Merawat Orang lain dan Dirawat

Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka.

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan Kareem

Bulan Ramadhan, bulan yang diturunkannya Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan penbeza antara yang haq dan yang batil

Seminar bertukar Camping

Kenangan sewaktu di Sungai Congkak.

Jalinan Ukkhuwah Junior dan Senior

Ya Allah, Kau ikatkanlah hati-hati kami kerana Mu.

Pesan Ayah sebelum ke Relief Mission Sabah 2011

“ Apa yang along dan kawan-kawan lakukan ini boleh dianggap juga sebagai pendakwah, kerana sebagai seorang pendakwah seharusnya bersikap sentiasa memberi dan bukannya mengharapkan pemberian dari orang lain seperti sikap sesetengah yang lain”

Travelog Umrah

Ku bermohon agar kedatangan aku yang lalu tidak menjadi kedatangan ku yang terakhir ke rumah Mu.

5 for Palestine

Moga-moga semangat kita masih terus membara untuk membela rakyat Palestin. Terima kasih buat warga Eropah kerana telah menjayakan program ini.Tahniah juga buat ISMA Ireland kerana berjaya membuat kutipan yang tertinggi.

Saturday, September 19, 2009

Doa dari HAmbamu ini.....

Ya Allah, kami bermohon agar KAU terimalah segala amalan-amalan kami di sepanjang bulan Ramadhan yang lalu..... Amin ya Rabbal 'Alamin.....

Tuesday, September 15, 2009

Ramadhan berlalu pergi, Syawal pula menjelma

Assalamulaikum w.b.t…

Alhamdulillah kerana masih punya kekuatan untuk menulis post terbaru nie….
Dalam sedar tak sedar, Bulan Ramadhan sudah pun berakhir dan kini kite dah pon masuk bulan syawal…..
Rase sekejap je kan…..
Tapi cube kite amik masa untuk berfikir sejenak…..
Adakah kita menggunakan masa-masa kita dalam bulan Ramadhan yang lalu dengan sebaik mungkin…
Dan adakah target kite ketika bulan Ramadhan telah tertunai….
Dan berapa ramaikah di antara kita yang bersungguh-sungguh berusaha untuk mendapatkan redha serta pengampunan-Nya…..
(mungkin nampak macam agak retoris, namun begitu soalan sebegini bertujuan untuk mengingatkan kepada sape2 yang sentiasa terlepas pandang terhadap perkara2 sebegini dan juga buat mereka yangsuka mengambil ringan akan sesuatu perkara)

DAlam Pada Masa yang sama,
ade juga segelintir dari kita yang sekarang nie sedang lena dibuai mimpi di samping memeluk teddy bear mahupun bantal peluk masing2( paling koman pun bantal ngan selimut r)….
Dalam erti kata lain, mereka hanya memikirkan amal ibadat untuk dirinya sahaja tanpa mengajak rakan-rakan yang lain….. alngkah ruginya kita seandainya kita bersikap demikian…

kta seringkali mendngar pelbagai jenis nama bagi bulan Ramadhan ini… antarnya ialah Ramdhan al-mubarak, syahr tarbiyah (bulan didikan), bulan makrifat, dan macam2 lagi….. namun begitu, adakah kita benar2 mendalami maksud untuk setiap nama yang diberikan kepada bulan Ramadhan ini... dan adakah kite benar2 dapat mendidik diri kita dalam bulan yang mulia ini????

(straight to da point)
ape yang ana benar2 harapkan agar saf kita sentiasa penuh setiap kali waktu solat bukan dalam bulan Ramadhan sahaja tapi untuk bulan2 seterusnya..... amin...


smoga saf2 sebegini akan terus berkekalan

selain daripada itu, harap kita sama berusaha untuk menghabiskan satu juz Al-Quran tuk sehari selepas ini.... sesungguhnya Al-Quran itu adalah pegangan seumur hidup kita dan jangan sesekali kita meninggalkannya kerana ia adalaH buku panduan yang lengkap untuk sepanjang hidup kita....


Katakanlah: "Ruhul Qududs (JIbril) menurunkan Al-Quran itu dari Tuhanmu dengan benar, untuk meneguhkan (hati) orang-orang yang telah beriman, dan menjadi petunjuk serta khabar gembira bagi oran-orang yang berserah diri (kepada Allah)" (16:102)


Semoga bulan Ramadhan yang telah pergi telah dapat membentuk diri kita menjadi seorang muslim yang sejati….

Dan bila tibanya bulan syawal nie kejarlah puasa enam pula sebagaimana yang telah dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis sabda Baginda…..

Sahabat Abi Ayub ra berkata, bahwa Rasulullah saw telah bersabda: "Barangsiapa melaksanakan puasa bulan
Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka berarti
dia telah melakukan puasa setahun penuh " (HR. Muslim dan Abi Dawud).

Saturday, September 12, 2009

KEpenTingaN PuASa

kepentingan PUASA

Ibadah puasa adalah termasuk dalam rukun Islam. Ini bermakna puasa termasuk ibadah yang terpokok. Yang menjadi perkara asas untuk membina peribadi Muslim. Apa yang ada pada puasa hingga dipilih ALLAH untuk masuk senarai rukun Islam? Mula-mula orang yang ingin pada Islam disuruh buat pengakuan dan kesaksian keyakinannya pada ALLAH dan Rasul: "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH dan Muhammad itu pesuruh ALLAH."

Pengakuan ini kemudian disuruh buktikan melalui sembahyang. Berbagai ikrar, janji dan harapan kita bisikkan kepada ALLAH sewaktu sembahyang demi membuktikan kita taat tunduk (rukuk dan sujud) kepada-Nya. Menyatakan kerelaan fizikal dan mental kita menyerah diri kepada ALLAH. Menajamkan rasa

kehambaan di dalam hati dan menyuburkan rasa berTuhan di dalam jiwa.

Ibadah puasa jatuh nombor ketiga iaitu selepas ibadah sembahyang. Maksudnya, selepas membuat pengakuan taat setia, maka kita diuji dengan suatu perintah aneh iaitu puasa. Kita tidak dibenarkan makan disiang hari selama sebulan sekalipun lapar dan makanan ada dihadapan mata. Ertinya ALLAH mahu mendidik kita untuk

susah, berletih lesu, menahan keinginan pada sesuatu sekalipun ia ada di hadapan mata. Bukankah itu aneh? Orang yang jahil dan kurang faham akan menganggap ia

sebagai suatu penyiksaan dan bebanan lantaran itu berlalunya Ramadhan disambut dengan riang. Apa sebenarnya yang ALLAH kehendaki dari puasa?

Menahan keinginan terhadap sesuatu yang kita ingini adalah sesuatu yang perlu dan penting. Istilah kecewa atau frust lahir dari seseorang yang tidak dapat

menahan hati dari keinginan yang tidak tercapai. Dan kecewa adalah penyakit lumrah dalam masyarakat kini. Terkadang penyakit kecewa boleh membawa manusia kepada pelbagai lagi penyakit-penyakit jiwa yang lain.

Dan ini akan terus berlaku sebab kehidupan manusia selalunya terlalu banyak keinginan-keinginan yang tidak tercapai. Walau betapa bijak, kaya dan berkuasa

seseorang itu, dia tentu tidak dapat menolak taqdir ALLAH. ALLAH sudah tentukan bahawa tiap manusia itu akan diuji.

Tidak tahu sabar adalah suatu kekurangan yang merbahaya. Terlalu banyak perkara di dalam kehidupan yang meminta agar kita dapat berlaku sabar. Di dalam

menunaikan perintah-perintah ALLAH, di dalam menghadapi musibah dan kesabaran yang paling utama adalah bersabar di dalam meninggalkan

larangan-larangan ALLAH lahir dan bathin.
Imam Bukhari ketika bermunajat dengan ALLAH berbisik-bisik: - "Bukan aku tidak sabar dengan ujian-Mu ya ALLAH, cuma hendak mengadu pada Mu, tempat aku kembali nanti. Memohon ketenangan, keampunan dan mutmainnah."

Begitulah seharusnya hati orang Mukmin tatkala berhadapan dengan persoalan hidup. Mereka tunduk dan patuh kepada kehendak ALLAH kerana merasakan

segala-gala yang berlaku adalah dengan keizinan dan kemahuan ALLAH. Malah mereka memuji-muji ALLAH kerana Maha Bijaksana dan Maha Adil-Nya melakukan kejadian itu. Kalau ujian berupa nikmat, mereka bersyukur bersama airmata kesyukuran dan kalau berupa kesusahan, mereka bersabar dan redha bersama airmata kesabaran.

UNTUK TUJUAN INILAH PUASA ITU DIPERINTAHKAN. ALLAH TENTUKAN KEHIDUPAN DI DUNIA ADALAH PERGILIRAN NIKMAT

DAN UJIAN. DAN KEBAHAGIAAN SEBENAR IALAH PADA MEREKA YANG BOLEH BERSYUKUR DAN BERSABAR. SEBAB ITU ALLAH

MAHU DIDIK MANUSIA KE ARAH ITU.

Bila kita berpuasa bererti kita mengajak diri kita bersabar terhadap keinginan kerana ALLAH, bukan kerana lain-lain. Dan kalau ini dilatih, dibiasakan selama

sebulan, ertinya kita membuat latihan jiwa untuk bersabar, untuk patuh menanggung kesusahan kerana

ALLAH.

Jiwa yang apabila berhadapan dengan kejadian yang malang, kecewa, hampa, susah dan kegagalan akan tunduk dan sabar dengan ALLAH, kerana ALLAH. Kita boleh berikhtiar untuk elakkan kemalangan itu tapi bukan dengan hati yang panas, marah-marah dan memberontak. Sebaliknya kesabaran menghadapi ujian semakin meningkatkan rasa kehambaan di dalam hati kerana merasakan lemahnya dia untuk menolak taqdir dan kuasa ALLAH. Inilah jiwa yang tenang.

Seseorang yang merasakan puasanya selama ini tidak membuatkan jiwanya mahu bersabar dengan keinginan yang tidak tercapai, kesusahan dan kegagalan, samalah dengan orang yang tidak berpuasa. Maka kalau puasa tidak membuahkan akhlak yang mulia dengan ALLAH dan sesama manusia, maka jadilah puasa itu sepertimana sabda Rasulullah; "Tidaklah diperolehi apa-apa dari puasa itu melainkan hanya lapar dan dahaga."

Kita berlindung dengan ALLAH daripada kerugian demikian.

Wassalam.

forwarded from izzat_chomey

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More