Merawat Orang lain dan Dirawat

Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka.

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan Kareem

Bulan Ramadhan, bulan yang diturunkannya Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan penbeza antara yang haq dan yang batil

Seminar bertukar Camping

Kenangan sewaktu di Sungai Congkak.

Jalinan Ukkhuwah Junior dan Senior

Ya Allah, Kau ikatkanlah hati-hati kami kerana Mu.

Pesan Ayah sebelum ke Relief Mission Sabah 2011

“ Apa yang along dan kawan-kawan lakukan ini boleh dianggap juga sebagai pendakwah, kerana sebagai seorang pendakwah seharusnya bersikap sentiasa memberi dan bukannya mengharapkan pemberian dari orang lain seperti sikap sesetengah yang lain”

Travelog Umrah

Ku bermohon agar kedatangan aku yang lalu tidak menjadi kedatangan ku yang terakhir ke rumah Mu.

5 for Palestine

Moga-moga semangat kita masih terus membara untuk membela rakyat Palestin. Terima kasih buat warga Eropah kerana telah menjayakan program ini.Tahniah juga buat ISMA Ireland kerana berjaya membuat kutipan yang tertinggi.

Friday, August 7, 2009

Senang bukan ...?

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk menulis blog kali nie…
Untuk tulisan kali ni, ana kurang berminat untuk menceritakan pengalaman ana tetapi untuk pos kali ini ana ingin lebih fokuskan kepada tanggungjawab kita sebagai umat Islam akhir zaman yang seharusnya dipikul oleh setiap individu pada hari ini..

Pada zaman sekarang, tanpa kita sendari bahawa kita sebenarnya sedang diserang dengan pelbagai jenis serangan fizikal mahupun secara mentalnya…. Bagi serangan fizikal, mudah sekali kita untuk melihatnya.. cukup tentang keadaan saudara kita di Palestin…. Namun ramai yang tidak sedar akan serangan pemikiran yang sedang dilakukan oleh pihak Yahudi yang benci akan Islam.. kesannya sudah pun kita dapat lihat dalam kalangan pemuda2 hari ini.. kita dapat perhatikan bahwa ramai di antara mereka yang amat gemar berhibur….. tidak salah untuk berhibur tapi ianya menjadi salah sekiranya kita berhibur secara melampau dan dalam pada masa yang sama mengabaikan tanggungjawab kita kepada Allah …. Dan perkara2 sebeginilah yang cube diterap dan ditanamkan dalam minda pemuda2 Islam pada zaman sekrang……

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.( 2:120)


Secara jelas kita dapat melihat bahawa telah berapa ramai pemuda Islam yang akan menjadi harapan pada masa akan datang telah terpengaruh dengan budaya barat lantas terjerumus dalam hiburan secara melampau seperti clubbing dan lebih teruk lagi mereka juga turut terlibat dengan gejala sosial yang sudah semakin tidak mengenal batas-batas antara seorang lelaki dan juga seorang perempuan…..

Oleh yang demikian, kita sebagai umat Islam seharusnya sedar akan serangan2 seperti ini dan mula memainkan peranan penting dalam membetulkan kembali aqidah mereka dan membawa mereka kembali kepada jalan Allah…… dan itulah pentingnya usaha dakwah itu sendiri…..

Yusuf Al-Qardhawi pernah berkata bahawa dakwah ini bukan hanya terletak pada individu tertentu sahaja malah seluruh umat Islam harus memainkan peranan……

Apa makne DAKWAH?

Dakwah dalam bahasa mudahnya adalah menyeru, mengajak, atau memanggil. Berdasarkan bahasa arab ana yang tidak se berapa ini, perkataan dakwah ini berasal dari kata masdar ( kata nama benda) iaitu da’a (fi’il madhi) atau yad’u (fi’il mudhori’)…. Pada mereka yang pernah mengambil bahasa arab mungkin mereka lebih arif lag.. tap bukan itu yang ingin kita tumpukan buat mase skunk……

By the way, pada pandngan ana ramai di antara kita yang mempunyai persepsi yang kurang tepat terhadap konsep dakwah. Ramai yang beranggapan bahawa dakwah hanya datang berziarah dari bilik ke bilik, memberi ta’lim dan juga berusrah semata-mata. Dakwah ini adalah lebih daripada itu.. Dakwah memerlukan kita untuk membina satu binaan yang kukuh dalam diri seseorang akh @ akhawat… kerana dengn binaan yang kukuh baru kita mampu untuk mengembangkan lagi usaha dakwah ini dan dalam pada masa yang sama menjadikan setiap akh @ akhawat yang kita bina tidak cair di pertengahan jalan… di samping itu, kualiti dalam setiap akh yang kita bina itu lebih diutamakan berbanding kuantiti… namun begitu, sekiranya kita dapat mencapai kualiti dan kuantiti dalam pada masa yang sama itu adalah yang lebih baik.

Dakwah ini bukan hanya digambarkan dengan cara seorang da’ie bercakap di depan khalayak ramai sambil menyeru orang ramai kepada Islam tetapi sebenarnya boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti majalah, iklan2, risalah, internet, even
media elektronik pun boleh kita gunakan…. Mcm2 ada (bak kate Atok dalam iklan Astro)…. Bergantung pada kita untuk memilih cara yang sesuai bagi diri kita…..

Nasihat antara rakan sekelas, roommate, rakan sekerja atau dalam sesebuah organisasi turut dianggap sebagai dakwah….. Nampak simple bukan? So, kenapa kita tidak mula untuk berjinak-jinak dalam dakwah ini… tak perlu kuarkan dwet pun… hanya sedikit masa dan juga air liur… namun ganjarannya amat besar di sisi Allah…

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?

(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. (as-saf : 10 -11)


Harap selepas ini kita dapat r untuk melibatkan diri kita dalam bidang yang tidak memerlukan apa2 ijazah dari mana2 universiti pun dalam dunia ini…… dan kita boleh bermula dari bawah secara kecil-kecilan dan apabila sudah mantap maka kita boleh memperbesarkan lag perniagaan kita bagi membangunkan Islam dan menjadikannya sebagai Ustazatul ‘alam… INSYAALLAH.. kita sama2 usahakan… Jazakallahu khaira kathira… wassalam..

Pesanan penaja:
sebenarnya inilah pos yang ana ingin poskan tapi terhalng seketika… mungkin Allah tau apa yang terbaik pada ketika itu…

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More