Merawat Orang lain dan Dirawat

Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka.

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan Kareem

Bulan Ramadhan, bulan yang diturunkannya Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan penbeza antara yang haq dan yang batil

Seminar bertukar Camping

Kenangan sewaktu di Sungai Congkak.

Jalinan Ukkhuwah Junior dan Senior

Ya Allah, Kau ikatkanlah hati-hati kami kerana Mu.

Pesan Ayah sebelum ke Relief Mission Sabah 2011

“ Apa yang along dan kawan-kawan lakukan ini boleh dianggap juga sebagai pendakwah, kerana sebagai seorang pendakwah seharusnya bersikap sentiasa memberi dan bukannya mengharapkan pemberian dari orang lain seperti sikap sesetengah yang lain”

Travelog Umrah

Ku bermohon agar kedatangan aku yang lalu tidak menjadi kedatangan ku yang terakhir ke rumah Mu.

5 for Palestine

Moga-moga semangat kita masih terus membara untuk membela rakyat Palestin. Terima kasih buat warga Eropah kerana telah menjayakan program ini.Tahniah juga buat ISMA Ireland kerana berjaya membuat kutipan yang tertinggi.

Tuesday, May 29, 2012

Kisah Himpun

Assalamualaikum wbt..

      Alhamdulillah kerana diberi peluang dan ruang untuk terlibat secara langsung untuk Himpun kali ni yang berlangsung di Melaka International Trade Centre (MITC) baru-baru ni. Letih memang letih tp menyeronokkan. Lebih seronok apabila dapat menambah kenalan dengan ikhwah-ikhwah Melaka. To be honest, saya sendiri tak mampu nak ingat nama mereka-mereka semua dalam satu masa. Ambil masa sikit untuk ingat sekali gus.

Malam Pertama

    Dua hari sebelum Himpun, kami berhimpun beramai-ramai kat pejabat ISMA Melaka. Menyiapkan segala keperluan yang diperlukan untuk hari program sebagai contoh menyiapkan bndera, siapkan maskot, buat banner dan lain-lain lagi. Kat bawah ni gambar-gambar sekitar malam tersebut.

IMG_0110

 

IMG_0111

 

IMG_0112

 

Malam Kedua

    Malam kedua kami berkampung pula kat MITC. Kali ni lebih kepada pemasangan banner dan juga set up booth-booth seperti booth pembina, Aman Palestin, dan ISMA.

IMG_0114

 

IMG_0115

 

IMG_0117

Malam tu juga kami diberi sedikit taklimat berkaitan program pada esoknya. Kami diberikan sehelai tshirt dan juga Tag nama (diberikan pada esok paginya) sebagai salah seorang sekretariat Himpun.

IMG_0124

Hari Himpun

    Baically pada hari himpun sama seperti Himpun yang dilakukan sebelum-sebelumnya. Cumanya ada satu perkara menarik yang nak ditunjukkan. =)



Maskot himpun yang comel lake.. =)

Saturday, May 19, 2012

Matahari

assalamualaikum wbt..

 

     Jadilah seperti matahari. Walaupun diherdik kerana

dek kepanasannya, namun masih tetap memberikan cahaya dan

menjadi petunjuk. Tetap menjadi penghangat dikala kesejukkan.

Menerangkan kegelapan malam yang menyelubungi dan

menggantikannya dengan siang yang penuh ceria. Menjadi sumber

kekuatan buat makhluk lain dimuka bumi. Jadilah seperti matahari

yang memberikan cahaya kepada sang bulan

agar menjadi penyuluh dalam kedinginan pekat malam.

Aku ingin menjadi seperti sang matahari yang turut

menjadi paksi buat segala planet di angkasa raya.

 

matahari

Wednesday, May 9, 2012

Kepulangan

Assalamualaikum wbt..

Sedar tak sedar sudah hampir 2 tahun berada di bumi Dublin. Kini berada di terminal menunggu terbangnya diri ini ke bumi malaysia. Peperiksaan yang habis awal serta hadirnya musim
cuti yang begitu panjang diharapkan tidak disia2x kan. Menharapkan masa yang terluang tidak dibuang.

Musim cuti kali ni terpikul satu amanat. Amanat yang bukan untuk dikhianati, tapi amanat untuk Ilahi.

Semoga sempat juga untuk bertemu adik2x KMB yang masih bertarung di
medan IB. Harapnya berpeluang untuk memberikan kata2x juang buat mereka agar semangat sentiasa membara.

moga2x amanah dan tanggungjawab yang diberikan para sahabat di
bumi Eropah dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Dan
semoga diri ini tidak menjadi petualang terhadap amanah ini.. AYUHHH!!!!

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More