan menyeru organisasi dakwah Islam untuk bersama:

  1. Menjadikan agenda utama ialah untuk menjelaskan hakikat akidah tauhid dalam pertembungan tamadun.
  2. Memahami bahawa untuk melaksanakan uluhiyah Allah s.w.t. menuntut kita menolak segala bentuk hegemoni  yang menyingkir ketuanan Islam dalam melakar peta politik dunia.
  3. Menjadi tanggungjawab setiap muslim memastikan setiap bumi yang diucapkan padanya kalimah syahadah untuk berada di bawah naungan rahmat Tuhan.

Saudara-saudari sekalian,

Masih ada kehendak yang kuat dalam diri umat ini untuk keluar dari kongkongan tersebut. Selama mana ada iman dalam diri mereka selama itu mereka akan bangkit. Tugas kita ialah mengekal kehendak tersebut sehingga Allah membuat keputusan untuk kebebasan dan kalimah tauhid berdaulat semula.

Perkembangan terbaru di dunia Islam diharap dapat dijuruskan ke arah itu. Jatuhnya pemerintah yang menjadi tali barut dan lahir pemerintah yang mesra rakyat memberi harapan bahawa perubahan boleh berlaku pada masa depan yang hampir. Telah berlalu satu tempoh sengketa yang lama dalam hubungan antara pemerintah dan rakyat di negara Arab lantaran pemerintah-pemerintah tersebut kebanyakannya tali barut yang bekerja untuk tuannya di Barat.

Kehendak rakyat yang telah dikekang selama berpuluh tahun akhirnya memberontak. Apa yang dinantikan ialah pemerintah baru yang menghormati kehendak masyarakat Islam di peringkat antarabangsa.

Umat Islam inginkan kebebasan dari Barat. Mereka mahu sumber-sumber kekuatan Islam digarap untuk membina satu kekuatan baru. Di atas kekuatan baru ini akan dapat memartabatkan semula maruah mereka. Mereka mahu perhubungan dengan Barat dibina atas asas saling hormat-menghormati.

Itulah yang perlu berlaku. Walaupun Barat mengharapkan sesuatu daripada perubahan ini, tetapi Allah s.w.t. inginkan sesuatu yang lain.

ومكروا ومكرالله والله خير الماكرين

“Dan mereka melakukan tipu daya, dan Allah membuat tipu daya yang lain dan Allah adalah sebaik-baik yang melakukan tipu daya”. (Surah Ali Imran, ayat 54)

Matlamat kita ialah mengumpulkan kekuatan sumber Islam, membangunkan kesatuan budaya, nilai dan menegakkan syahadah yang sempurna. Kemudian kita deal dengan Barat dengan cara yang terhormat.

Masa depan bukan lagi akan menjadi milik Barat. Akan lahir kuasa-kuasa lain di Timur seperti Cina dan India.  Justeru pemimpin-pemimpin Islam perlu berfikir untuk menyatukan negara-negara Islam membangunkan kekuatan blok sendiri yang boleh berdiri sama tinggi dengan blok-blok lain. Keadaan negara Islam yang berpecah-belah dan tidak terpimpin ini akan merugikan umat Islam pada era peralihan ini.

Sejajar dengan pergerakan di peringkat antarabangsa ISMA penuh bangga menyeru umat Islam di Malaysia untuk membuka halaman (safhah) baru. Menamatkan sengketa antara nasionalis dan Islamis untuk membina sebuah kekuatan yang membolehkan kita juga memainkan peranan yang penting dalam usaha membina kekuatan Islam di peringkat serantau dan antarabangsa.

Agenda ISMA

Perjuangan ISMA terungkap dengan membina dan mempertahankan keperibadian dan jatidiri keIslaman bangsa dan negara Malaysia atau dengan kata lain mempertahankan identiti keIslaman negara kita Malaysia dan Melayu sebagai tonggaknya. ISMA menjadikan pendidikan dan tarbiah sebagai medan pertempuran utama. Musuh mahu merosak dan menghancurkan keperibadian dan jatidiri kita supaya dengan itu mereka dapat menguasai kita, ISMA sebaliknya berjuang mempertahankan keperibadian dan  memperkasakan jatidiri.

ولن ترضى عنك اليهود ولا النصارى حتى تتبع ملتهم

“Dan Yahudi dan juga Nasrani tidak akan reda sehingga kamu mengikut agama mereka”. (Surah al-Baqarah, ayat ke-120)

Terdapat agenda yang terancang untuk mengeluarkan orang Melayu dari agama mereka. Sebagaimana yang kita tahu bahawa kristianisasi bukan bertujuan untuk memasukkan orang ke dalam agama kristian tetapi cukup untuk mengeluarkan orang Islam dari agama mereka.

Apabila keperibadian kita berubah, pemikiran kita berubah, apabila pemikiran kita berubah, neraca kita rosak dan bercampur-baur dan apabila nilai kita rosak mudahlah musuh menguasai kita kerana waktu itu tidak ada lagi pertalian yang akan menyatukan kita dan tiada lagi misi yang menjadi landasan perjuangan.

Langkah pertama ialah kembali kepada sejarah untuk mengetahui siapa diri kita. Atas asas itu kita bangunkan keinginan baru menjadi sebuah bangsa yang mulia. Ini menuntut kita untuk menoleh 500 ratus tahun ke belakang. Singgah pada detik bersejarah 24 Ogos 1511, tragedi kejatuhan Kota Melaka yang bersejarah bahkan 200 sebelum Masihi permulaan Kerajaan Melayu Langkasuka.

Konvensyen Memperingati Kejatuhan Kota Melaka 1511 (KEMM 1511) telah menjadi saksi, agenda ISMA adalah satu projek yang dibongkar dari akar sejarah bangsa Melayu sendiri. Kita mahu bangunkan semula keperibadian dan jatidiri bangsa mulia (Melayu) ini, kerana kita yakin bahawa bangsa yang mempunyai jatidiri sahaja akan menjadi bangsa yang memiliki agenda. Dengan menjadi bangsa yang beragenda sahaja kita dapat keluar daripada menjadi mangsa politik pihak-pihak lain.

Ini menuntut daripada kita satu kerangka manhaj pembangunan yang menyeluruh yang dapat mengembalikan jatidiri, membangkitkan daya juang, rasa mulia diri, serta menjadi peribadi yang proaktif, kreatif, inovatif dan berdaya saing. Untuk itu saya mengumumkan anjakan baru dalam sejarah ISMA. Kita akan membuat beberapa rombakan atau penambahbaikan terhadap manhaj tarbiah yang sedia ada supaya ia lebih bersifat insklusif, menjawab persoalan umum dan mengizinkan perkongsian pintar dengan berbagai-bagai pihak yang beriman dengan fikrah ISMA.

Kita akan membuat penekanan khusus kepada pengajian sejarah, kerana mengetahui sejarah silam menjadi titik tolak kepada pergerakan kita pada masa kini dan akan datang.

ومن أظهر الإبداعات البشرية فى الاستفادة من تنسيق حشد الظواهر الحيوية: قياس المستقبل على الماضى لمعرفة توجهات مسيرة حركة الحياة ، فها هنا توليد حركة على مفاد حركة سابقة ، وذلك هو (علم التاريخ) الذى يظن الفرد الذى لا مشروع له أنه مجرد متعة ذهنية معرفية ، لكنه عند أصحاب المشاريع و الغايات  هو طريق فهم من أجل السيطرة. (الراشد : ولادة الحركات

Antara kreativiti yang paling menonjol yang dimiliki manusia dalam mengambil manfaat daripada koordinasi himpunan fenomena kehidupan ialah membandingkan masa hadapan dengan masa silam untuk mengetahui arah perjalanan gerakan kehidupan.

Di sini datangnya konsep kelahiran gerakan berdasarkan gerakan terdahulu. Ia adalah ilmu sejarah yang pada sangkaan individu yang tiada agenda semata-mata humor/ hiburan otak, namun sebaliknya di sisi mereka yang mempunyai agenda dan wawasan, ia adalah kaedah pemahaman untuk menguasai masa hadapan.

Beliau menukilkan kata-kata seorang ahli sejarah Greek yang agung Thucydides (400 SM) mengatakan secara terang dalam bukunya supaya dapat dimanfaatkan oleh sesiapa yang mengetahui apa yang berlaku pada masa yang lampau, supaya ia boleh membuat jangkaan melalui ilmu ini apa yang akan berlaku pada masa akan datang atau menguasainya.

Melayu Sepakat Islam Berdaulat

Tiada penyelesaian yang lebih menguntungkan orang Melayu Islam kecuali menegakkan kuasa politik berteraskan konsep kenegaran Islam. Ini kerana negara Islam adalah negara yang secara akidahnya milik orang Islam. Oleh sebab itu ia akan ditentang keras oleh orang bukan Islam sama ada di dalam negara atau di peringkat antarabangsa.

Kadaulatan Islam

Saudara/i sekalian,

Ramai orang bercakap tentang menegakkan syariat Islam. Mari kita faham apa maksudnya dengan lebih mendalam supaya kita tahu apa yang hendak kita tegakkan dan bagaimana cara menegakkannya dengan lebih tepat.

Menegakkan kedaulatan Islam harus dilihat dari dua aspek:

  1. Wujud negara umat Islam yang berdaulat yang menpu mempertahankan maruah bangsa "حفظ الحوزة و الذود عن البيضة"
  2. Menegakkan sistem perundangan berteraskan maqasid syarak yang menjamin kebahagian hidup di dunia dan di akhirat.

Dua unsur ini membentuk sistem politik Islam.

Politik Islam bertujuan menegakkan sistem yang memelihara maslahah kehidupan manusia untuk mencapai kesejahteraan hidup dunia dan kebahagian akhirat.

Hukum-hakam Islam seluruhnya terjurus untuk mencapai objektif tersebut. Islam menjadikan menjaga lima kepentingan (dhoruriat al-khamsah) iaitu agama, ruh, akal, nasab dan harta sebagai asas nizam am (sistem sivil) dalam negara Islam.

Islam tegas dalam menjaga keselamatan nyawa sehingga menganggap membunuh satu nyawa seolah-olah membunuh nyawa seluruhnya.

أَنَّهُ مَن قَتَلَ نَفْساً بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِى الاٌّرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعاً

“Sesungguhnya sesiapa yang membunuh satu jiwa yang tidak berdosa seolah-olah dia membunuh jiwa seluruhnya” (Surah al-Maidah: ayat 32)

Sebab itu kalau dikaji dalam khazanah fiqh Islam, kita dapati hukuman potong tangan ke atas pencuri, bukanlah dikira berdasarkan nilai barang yang dicuri tetapi kerana pencuri telah mencabar sistem yang memelihara kemuliaan harta, maka ia perlu dicegah dengan tegas.

Begitu juga zina, Islam mensyaratkan empat orang  saksi. Cukup sukar untuk berlaku kalau hendak dikira. Tetapi jika seseorang disabitkan kesalahan berzina bermakna dia berzina secara terang-terangan dan itu dianggap mencabar sistem dan layak menerima hukuman yang menginsafkan. Begitu juga hukuman merompak, lebih berat daripada mencuri kerana perompak lebih berani mencabar sistem berbanding pencuri yang mencuri secara sembunyi-sembunyi. Menegakkan undang-undang sivil berteraskan syariat adalah kemuncak kedaulatan sesebuah negara Islam.

Oleh kerana amat penting bagi pejuang Islam hari ini memahami maksud sebenar daripada perjuangan mereka (apa yang sebenarnya mereka ingin tegakkan), supaya mereka tidak terkeliru dengan penyelesaian tempelan atau sampingan. Kita bukan sekadar ingin menjalankan hukum tetapi menegakkan sistem.

Seperkara lagi mereka juga harus fahami ialah menegakkan idea yang seperti ini bertentangan secara langsung dengan hegemoni sistem liberal Barat yang mengenepikan peranan agama dalam kehidupan. Oleh sebab itu kita akan melihat Barat akan menyising lengan menentang apa sahaja perkembangan ke arah pendaulatan syariat di mana-mana negara di muka bumi ini . Inilah sebab kenapa Ikhwan Mesir berterusan menafikan bahawa ia akan ambil bahagian dalam kerajaan atau mencalonkan diri dalam pemilihan presiden Mesir yang baru.

Kita perlukan kepada satu kekuatan imbangan (dokongan) yang munasabah dalam percaturan politik dalam negeri dan juga di peringkat antarabangsa sebelum kita boleh bercakap tentang cita-cita menegakkan negara Islam atau perlaksanaan hukum. Keutamaan hari ini ialah menumpukan perhatian kepada usaha membina kekuatan (dengan membina sebuah umat) yang bersedia mempertahankan tampuk kuasa.

Melengkapi syarat Kifayah dalam kepimpinan Islam

Telah saya sebutkan bahawa untuk merealisasikan cita-cita mendaulatkan Islam perlukan kuasa imbangan (dokongan) yang munasabah samada di peringkat tempatan, serantau dan juga antarabangsa. Kuasa imbangan (dokongan) ini saya rujuk kepada kalimah ’syaukah” yang merupakan salah satu syarat kifayah bagi melayakkan sesaorang pemimpin Islam memegang jawatan.

Imam al-Haramain dalam kitabnya Ghiyathul Umam menyebut bahawa untuk mengesahkan lantikan seseorang pemimpin tidak cukup dengan semata-mata mandat (baiah ahli al-halli wa al-aqdi) tetapi hendaklah ia mendapat dokongan kuat daripada pengikutnya sehingga tidak ada puak yang boleh mencabar kepimpinanya.

Pada pandangan saya “syaukah” ini tidak cukup dengan sekadar mendapat undi majoriti dalam pilihan raya tetapi ia adalah dokongan yang lebih kuat daripada itu iaitu dokongan satu bangsa yang beriman. Ini kerana kemenangan di dalam pilihanraya tidak cukup kuat untuk menjadi sandaran kepada penubuhan negara Islam.

Realiti yang kita saksikan hari ini sudah menjadi bukti yang cukup jelas bahawa parti-parti yang bertanding dari awal tidak sanggup mengemukakan manifesto negara Islam. Kuasa undi telah merubah haluan parti-parti, bukan mengukuhkannya. Itu belum lagi menang atau mendapat kuasa. Mempertahankan kekuasaan lebih sukar daripada usaha untuk mendapatkan kuasa.

Ramai yang tidak faham apabila ISMA mengatakan bahawa Melayu adalah bangsa tonggak. Orang bukan Islam faham politik Islam sebab itu mereka memfokuskan usaha untuk menghancurkan keperibadian Melayu, tetapi orang Islam yang tidak faham dan menganggapnya sebagai asobiah yang dilarang.

Saya ingin merujuk kepada tulisan Ibnu Khaldun dalam kitabnya, Al-Muqadimah yang secara terang dan nyata mengatakan bahawa “asobiah” adalah suatu yang mustahak dalam usaha menegakkan pemerintahan Islam. Beliau telah menghurai maksud “quraisy” dalam syarat imamah.

Beliau mengatakan setelah membuat proses “as-sabru wa taqsim”, -satu proses dalam usul fiqh untuk mengeluarkan illah satu-satu hukum- bahawa “al-munasabah” kepada syarat Quraisy bukan untuk ambil berkat daripada ahli al-Bait tetapi  adalah “as-syaukah”. Beliau bersandarkan kepada sebuah hadis sahih riwayat Imam Ahmad  setiap nabi yang diutuskan akan didokong oleh kaumnya.

Menjawab persoalan yang ditimbulkan daripada nas-nas yang mencela “asobiah” beliau mengatakan bahawa dunia semuanya jambatan menuju ke akhirat. Apabila syarak mencela satu-satu perkara bukan bererti ia mahu mencabutnya dari akar umbi tetapi menghalang daripada digunakan untuk tujuan yang salah.

Sebagai contoh hadis “jangan marah” ia tidak bermaksud mencabut marah daripada diri manusia tetapi mengelakkan seseorang daripada melakukan kerosakan kerana marah. Kalau marah dicabut daripada diri manusia maka tidak akan berlakulah jihad dan amar makruf dan nahi mungkar. Begitulah juga kisahnya dengan asobiah, jika asobiah dibuang terus daripada diri manusia tiadalah kekuatan untuk mendokong dan mempertahankan kebenaran dan dengan itu tidak akan tertegak agama tercinta ini.

Kalau kita merujuk pada sirah Nabi Muhammad s.a.w juga kita akan menemui perkara yang sama. Baginda dilindungi oleh Abu Talib dan ingatlah apa yang diucapkan oleh Abbas kepada puak Aus dan Khazraj pada malam baiah aqabah yang kedua.

” Wahai sekalian Khazraj, sesungguhnya Muhammad dari kalangan kami seperti yang kamu tahu, kami telah mempertahankannya dari kaum kami yang sama pendapat dengan kami tentangnya. Maka dia berada dalam keadaan mulia dan dimenangkan terhadap kaumnya, dipertahankan dalam negerinya, namun ia mahu menyertai kamu, kalau kamu rasa kamu akan setia terhadapnya dan mempertahankannya dari puak yang menentangnya maka silakan atas jaminan kamu. Tetapi jika kamu rasa akan menyerahkannya dan meninggalkannya setelah ia menyertai kamu, maka dari sekarang. Sesungguhnya ia berada dalam keadaan mulia dan dipertahankan dari kaumnya dan negerinya”. (Al Mubarakfuri m/s 176)

Kesimpulannya dalam konteks Malaysia dan juga serantau “syaukah” ialah kekuatan Melayu yang bersatu. Melayu adalah umat yang membawa dan mendokong Islam di rantau ini sejak ratusan tahun, mereka memiliki sentimen yang kuat terhadap Islam, Islam telah sebati dengan darah mereka dan sanggup membela Islam dengan apa sahaja yang mereka miliki.

Oleh sebab itu kita mahu Melayu menjadi sandaran kekuatan politik Islam. Memelihara identiti Melayu dan membangunkan keperibadian mereka  adalah suatu yang mustahak dalam usaha menegakkan Islam di Malaysia.

ISMA akan konsisten dalam usaha dakwahnya dan berusaha memenuhi syarat sunnatullah ini. Matlamat kita ialah berdakwah secara aman. Kita tidak akan menukar matlamat biar pun seratus tahun lagi. Kita akan bekerja dan terus bekerja sehingga terbentuk satu bangsa yang kuat dan beriman atau Allah menentukan takdir-takdir yang lain.

Politik Islam dan kuasa tawar-menawar

Telah jelas kepada kita bahawa kita berada dalam sebuah negara merdeka yang tidak sempurna kedaulatannya. Dalam keadaan ini adalah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk memelihara usul syariat dan maslahah muslimin. Walaupun kita tidak mempunyai kuasa penuh dalam politik (secara Islam) kita wajib menggunakan ruang kuasa yang berbaki untuk mencapai tujuan tersebut, “barang yang tidak boleh dicapai semua tidak boleh ditinggal semua”.

Bahkan bertitik-tolak daripada itu kita wajib berfikir untuk sentiasa memastikan agar kita berada di dalam kedudukan yang lebih kuat. Percaturan hari ini terletak kepada kuasa tawar-menawar. Jika kuat kuasa tawar-menawar ini maka akan kuatlah pendirian politik kita.  Saya berpendapat bahawa memperkukuhkan “kuasa tawar-menawar” ini sepatutnya menjadi asas pendirian politik kumpulan-kumpulan Islam di Malaysia.

Saya harap perkara ini dapat difahami, kerana untuk mencapai matlamat politik Islam dewasa ini adalah satu perkara yang tidak mudah. Fiqh yang harus digunakan ialah fiqh di zaman tiada pemerintahan Islam (dari aspek syarak). Kedaulatan negara wajib dipertahankan, maruah wajib dibela, kepentingan umum wajib dijaga. Dan di dalam keadaan kuasa yang tidak sempurna, maka pegangan kita ialah untuk mewujudkan kesepakatan di kalangan umat Islam yang mengizinkan kita membentuk kuasa tawar-menawar yang kuat.

Konsep “kuasa tawar-menawar” ini adalah tahap yang lebih rendah daripada mafhum “as-syukah” yang digunakan oleh Imam al-Haramain atau “asobiah” yang digunakan oleh Ibnu Khaldun. Dalam keadaan orang Melayu Islam yang merupakan majoriti terbanyak yang mengidap pelbagai jenis kelemahan, telah melalui proses normalisasi yang panjang (berfikiran liberal), tidak faham Islam dengan baik, berpecah-belah disebabkan oleh percaturan politik, mengandaikan orang Melayu mendokong dengan kuat agenda Islam adalah tidak munasabah, maka cukuplah jika kita dapat pertahankan persepakatan umum dalam hal yang menjamin maslahah mereka.

ISMA bertekad untuk menjadikan agenda utamanya untuk menyebarkan thaqafah kesatuan di kalangan orang Melayu. Banyak persamaan yang kita miliki, kita berasal daripada satu rumpun, adat kita sama, kiblat kita sama, nabi kita sama, mazhab kita sama, kita ahli sunnah wal jamaah. Cuma yang menjadikan kita berbeda adalah dari segi politik. Oleh sebab itu saya menyeru semua pihak agar kembali kepada memahami politik Islam, politik beretika dan politik berasaskan kepentingan umat.

Di atas semangat yang sama, ISMA menolak penyebaran ajaran Syiah di kalangan orang Melayu. Kita menyokong langkah kerajaan yang mengharamkan penyebaran ajaran Syiah di kalangan orang Melayu. Malaysia adalah negara sunni dan ia wajib kekal begitu. Penyebaran ajaran Syiah di kalangan orang Melayu boleh menjejaskan perpaduan dan boleh menyebabkan agenda Islam digagalkan pada masa akan datang.

ISMA juga akan menyumbang tenaga dalam usaha mendekati ahli politik Melayu Islam agar mereka boleh bersepakat di dalam perkara yang melibatkan  kepentingan bersama. ISMA bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam usaha membawa pihak-pihak di kalangan orang Melayu untuk duduk semeja.

Mencari persepakatan

Walaupun dalam undang-undang politik semua perkara boleh berlaku tetapi dalam situasi sekarang atau sekurang-kurangnya buat masa ini bercakap tentang kesatuan Islam adalah suatu yang masih jauh. Saya pun merasakan bahawa itu bukan suatu pilihan yang realistik. Perkara yang boleh kita cadangkan ialah wujud terma persefahaman antara pihak-pihak Islam khususnya dalam isu berkaitan agama, bangsa dan masa depan negara.

Jadi apa yang perlu difikirkan sekarang adalah mencari titik persepakatan tersebut.

Saya telah nyatakan bahawa negara kita tidak memiliki kedaulatan yang sempurna. Dominasi nilai dan budaya Barat masih membatasi kehendak kita. Pada masa yang sama wujud pihak dalaman yang akan mengambil kesempatan daripada pengaruh tersebut. Maka menjadi kewajipan setiap muslim samada individu atau organisasi berusaha untuk mengurangkan kesan buruk daripada cengkaman tersebut.

Merujuk kepada tuntutan maqasid syarak, saya mencadangkan agar menjadikan matlamat mempertahan kuasa tawar-menawar (wewenang) kaum muslimin sebagai asas persepakatan dalam konteks:

  1. mendapat kekuatan berdepan dengan pertembungan tamadun;
  2. membentuk dasar domestik dan dasar luar yang bebas;
  3. menghalang agenda bangsa asing yang mengambil kesempatan daripada pengaruh globalisasi;
  4. memastikan pentafsiran undang-undang berkaitan dengan kedudukan agama Islam, institusi raja-raja Melayu, hak-hak keistimewaan Melayu,  bahasa kebangsaan dan budaya Melayu sebagai budaya nasional ke arah memperkukuhkan kedudukan orang Melayu dan Islam.

Di samping itu perasaan orang Islam adalah perlu diambil kira dalam melayan apa-apa tuntutan. Jangan kerana hendak mengambil hati orang bukan Islam maka perasaan orang Islam tidak dipedulikan.

Alangkah baiknya jika di dalam manifesto parti-parti dan NGO orang Melayu, mereka berlumba-lumba untuk mengemukakan siapakah yang lebih baik agendanya untuk agama, bangsa dan negara.

Ketuanan Melayu

Di sini timbulnya istilah ketuanan Melayu. Pelbagai pihak memberikan pandangan yang bercanggah-canggah mengikut tafsiran masing-masing terhadap apakah maksud ketuanan Melayu.

Bagi kita perkataan ketuanan merujuk kepada istilah bahasa Arab “siyadah” dengan makna kepimpinan. Orang Melayu atas sifatnya sebagai penghuni asal Tanah Melayu dan beragama Islam maka mengikut konsep kenegaraan Islam merekalah yang paling berhak atas kepimpinan negara dan dalam menentukan rupa bentuk kenegaraan dan masa depan negara. Ini adalah hak tradisi yang diwarisi turun-temurun. Jika orang Melayu ingin mempertahankan hak mereka tersebut maka ia satu tuntutan yang sah di sisi sejarah, undang-undang dan agama Islam.

Atas dasar itulah ISMA tidak menolak “ketuanan Melayu”. ISMA mahu mengekalkan kuasa di tangan orang Melayu dengan lebih selamat dalam konteks maksud syariah dalam memelihara kedaulatan, membela maruah bangsa dan masa depan negara, berdasarkan kaedah ”barang yang tidak boleh dicapai sepenuhnya tidak ditinggalkan sepenuhnya”. Pada hari ini politik Melayu tidak dapat merealisasikan aspirasi politik Islam sepenuhnya, tetapi tidak dapat dinafikan ia merupakan  satu kemaslahatan yang perlu dipelihara di zaman ketiadaan daulah.

Adapun mentafsirkan ketuanan Melayu dengan makna bahawa bangsa Melayu lebih mulia daripada bangsa lain kerana darah dan keturunannya, maka itu pada pandangan ISMA suatu yang tidak pernah wujud dalam transkrip Melayu sejak zaman dahulu.

Tinggal lagi tafsiran ketuanan Melayu dengan makna asobiah Melayu yang membawa permusuhan sesama Islam atau menindas dan menafikan hak bangsa lain maka itu suatu yang jelas dicegah oleh agama.

Satu perkara penting yang perlu difahami dalam percaturan politik semasa ialah wujudnya pihak yang menjalankan strategi meruntuhkan konsep ketuanan Melayu. Ini kerana ketuanan Melayu pada mereka adalah penghalang cita-cita mereka untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang berteraskan kesamarataan mutlak. Dengan meruntuhkan tradisi tersebut akan memudahkan laluan mereka untuk mengambil pos penting dalam kepimpinan negara dan mewarnainya dengan warna yang lain.

ISMA dan Demokrasi

Sesungguhnya ISMA sama sekali tidak menolak elemen-elemen positif yang wujud dalam demokrasi pilihan raya. ISMA menerima:

1.     pertukaran kuasa secara aman;

2.     hak rakyat untuk muhasabah pemerintah;

3.     hak rakyat untuk sama-sama menentukan masa depan negara

ISMA menganggap demokrasi pilihanraya adalah hasil penemuan manusia. Islam tidak melarang umatnya mengambil faedah daripada pengalaman manusia, seperti sabda Rasulullah s.a.w:

الحكمة ضالة المؤمن أنى وجدها فهو أحق بها 

“Kebijaksanaan itu adalah barang yang hilang daripada orang yang beriman, di mana ia menjumpainya, ia lebih berhak terhadapnya”.

Namun ISMA menolak falsafah demokrasi Barat yang menolak peranan Tuhan dalam pemerintahan, peranan agama dalam kehidupan, yang menyamaratakan antara orang yang beriman dan tidak beriman, yang menganggap semua agama sama menyeru kepada perkara yang betul. Falsafah liberal yang bolos daripada setiap ikatan akhlak dan hukum-hakam serta  meletakkan kebebasan individu sebagai nilai tertinggi atau rakyat sebagai Tuhan.

Sepanjang pemerhatian saya, menyelesaikan masalah dalaman (sesama) umat Islam dengan mengimport formula dan penyelesaian dari luar khususnya Barat tidak pernah membawa keuntungan kepada umat dan negara Islam. Justeru ISMA menyeru semua pihak agar lebih berhati-hati dalam membuat seruan. Marilah kita selesaikan masalah sesama kita dengan cara kita. Kita ada al-Kitab, kita ada al-Sunnah dan kaya dengan pengalaman yang boleh merawat masalah kita dengan cara kita sendiri.

Kita boleh ambil faedah daripada pengalaman Barat tentang demokrasi, kebebasan dan hak rakyat tetapi hendaklah ditegakkan atas asas nilai kita yang tersendiri, nilai tempatan.

Tanah Melayu atau Malaysia sekarang adalah negara umat Islam. Merekalah- atas kehendak agama- seharusnya memiliki al-siyadah atau ketuanan ke atas tanah warisan ini. Merekalah yang berhak menentukan rupa bentuk dan hala tuju masa depan negara seperti yang dituntut oleh agama terhadap mereka. Orang bukan Islam harus menerima hakikat ini kalau mereka ingin menjadi warganegara Malaysia.

Dengan menyerahkan hak atau berkongsi milik, hak menentu dan mewarna rupa bentuk negara dengan orang lain yang tidak seagama atas nama demokrasi dan hak kesamarataan, ia adalah satu pengkhianatan terhadap maruah bangsa dan kemerdekaan negara.

Integrasi Nasional

Justeru isu integrasi nasional adalah isu yang paling “kritikal” yang menjadi paksi pertembungan antara agenda parti-parti politik di Malaysia. Di Malaysia tidak berlaku asimilasi kaum dan tidak ada pancasila seperti di Indonesia. Setiap kaum kekal dengan identiti kaum masing-masing. Malaysia sebaliknya mengamalkan integrasi politik atau disebut juga sebagai integrasi paksaan.

Hari ini isu polarisasi kaum menjadi ancaman. Ia dilihat bakal menggugat kestabilan negara dan keselamatan nasional jika tidak mampu ditangani dengan bijak. Kita dapat melihat desakan kaum-kaum lain selain Melayu semakin agresif, yang melibatkan hak agama, budaya, politik dan juga ekonomi. Walaupun perlembagaan Malaysia telah menggariskan satu persepakatan tetapi desakan-desakan baru seakan-akan ingin menggugat status quo.

Kita dapat melihat blok-blok politik telah menjadikan isu ini sebagai modal politik untuk menarik pengundi khususnya pengundi bukan Islam. Mereka saling mengemukakan tawaran yang lebih lumayan daripada satu pihak yang lain. Dalam situasi ini, pihak yang sentiasa mencair ialah orang Melayu sedangkan kaum lain semakin memperkuatkan asakan mereka.

Kesamaratan mutlak seperti yang diamalkan di Barat seperti di Amerika akan mengancam kedudukan dan keselamatan orang Islam di negara ini. Akan berlaku perubahan kepada semangat dan ruh perlembagaan dan akan boleh menyebabkan ancaman kepada ketabilan politik dan keselamatan nasional.

Saya tidak melihat kaedah Barat sesuai untuk Malaysia. Sekali lagi kita perlu berprinsip dalam berpolitik. Saya bimbang keghairahan untuk meredakan hati orang bukan Islam oleh sebab ketiadaan kata sepakat di kalangan kita dan kelemahan kuasa tawar-menawar orang Islam akan membawa padah kepada teras kenegaraan Malaysia.

Bagi saya Malaysia adalah negara umat Islam, negara yang berteraskan akidah. Negara mereka yang beragama Islam. Orang bukan Islam menjadi warga negara secara kontrak. Mereka memiliki hak kewarganegaraan sama dengan orang Islam tetapi mereka mesti menghormati kepimpinan Islam dan rupa bangsa negara yang berteraskan Islam.

Bagi ISMA format yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w melalui piagam Madinah adalah lebih baik bagi orang Islam. Ketuanan Melayu Islam di Malaysia adalah satu nilai tetap (thawabit) yang harus dihormati oleh semua pihak dalam menjalankan proses demokrasi di negara ini. Mereka harus menghormati kedudukan agama Islam, kedudukan raja-raja Melayu, bahasa Melayu dan budaya Melayu sebagai budaya kebangsaan serta apa-apa yang termaktub dalam perlembagaan sebagai hak orang Melayu Islam.

Orang bukan Islam boleh terlibat dalam politik dan demokrasi, memperjuangkan hak, menyuarakan pandangan tetapi mereka tidak boleh diberi hak menentu atau dibiarkan memiliki kuasa membuat ketentuan atau mempengaruhi keputusan dalam membuat ketentuan. Kedudukan yang dikatakan istimewa selama ini bukanlah satu benteng yang kukuh, jika dibayangkan segalanya  itu runtuh dan tertegak asas kenegaraan baru atas asas liberal demokrasi barat.

Sekali lagi kita kembali kepada teori kuasa tawar-menawar yang saya pertegaskan dalam perenggan-perenggan yang lalu. Tanpa persepakatan di atas tujuan tersebut segala hak yang masih tersisa akan terhakis dengan sendiri.

Saudara/i sekalian,

Saya berharap ucapan saya ini dapat memberikan gambaran yang jelas terhadap landasan perjuangan dan pendiran ISMA. Malaysia tidak sama dengan realiti di negara lain. Justeru ia memerlukan ijtihad yang tersendiri, unik dan penuh cermat. Kita tidak boleh menuqilkan fiqh dari negara lain masuk ke Malaysia tanpa terlebih dahulu memahami situasi khusus di Malaysia terutama dari segi sejarah dan struktur demografinya. Perkara yang penting ialah berpegang kepada maqasid syarak dan asas ijtihad yang betul.

Wallahua'lam.

 

P/s: afwan atas kekhilafan diri.. ini sahaja yang yang dicedok (dikala musim peperiksaan) untuk diberikan kepada yang lain.

Monday, March 14, 2011

It’s not AbouT NumBer

Assalamualaikum w.b.t.

    Berada di bumi asing sebagai golongan minoriti merupakan satu pengalaman baru. Kebiasaannya di Malaysia kita akan dikelilingi dengan orang Islam yang sedkit sebanyak sudah memahami apa itu Islam sendiri. Tidak sukar bagi kita untuk mengatakan tentang islam kerana dalam kalangan orang islam sendiri di Malaysia yang sudah mempunyai sedikit ilmu tentang islam (ini tidak bermakna saya mengatakan saya mempunyai ilmu yang lebih dari mereka semua. Saya menyatakan ini kerana kemungkinan akan ada yang mempersoalkan kenyataan saya). Namun kurangnya kita adalah dari segi pengamalan islam dalam kehidupan seharian kita.

Wednesday, March 9, 2011

Islam Sepenuhnya

Assalamualaikum w.b.t

    Teringat kata-kata seorang sahabat ketika berada di Kolej Mara Banting dahulu. Kalau diikutkan sudah 3 kali dia mengatakan perkara yang sama kat aku.

Setiap apa yang kita miliki dan bagaimana cara kita menggunakannya merupakan antara perkara yang melambangkan siapa diri kita yang sebenar.

Sunday, March 6, 2011

Buat Para Pejuang

Assalamualaikum w.b.t

Secara jujurnya saya berasa sedikit kecewa dengan mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai pejuang agama Allah. Hanya tahu berkata-kata tapi secara praktikalnya tidak langsung kelihatan.

Thursday, March 3, 2011

Hanya Tawakal

Assalamualaikum w.b.t

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (ar-Rahman 55:13)

Alhamdulillah. Baru sahaja selesai midterm exam untuk Cardiac dan Vascular Biology. Jujurnya agak penat sedikit kerana terpaksa berlari ke dewan peperiksaan. Satu pengalaman yang baru plus minggu lepas pernah juga mempunyai pengalaman menjawab peperiksaan untuk subjek elektif di atas lantai (disebabkan bilangan pelajar melebihi jumlah kerusi yang disediakan) sehinggakan berita ini dimasukkan ke dalam surat khabar.

Monday, February 21, 2011

Errr… Dia tu lain sikit larrr.

Assalamualaikum w.b.t

Situasi yang berlaku:

     A: Ko rasa dia nih ada harapan tak?

     B: Aku rasa ok je. Boleh diperbaiki. 

     A: Tp tu r. Dia kan suka merokok. Takut jadi contoh tak baik lak.

     B: Merokok tu lain cerita. hmmmm.

Teringat sebuah kisah zaman yang berlaku di zaman Nabi dahulu. Para sahabat dilengkapkan dengan akidah dan fikrah yang mantap di samping mereka diberikan dengan kefahaman Islam yang sebenar-benarnya. Maka apabila perintah pengharaman arak diturunkan, para sahabat tidak merasa berat malah mematuhinya dengan penuh kataatan.

Sunday, February 20, 2011

I’m Muslim, I’m Okay

Assalamualaikum w/.b.t

     Alhamdulillah kerana baru selamat pulang dari Birmingham untuk pembentangan tentang Syahadatul Haq dan Hazadden (Haza Ad-Deen). Berdasarkan apa yang telah dilihat dalam skop pelajar-pelajar University College Dublin, mungkin ramai yang yang telah faham mengenainya.

     Moga-moga dengan pembentangan mengenai Syahadatul Haq ini mampu menyedarkan kita tentang tanggungjawab berat yang terpikul di bahu kita bagi mereka yang benar-benar faham akan fikrah yang ingin dibawa.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More