Merawat Orang lain dan Dirawat

Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka.

Tuesday, November 23, 2010

Sejarah; Bukan Tokoh ataupun Masa

assalamualaikum w.b.t

     Bila kita bercakap pasal sejarah, sudah pasti ramai di antara kita yang sudah mula mengerutkan dahi. Kemungkinan akan ada yang mula mempersoalkan kenapa sejarah mesti disebut umpama sudah tidak ada subjek lain yang ingin dikeutarakan.Sekiranya dibuat sedikit soal selidik, sudah pasti sejarah adalah salah satu subjek yang kurang diminati para pelajar. Pada pandangan saya sendiri, pelbagai tarikh dan tokoh yang perlu diingat membuatkan subjek ini kurang menarik. Namun, bukan itu yang ingin diketengahkan.

     Sekiranya kita membuat semakan semula Al-Quran yang selalu dibaca, kita dapat melihat sebahagian besar isi kandungan Al-Quran adalah berkaitan dengan sejarah. Banyak diceritakan di dalamnya tentang kisah-kisah umat terdahulu dan juga perjuangan para Anbiya’ sebelumnya. Seandainya kita benar-benar menghayati setiap kisah yang disampaikan, kita akan mendapat banyak pengajaran dan peringatan melalui sejarah yang disebutkan. Kita perlu ingat bahawa apabila sesuatu sunnatullah itu dipatuhi maka sesuatu sejarah itu mungkin berulang.

    Sebagai contoh, antara punca kejatuhan Khalifah Uthmaniyyah adalah disebabkan keadaan masyarakat Islam sendiri yang sudah semakin teruk. Akibatnya kita sendiri dapat melihat bahawa khalifah Islam ini benar-benar digulingkan pada 1924. Sekiranya kita masih tidak sedar akan kesilapan ini maka sejarah ini mungkin boleh sahaja berlaku terhadap mana-mana negara Islam yang ada sekarang ini.

     mengukir-sejarah

      Namun jika kita mempunyai matlamat dalam menegakkan kembali agama Islam di samping penganutnya yang benar-benar mengamalkan Islam maka kita perlu juga mengulangi, mengikuti, dan melaksanakan setiap apa yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Sirah baginda boleh dijadikan panduan dalam mengatur setiap langkah kita dalam mengembalikan khalifah Islam. Malah Sallahuddin Al- Ayyubi turut menggunakan segala taktik peperangan yang pernah digunakan oleh Rasulullah S.A.W dalam memenangi peperangan dengan tentera salib.

 

     Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman. (12:111)

    Demikianlah kami kisahkan kepadamu (Muhammad) sebagian kisah umat yang telah lalu, dan sesungguhnya telah Kami berikan kepadamu dari sisi Kami suatu peringatan (Al Quran). (20:99)

 

    Konklusinya, sejarah itu bukanlah satu subjek yang perlu dibenci atau  sekadar mengingati tarikh dan tokoh-tokoh penting tetapi ia lebih kepada bagaimana untuk kita mengambil segala pengajaran dan panduan dalam menghadapi hari mendatang. Wallahua’alam.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More