Merawat Orang lain dan Dirawat

Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka.

Monday, August 22, 2011

انا خير منه

Assalamualaikum wbt

    Tatkala sedang membaca majalah solusi, terdetik diri ini untuk berbicara tentang tajuk di atas. Satu keadaan yang telah tertanam utuh dalam hati dan perasaan masyarakat kita dan orang Islam khususnya.

    “انا خير منه” atau dalam bahasa melayunya diertikan sebagai áku lebih baik dari kamu merupakan suatu keadaan yang seandainya kita buat pemerhatian, sikap sebegini telah pun tertanam dan berakar dalam jiwa golongan-golongan yang terlebih dahulu makan garam. Malah sikap sebegini turut mula menular dalam generasi yang sedang baru menapak.

    Apabila kita mengaitkannya dengan isu jemaah, begitu banyak jemaah yang cuba berlumba-lumba untuk membuat itu dan ini. Masing-masing cuba meletakkan diri mereka tampak lebih alim dan tampak lebih islamik. Dalam masa yang sama masing-masing cuba mencanang diri mereka lah yang lebih baik berbanding yang lain. Itu merupakan realiti yang berlaku sekarang.

    Memang tidak salah untuk kita berlumba-lumba dalam membuat kebaikan kerana itu adalah anjuran dari dalam Al-Quran. Cumanya yang menjadi masalah apabila sikap segelintir pihak yang mempunyai sifat dengki yang tidak bertempat. Apabila ego áku lebih baik dari dirinya’ mengatasi iman dan persaudaraan yang sepatutnya ada, maka wujudlah status-status, tindakan dan perilaku yang menyatakan ketidakpuasan hati terhadap jemaah-jemaah tertentu.

    Kita yang berstatus ‘álim’, tampak ‘íslamik’, umpama ilmu penuh di dada bersikap kebudak-budakkan. Perang dingin yang sudah seperti tidak ada kesudahan dalam kitaran berjemaah. Generasi yang baru menapak ini semakin keliru dengan golongan-golongan ‘agama intelektual’ ini.  Kata orang Islam itu bersaudara tetapi di mana pengamalan mereka dalam bersaudara. Akhirnya, para generasi baru ini semakin muak dengan situasi kitaran ini dan mengambil keputusan untuk tidak memihak kepada mana-mana jemaah atau organisasi tertentu. Lebih mengecewakan apabila mereka semakin menjauh dari agama atas asbab golongan agama intelektual ini.

    Source:- http://www.rta.nsw.gov.au/rulesregulations/images/roundabouts.gif

    

    Bagi mereka yang meletakkan diri mereka sebagai ‘alim’, ‘lebih islamiknya’ dan ilmu penh di dada’sama-sama berlapang dada antara satu sama lain. Walaupun setiap daripada kita ini mempunyai fikrah yang berbeza, jalan yang berbeza, metodologi yang berbeza, tidak kira perbezaan itu dari hujung rambut sampai ke kaki, hakikatnya kita mempunyai matlamat yang sama. Menegakkan kembali daulah Islam.

    Berlapang dada itu perlu. Para sahabat masing-masing menghormati antara satu sama lain walaupun ada yang berbuka mahupun sebaliknya sewaktu bermusafir. Tidak wujud pun sikap   انا خير منه  mdalam diri mereka. Seperti yang dinayatakan Syeikh Ali Salim Al-Bukair dalam majalah Solusi.

“Mereka yang ikhlas pasti akan bertemu dan bertaut hati-hati mereka”.

    Sama-sama kita muhasabah kembali niat kita, cara kita dan perlakuan kita. Mudah-mudah kita mampu tergolong dalam golongan yang ikhlas kerana Allah dan dijauhkan dari sikap انا خير منه  .

Wallahuálam.

2 comments:

tulisan yg selari dgn situasi skrg dan juga skali dgn resolusi nye...tp persoalan yg mungkin timbul adlh kesanggupan untuk melakukan perubahan..hmm....

yup.. kesanggupan kita untuk melaksanakannya.. itu kene berbalik kpd niat asal kita. Sentiasa kena bermuhasabah.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More