Merawat Orang lain dan Dirawat

Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka.

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan Kareem

Bulan Ramadhan, bulan yang diturunkannya Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan penbeza antara yang haq dan yang batil

Seminar bertukar Camping

Kenangan sewaktu di Sungai Congkak.

Jalinan Ukkhuwah Junior dan Senior

Ya Allah, Kau ikatkanlah hati-hati kami kerana Mu.

Pesan Ayah sebelum ke Relief Mission Sabah 2011

“ Apa yang along dan kawan-kawan lakukan ini boleh dianggap juga sebagai pendakwah, kerana sebagai seorang pendakwah seharusnya bersikap sentiasa memberi dan bukannya mengharapkan pemberian dari orang lain seperti sikap sesetengah yang lain”

Travelog Umrah

Ku bermohon agar kedatangan aku yang lalu tidak menjadi kedatangan ku yang terakhir ke rumah Mu.

5 for Palestine

Moga-moga semangat kita masih terus membara untuk membela rakyat Palestin. Terima kasih buat warga Eropah kerana telah menjayakan program ini.Tahniah juga buat ISMA Ireland kerana berjaya membuat kutipan yang tertinggi.

Showing posts with label cabaran YAng MEndatang. Show all posts
Showing posts with label cabaran YAng MEndatang. Show all posts

Sunday, October 24, 2010

AdakalaNYa KitA LElaH

Assalamulaikum w.b.t

Ada masanya seorang daie itu akan terhenti langkahnya. Akan tiba jua disaat seorang daie itu merasa lelah. Umpama sebuah enjin yang akhirnya perlu berhenti untuk disejukkan terlebih dahulu. Analoginya, sebuah jentera itu takkan boleh terus bergerak selama2xnya. Ianya ada masa perlu disejukkan seketika agar membolehkannya terus untuk melakukan tugasnya. Dan itulah fitrah sebagai seorang makhluk. tak mampu untuk bergerak berterusan.


Sebagai daie, adakalanya kita perlu bergerak berbatu jauhnya semata2x untuk mentajmik sana sini. Keletihan ini berterusan apabila kita masih perlu menunaikan tangunggjawab2x lain yang terpikul dibahunya kerana setiap tanggungjawab itu akan dipersoalkan di akhirat kelak. Ada yang sanggup menghabiskan wang ringgit untuk para mad'u nya dan juga setiap perbelanjaan yang diperlukan dalam jalan dakwah ini.



Berusaha Hingga ke Akhirnya......



Ya. Diri kita akan merasa penat. Itulah hakikatnya. Namun apabila kita berada dalam situasi sebegini, kita perlulah 'berehat' seketika. berehat bukan erti kata berhenti dari terus menyampaikan dakwah, senyap tanpa sebarang khabar ataupown lebih teruk keluar terus dari jalan dakwah ini. Tp konteks berehat ini adalah lebih kepada memuhasabah dan memotivasikan kembali diri kita apabila kita lelah.



Adakah tugas kita sudah selesai?

adakah kita sudah cukup menyumbang terhadap Islam?

Tidakkah kita teringin melihat bahawa suatu masa nanti Islam itu
kembli tertegak di bumi ini walaupown kemungkinan kita telah tiada pada
ketika itu?



Fikirkan sejenak. Cuba generatekan kembali segala ATP yang ada dalam jiwa. Salurkan kesemua ATP kepada segenap otot samada di bahagian upper limb or lower limb. Ransangkan kembali segala nerve2x n blood vessel yang ada. Segarkan kembali minda kita dan kukuhkan kembali setiap langkah kita. Buangkn segala toxin2x dan racun yang ada dalam hati dengan mengikhlaskan kembali niat kita setiap masa kerana kita inginkan penat kita itu berbaloi. ingatlah bahwa walaupown pada tika dan saat ini kita menerima pelbagai dugaan dan onak duri yang sentiasa mencucuk, namun kita perlu sedar bahawa dipenghujungnya adalah satu perkara yang amat manis. wassalam.

Sunday, May 30, 2010

Sweet, Sour and Spicy

Assalamualaikum w.b.t

Skunk nie dah lebih seminggu bercuti dari medan peperiksaan IB. time cuti nih tak sama ngan cuti2 sebelum nih. Biasanya time cuti (sewaktu kat KMB dulu) mesti ada keje yang kene siapkan. Macam2x kene wat. EE, IA, Worldlit, lab report, aktiviti kelab n usrah memang penuh r dalam kepala nih. Kadang2x tepu lak dibuatnya. Ada sekali tu terpaksa berjaga malam semata-mata untuk menyiapkan IA math… Ya Allah, memang betul2x mencabar. Tekanan sewaktu mendapatkan data tuk EE math memang terasa. Ada sesetenghnya memberikan kerjasam dan ada yang sebaliknya. Bagi yang membantu sewaktu menyiapkan EE math terima kasih banyak. Syukran jazilan kathira. Bagi pelajar Y1, all da best 4 ur aasignment.

Tapi setelah dah bercuti dari assignmnt2x sebgitu, sampai lak satu jurang masa yang cukup panjang. (leh rujukk 57:16) apabila kita tiba dlam keaddan satu masa yang agak panjang, maka hati kita akan mula menjadi keras. Kat sini lah sebenar2xnya kita dapat melihat tahap keimanan kita. Klu mungkin di KMB kita masih mampu menjaga diri kita kerana dikelilingi oleh rakan2x yang baik akhlaknya tapi apabila kita keseorangan adakah kita masih lg mampu untuk menjaga diri kita?

So disebabkan masa terluang yang bnyk nih, emak mencadangkan agar belajar memasak kat umah. Mak kata tuk permulaan nie try r masak ikan gorang ngan sayur goreng. Tapi bagi aku klu setakat nak goreng ikan, sekejap jer leh siap. Lgpun nak buat senang jer. So disebabkan dah tkde sangt bende nak wat, maka try r masak ikan 3 rasa (sweet, sour, and spicy). Mule2x cube r tanya encik google cam ne nak wat lauk nih. Pas dapat resepi darpa encik google, pas tu chck apa2x barang yang takde kat dapur. Klu tkde kuar sekejap pergi pasar beli barang2x tadi. Dalam resepi nih, encik bawal dan kaum kerabat menjadi korban.
Bagi sape2x yang nak mencuba resepi nih leh r tanye encik google macam mana nak wat k.

kat bawah nie ada serba sedikit gambar2x time masak ikan 3 rasa bagi mengisi masa terluang...

nie gambar time tngh basuh n bersikan ikan. Seb baek pak cik ikan
tu dah tolong siangkan. harga ikan bawal sekilo RM 18

Time nih tk de r susah sangt cume kene hati2x ckt takut tercucuk tulang ikan. dah kene skali time tu.


nie sewaktu meletak rempah kunyit kat pak cik bawal.


bahan2x yang diperlukan sewaktu nak memasak t.

klu ada barang2x yang dah takde cube dapatkannya di psar yang berhampiran.


sewaktu menggoreng ikan

nie nak goreng sayur lak. bahan2x: planta, kangkung, kobis,
bwng putih n bwng merah.

dah siap tanpa sebarang hiasan. simple2x sudeyh.


tngh masak kuah 3 rasa.

last skali letakkan kuah tadi akan ikan bawal yang dah digoreng.

Sori coz tak sempat nak hias. perut dah lapar sangt time tu. ape2 pown komen yang diterima agak memberansangkan.. hehe. nice one.

So, buat r perkara2x berfaedah time cuti nih. jangan biarkan waktu kosong berlalu mcam tu jer. banyakkan belajar sthng new time cuti nih.

Saturday, May 1, 2010

BuKAn UNtuk Si MAnjA

Assalamualaikum w.b.t.

Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu." Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta. (9:42)

KIta perlu tahu bahawa dakwah nie bukan untuk orang yang MANJA. karpet merah takkan terbentang di hadapan kita apabila kita berdakwah. Dakwah memerlukan mereka2 yang sentiasa berjiwa besar kerana jalan dakwah nie sememangnya bukan satu jalan yang mudah.

dan ingtlah bahawa,
Kita tidak akan dilayan sebagai seorang raja.
malah tidak akan disambut sebagai seorang menteri,
lebih2 lagi kita takkan disanjung sebagai orang yang dipandang tinggi dalam masyarakat.

Kita perlu tahu yang;
jalan dakwah nie bukan untuk mencari nama,
bukan pula untuk dipandang mulia,
dan bukan juga untuk mencari ikhwah/akhawat untuk dijadikan sebagai suami mahupun isteri,

dan kita sebagai da'ie ataupun da'ieah memang akan diuji dari pelbagai aspek samada dalam bentuk fizikal, mental, duit, masa dan jiwa kita. Kita kadang2 akan dicemuh oleh pelbagai pihak apabila kita berusaha menjalankan usaha dakwah. dan sememangnya jalan dakwah ini bukan untuk mereka yang manja. Manja dalam erti kata tidak mampu menahan ujian2 dalam berdakwah. mereka ini hanya berdakwah apabila ianya mudah dan meninggalkannya apabila ujian ditimpakan ke atas diri mereka.



kita perlu ingt bahawa sekiranya jalan dakwah ini merupakan satu jalan yang mudah, pasti ramai yang akan mengikutinya. maka besar2kanlah jiwa kita agar kita dapat menempuh segala ujian dalam berdakwah. cekalkan hati dan sentiasa berfikiran positif. Berangkatlah samada diri kita terasa berat mahupun ringan untuk menghadiri program2 dakwah ataupun melaksanakan dakwah itu sendiri. Buangkanlah sikap MANJAMU kerana KARPET MERAH MEMANG TIDAK AKAN TERSEDIA UNTUK KITA WAHAI PARA DA'IE SEKALIAN.

Sunday, April 25, 2010

Hati- HaTi DenGAn VirUS

Assalamualaikum w.b.t

laptop Acer nih klu diikutkan dah 2-3 kali kene format gara-gara kene virus. Bile dah terkena virus mule r komputer jadi lembap dan kadang2 tuh nak bukak folder atau any dokumen pun kene tunggu lama. klu diikutkan RAM komputer nih agak tinggi iaitu 2.2 GHz. RAM yang tinggi nih sepatutnya takde masalah untuk transfer fail dalam masa yang singkat. tapi dengan hadirnya tanpa kusedari menyebabkan komputer nih semakin perlahan n terus perlahan yang akhirnya menyebabkan komputer ini perlu diformat gak.



tapi kehidupan sebagai seorang daie dan Islam secara amnya, kita memang tidak akan terlepas dari sebarang jangkitan virus. Virus nih boleh wujud dalam pelbagai bentuk samada kita sedar atau tidak dan kita perlu tahu punca2 yang mendorong kepada penyumbangan virus dalam diri kita.



Hiburan yang melampau, pengaruh negatif rakan2 dan juga kemaksiatan yang kita lakukan adalah antara sumber utama kepada virus2. Sumber2 sebeginilah yang menyebabkan diri kita semakin terdedah dengan pelbagai jenis virus seperti virus malas, takbur dan lalai. Akibatnya, hati seseorang itu akan semakin mengeras dan turut menyebabkan dirinya terasa semakin berat untuk bergerak. Akhirnya, usaha dakwah yang dilakukannya menjadi semakin perlahan dan tidak efisien walaupun dirinya mempunyai potensi yang besar dalam berdakwah.

sebagai seorng yang faqih dalam agamanya, kita perlu menyediakan antivirus yang sebaiknya dan juga menyediakan firewall yang mantap bagi menghalang virus2 nih dari terus menyusup masuk dalam hati kita. Jadikanlah Al-Quran sebagai pendamping agar kita sentiasa mampu bermujadah dalam melawan virus2 nih disamping menjadikan usaha dakwah yang kita lakukan sentiasa mantap dan bersemangat.

Monday, February 22, 2010

TangGungjAWab Vs TangGungjAwab..

Assalamualaikum w.b.t...

klu kita bercerita tentang kehidupan sebagi seorang manusia, kita memang tak terlepas dari sebarang tanggungjawab. dan klu kita lari macam mana pown tanggungjawab tu akan datang kpda kita gak. adakala nya kita perlu menunaikan 2 tanggungjawab dalam pada masa yang sama dan ianya memrlukan kita untuk berada pada 2 tmpat tetapi dalam stu masa yang sama... bnde macam nih tak jdi maslh klu kita boleh membahagikan badan kita kepada 2 bahagian,

bagaimana pula klu tanggungjawab kpd agama bertembung dengan tanggungjawab kpd dunia??? so mcm mana lak kita dak memenuhkan kedua-dua tanggungjawab tersebut tanpa mengabaikan salah satu tanggungjawab???


kat sini lah terletaknya penggunaan akal kita dalam menilai sesuatu perkara... mana satu lebih priority dalam sesuatu perkara harus dikaji terlbih dahulu.. bukan maen tmbak jer decision apa yang kita nak pilih ikut perasaan....


bak kata orang tua2,

ikut hati mati,
ikut rasa binasa.

so dalam membuat sebarang keputusan, kita menggunakan akal kita sebaik mungkin kerana itu merupakan anugerah yang tak ternilai.. elakkan dari mencampuri sebarang perasaan emosi ketika membuat keputusan... emosi boleh mempengaruhi penilaian kita terhadap sesuatu perkara dan ini menyukarkan kita untuk membuat sebarng keputusan lebih2 lagi ketika dalam perbincangan...

kita yng merupakan makhluk ciptaan yang terbaik yang Allah ciptakan dan gunakanlah setiap kelbihan yang diberikan untuk jalan kebaikan.
dan yang penting

JANGAN MENGABAIKAN SETIAP TANGGUNGJAWAB YANG DIBERIKAN KEPADA KITA... BUAT SEBAIK MUNGKIN....



Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui. (8:27)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More