Merawat Orang lain dan Dirawat

Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka.

Saturday, July 30, 2011

Relief Mission Sabah 2011

assalamualaikum wbt

    Setelah berjaya menjejakkan kaki 15hb Julai yang lalu, diri terus disibukkan dengan bermacam perkara. Dalam pada itu juga diri ini terus demam-demam sebaik sahaja tiba di Malaysia. Sibuk dengan pelbagai perancangan yang telah pun dirancang sewaktu bulan 5 dan bulan 6. Kini tinggal untuk melaksanakannya pula.

     Antara pengalaman yang paling seronok adalah terlibat dengan program Relief Mission Sabah. Projek ini lebih mudah dieertikan sebagai projek untuk membantu komuniti orang asli yang berada di sini. Bantu dari segi pembinaan perpustakaan, pakaian dan juga dari sudut kesihatan.

270028_2087125530783_1024525048_32371120_6788187_n

    Kami yang bergelar pelajar perubatan memang dapat juga mempraktikkan sedikit sebanyak ilmu yang kami pelajari. Kami turut menjalankan program bersunat beramai-ramai also known as Sunathorn untuk penduduk-penduduk di kawasan sekitar.

 

251564_2087188652361_1024525048_32371310_2445835_n

 

    Dengan bantuan Dr Al – Amin, pembedahan kecil ini berjaya kami lakukan. Kami juga dimaklumkan hanya seorang Medical Offcer yang ada untuk menjaga daerah Keningaudan sebuah daerah lain. Agak menyedihkan apabila mendengar perkara tersebut.

 

281742_2087097970094_1024525048_32371003_243080_n

 

223028_2087101370179_1024525048_32371010_284494_n

 

   Berada dalam masyarakat orang asli membantu kami untuk mempelajari banyak perkara terutamanya dari segi gaya hidup mereka, pemakanan, dan cara mereka mendapatkan hasil hutan tumbuhan mahupun haiwan. Kami berpeluang untuk menyertai mereka untuk masuk ke hutan bagi mencari ulam-ulam yang boleh dimakan (hakikatnya pada waktu ini saya tidak dapat menyertai yang lain kerana saya perlu bergerak semula ke Keningau kerana perlu menambil Dr Al-Amin).

    Kami turut merasai mandi di Sungai Kinabatangan. Seronok memang seronok sebabnya airnya tak sejuk macam kat Ireland. Memang puas.

    Pada malam terakhir, saya dan juga Helmi sempat mengikut beberapa orang penduduk kampung untuk pergi melapah daging rusa pada malam terakhir. Namun, ianya bukan semudah yang disangka kerana kami perlu meredah hutan dan sungai terlebih dahulu untuk tempat rusa yang dah diburu sebelumnya. Dengan menggunakan lampu suluh dan lampu handset sedikit sebanyak membantu perjalanan kami. Banyak yang kami pelajari yang kadang kala ilmu itu tidak lagi diturunkan untuk generasi seterusnya.

 

   Memburu Rusa

    Antara soalan yang saya tanya macam mana nak buru rusa ni? (orang sabah lebih mengenalinya dengan nama Payau)

    Apa yang dimaklumkan ialah, biasanya pada waktu panas terik rusa akan turun ke kawasan air masin yang mengalir untuk minum. Apa yang perlu dilakukan hanyalah menyorok sambil menunggu kedatangan rusa tersebut. Senapang digunakan untuk menembak tapi perlu menembaknya di kawasan tertentu terutamanya kawasan jantung rusa terbabit. Seandainya kita menembak kaki rusa terbabit, rusa tadi masih mampu untuk melepaskan diri malah boleh berlari dengan pantas.

    Penduduk kampung juga memberitahu memang sukar untuk kita memburunya dikawasan lapang kerana awal-awal lagi rusa tadi sudah dapat menghidu bau badan kita lebih-lebih lagi kalau bau itu tersebar disebabkan angin lalu.

    Selain itu, darah yang terkumpul sewaktu proses melapah jangan dibuang terus ke dalam sungai kerana ianya akan menyebabkan rusa-rusa lain tidak lagi minum air di sungai tersebut malah mengambil masa yang amat lama untuk mereka kembali semula ke kawasan terbabit. Apa yang dilakukan adalah dengan memasukkan darah rusa tadi ke dalam buluh dan buluh itu dibiarkan semalaman sebelum di buang oleh penduduk yang akan ke kebun pada keeesokan harinya. saya sendri tidak pasti bagaimana mereka akan membuang darah dalam buluh tersebut.

    Kami juga mempelajari beberapa nama bakul yang digunakan untuk membawa daging-daging rusa yang telah dilapah termasuk kepala rusa terbabit. Antara nama yang diberitahu kepada kami ialah dabik, karung dan dabung.

 

279852_2098173706604_1613221305_2021201_7914798_o

 

 

277579_2098182066813_1613221305_2021205_2040988_o

 

Darah yang terkumpul dimasukkan ke dalam buluh (berdekatan dengan kaki)

 

   Konklusi

    Secara amnya, program kami berjalan dengan lancarnya di samping kami berjaya mencapai objektif yang kami inginkan. Penduduk kampung kelihatan amat gembira danberpuas hati dengan khidmat yang kami berikan. saya secara peribadinya ingin menyertai sekali lagi program-program sebegini kerana ianya merupakan cabaran buat saya untuk tinggal di kawasan pedalaman di samping memberikan khidmat kepada mereka.

 

281767_2087112450456_1024525048_32371055_3005025_n

 

206108_2087120490657_1024525048_32371095_4035140_n

 

216924_2087115770539_1024525048_32371072_6344627_n

 

262424_2087116690562_1024525048_32371078_6105637_n

 

250239_2087118050596_1024525048_32371084_4692984_n

 

225660_2087119090622_1024525048_32371089_7332487_n

 

 

Teringat pesanan ayah sebelum bergerak untuk program Relief Mission Sabah 2011.

“ Apa yang along dan kawan-kawan lakukan ini boleh dianggap juga sebagai pendakwah, kerana sebagai seorang pendakwah seharusnya bersikap sentiasa memberi dan bukannya mengharapkan pemberian dari orang lain seperti sikap sesetengah yang lain”

 

Jujurnya saya sendiri terharu bila ayah saya berkata sebegitu. Smile

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More