Merawat Orang lain dan Dirawat

Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka.

Saturday, May 1, 2010

BuKAn UNtuk Si MAnjA

Assalamualaikum w.b.t.

Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu." Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta. (9:42)

KIta perlu tahu bahawa dakwah nie bukan untuk orang yang MANJA. karpet merah takkan terbentang di hadapan kita apabila kita berdakwah. Dakwah memerlukan mereka2 yang sentiasa berjiwa besar kerana jalan dakwah nie sememangnya bukan satu jalan yang mudah.

dan ingtlah bahawa,
Kita tidak akan dilayan sebagai seorang raja.
malah tidak akan disambut sebagai seorang menteri,
lebih2 lagi kita takkan disanjung sebagai orang yang dipandang tinggi dalam masyarakat.

Kita perlu tahu yang;
jalan dakwah nie bukan untuk mencari nama,
bukan pula untuk dipandang mulia,
dan bukan juga untuk mencari ikhwah/akhawat untuk dijadikan sebagai suami mahupun isteri,

dan kita sebagai da'ie ataupun da'ieah memang akan diuji dari pelbagai aspek samada dalam bentuk fizikal, mental, duit, masa dan jiwa kita. Kita kadang2 akan dicemuh oleh pelbagai pihak apabila kita berusaha menjalankan usaha dakwah. dan sememangnya jalan dakwah ini bukan untuk mereka yang manja. Manja dalam erti kata tidak mampu menahan ujian2 dalam berdakwah. mereka ini hanya berdakwah apabila ianya mudah dan meninggalkannya apabila ujian ditimpakan ke atas diri mereka.



kita perlu ingt bahawa sekiranya jalan dakwah ini merupakan satu jalan yang mudah, pasti ramai yang akan mengikutinya. maka besar2kanlah jiwa kita agar kita dapat menempuh segala ujian dalam berdakwah. cekalkan hati dan sentiasa berfikiran positif. Berangkatlah samada diri kita terasa berat mahupun ringan untuk menghadiri program2 dakwah ataupun melaksanakan dakwah itu sendiri. Buangkanlah sikap MANJAMU kerana KARPET MERAH MEMANG TIDAK AKAN TERSEDIA UNTUK KITA WAHAI PARA DA'IE SEKALIAN.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More