Merawat Orang lain dan Dirawat

Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka.

Monday, November 8, 2010

Kisah Di Bumi Cork

Assalamualaikum w.b.t


     Alhamdulillah selamat sampai pulang dari Cork, sebuah daerah yang memakan masa selama 4 jam dengan menaiki bas dari bandar Dublin. Walaupun pada awalnya pelbagai kesukaran dihadapi untuk ke Cork namun akhirnya setiap masalah yang mendatang itu dapat diselesaikan. Perjalanan selama 4 jam ke bandar Cork memang agak meletihkan. Secara amnya perjalan kali ini untuk menziarahi sahabat kami Amirul Asyrof yang sedang belajar di University College Cork (UCC) dan juga lebih kepada mengeratkan hubungan sesama kami..


    Setibanya kami tiba di Residence castlewhite di UCC, kami dijamukan dengan makanan yang disediakan khas oleh Amirul dan sememangnya perut kami yang sedang lapar memang menantikan makan malam tersebut. Honestly, makanan yang disediakan memang sedap dan peluang ini digunakan untuk belajar memasak 1 – 2 lauk dari akh Amirul.

  

Gambar sewaktu mula2x sampai di Bandar CorkPA300027   

     Kalau diikutkan perancangan, kami semua akan pergi bermain futsal bersama2x tetapi perancangan Allah mengatasi segala-galanya. Keadaan cuaca yang tidak mengizinkan menghadkan beberapa perancangan kami.

     Namun, itu tidak menghalang kami untuk terus melakukan aktiviti bersama. Sebagai jalan alternatif, kami telah bergerak menuju ke Fota dengan menaiki komuter. Sepanjang perjalanan kami itu, pelbagai insiden yang melucukan telah berlaku yang mana akan menjadi kenangan manis antara kami semua.

   Berikut merupakan beberapa gambar yang menjadi kenangan buat kami semua   sewaktu berada di Fota dan beberapa gambar di Cork..

 

PA310191PA310212

 

PA310214PA310169

 

 

PA310181

Sekian, kenangan dari Cork. Wassalam. =)

6 comments:

smoga ikatan terus gemilang:)

semoge berjaya di cork...macam bunyi cork yang gune utk sumbat botol jew~

HAHA... insyaallah smoga semuanya berjaya dalam bidang masing2x.

ko pun sama. Smoga berjaya kat jepun tu n jaga diri elok2x. =)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More