Merawat Orang lain dan Dirawat

Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka.

Sunday, April 25, 2010

Hati- HaTi DenGAn VirUS

Assalamualaikum w.b.t

laptop Acer nih klu diikutkan dah 2-3 kali kene format gara-gara kene virus. Bile dah terkena virus mule r komputer jadi lembap dan kadang2 tuh nak bukak folder atau any dokumen pun kene tunggu lama. klu diikutkan RAM komputer nih agak tinggi iaitu 2.2 GHz. RAM yang tinggi nih sepatutnya takde masalah untuk transfer fail dalam masa yang singkat. tapi dengan hadirnya tanpa kusedari menyebabkan komputer nih semakin perlahan n terus perlahan yang akhirnya menyebabkan komputer ini perlu diformat gak.



tapi kehidupan sebagai seorang daie dan Islam secara amnya, kita memang tidak akan terlepas dari sebarang jangkitan virus. Virus nih boleh wujud dalam pelbagai bentuk samada kita sedar atau tidak dan kita perlu tahu punca2 yang mendorong kepada penyumbangan virus dalam diri kita.



Hiburan yang melampau, pengaruh negatif rakan2 dan juga kemaksiatan yang kita lakukan adalah antara sumber utama kepada virus2. Sumber2 sebeginilah yang menyebabkan diri kita semakin terdedah dengan pelbagai jenis virus seperti virus malas, takbur dan lalai. Akibatnya, hati seseorang itu akan semakin mengeras dan turut menyebabkan dirinya terasa semakin berat untuk bergerak. Akhirnya, usaha dakwah yang dilakukannya menjadi semakin perlahan dan tidak efisien walaupun dirinya mempunyai potensi yang besar dalam berdakwah.

sebagai seorng yang faqih dalam agamanya, kita perlu menyediakan antivirus yang sebaiknya dan juga menyediakan firewall yang mantap bagi menghalang virus2 nih dari terus menyusup masuk dalam hati kita. Jadikanlah Al-Quran sebagai pendamping agar kita sentiasa mampu bermujadah dalam melawan virus2 nih disamping menjadikan usaha dakwah yang kita lakukan sentiasa mantap dan bersemangat.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More