Merawat Orang lain dan Dirawat

Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka.

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan Kareem

Bulan Ramadhan, bulan yang diturunkannya Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan penbeza antara yang haq dan yang batil

Seminar bertukar Camping

Kenangan sewaktu di Sungai Congkak.

Jalinan Ukkhuwah Junior dan Senior

Ya Allah, Kau ikatkanlah hati-hati kami kerana Mu.

Pesan Ayah sebelum ke Relief Mission Sabah 2011

“ Apa yang along dan kawan-kawan lakukan ini boleh dianggap juga sebagai pendakwah, kerana sebagai seorang pendakwah seharusnya bersikap sentiasa memberi dan bukannya mengharapkan pemberian dari orang lain seperti sikap sesetengah yang lain”

Travelog Umrah

Ku bermohon agar kedatangan aku yang lalu tidak menjadi kedatangan ku yang terakhir ke rumah Mu.

5 for Palestine

Moga-moga semangat kita masih terus membara untuk membela rakyat Palestin. Terima kasih buat warga Eropah kerana telah menjayakan program ini.Tahniah juga buat ISMA Ireland kerana berjaya membuat kutipan yang tertinggi.

Wednesday, June 20, 2012

Ingat! Kita Si Fakir

Assalamualaikum wbt.
     Ingat! bahawa kita adalah si fakir. Si fakir kepada Tuhannya. Si fakir yang tidak punya apa. Si fakir martabatnya jauh lebih hina daripada si miskin  Paling tidak si miskin masih punya harta. Masih boleh mendapatkan sesuap nasi walaupun sekadar cukup-cukup saja.
     Ingat! kita si fakir. Si  fakir yang menagih kasih Tuhannya. Si fakir yang lahir tanpa sebarang harta. Hanya tangisan yang dibawa bersama. Itupun lahir dari tempat yang orang anggap jijik dan hina.
    Kita si fakir yang seharusnya meminta-meminta. Berusaha mencari kasih Tuhannya. Bukan melarikan diri daripada-Nya. Si fakir harus sedar dirinya begitu hina tanpa kasih-Nya bukan berbangga dengan harta yang ada yang datang dari Allah yang Maha Esa. Harta menggunung yang kita ada hanya sekadar habuk dalam pandangan Allah yang Maha Kaya. Mengapa kita harus berbangga?

Wahai umat manusia, kamulah yang fakir (sentiasa berhajat) kepada Allah (dalam segala perkara) sedang Allah Dialah yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji.(Al-FaAtir 35;15)
    
    Wahai si fakir. Sujud dan bertakwalah kepada Al-Khaliq. Jadilah sang fakir yang meminta-meminta kepada Tuannya. Bukan si fakir yang menutup mata, telinga dan hati mereka daripada melihat kebesaran Tuhanmu yang Maha Kuasa.
     Seharusnya itulah sikap kita dihadapan Sang Pencipta.

Monday, June 11, 2012

Travelog Umrah Epi 2) Jejak Pertama Tanah Arab, Cairo.

Assalamualaikum wbt.

     Seperti yang pernah dimaklumkan mengenai travelog sebelum ni, atas sebab-sebab tertentu saya terpaksa terpisah dengan rakan-rakan yang akan turut mengerjakan umrah. Mereka yang lain menggunakan Saudi Airlines tetapi saya terpaksa menggunakan Egypt Air untuk ke sana. Ketika itu aku berbisik, mungkin ada hikmahnya. Insyaallah.

    Memulakan perjalanan lone ranger ke lapangan terbang London Heathrow pada jam 9 pagi dan penerbangan pada waktu itu dijangka berlepas pada jam 3 petang. 

    Pada hari itu, para pekerja di London dijangkakan melakukan mogok pada jam 11 pagi. jadinya saya perlu bergerak lebih awal kerana ingin mengelakkan kesesakan yang akan berlaku dan tidak mahu sebarang masalah timbul sewaktu perjalanan ke sana. Alhamdulillah akhirnya saya tiba dilapangan terbang pada jam 1 tengahari.

    Setelah selesai segalanya dari segi urusan check in, solat, pusing-pusing sekitar kedai-kedai didalamnya, akhirnya gate dibuka.

IMG_0026

Sebelum masuk ke gate. Basically angka 27 tu amat sinonim dengan diri sendiri. =) 

 

IMG_0027

Boarding pass yang telah ‘dikoyakkan’. 207=27. angka yang sinonim. London-Cairo

IMG_0029

Inside Egypt air.

IMG_0032

Sebelum berlepas, sempat membelek buku peta bagi melihat perjalanan yang bakal dilalui. Dimana London dan dimana Cairo? hmmm

IMG_0034

Meninjau dimana letaknya Jeddah. Melihat perjalanan setelah transit di Cairo.

 

     Namun begitu, jadual penerbangan flight  yang dinaiki lewat 2 jam daripada jadualyang asal. Sedar tak sedar tertidur selama 2 jam dalam flight walhal belum bertolak pun.

 

Bandar Cairo

     Akhirnya sampai juga ke Cairo. Sedikit sebanyak dapat melihat sebuah kota yang hanya didengar melalui televisyen sebelum ni. Menarik!!!

IMG_0043

Pemandangan Cairo sekitar jam 10.30 malam.

 

     Mesir merupakan tanah arab pertama yang saya jejaki walaupun sekadar dalam lapangan terbang. Di sinilah saya perlu berjalan pantas untuk mengambil connecting flight kerana takut terlepas flight seterusnya ke Jeddah disebabkan penerbangan dari London yang sudah lewat 2 jam.

    Setelah melalui proses check in, akhirnya tiba diruangan menunggu. Sewaktu di ruangan inilah saya dan jemaah-jemaah dari negara lain yang akan mengerjakan umrah (hanya saya seorang saya dari malaysia ketika itu) mengambil peluang ini untuk mengenakan pakaian ihram. Sempat juga beramah mesra dengan mereka-mereka yang lain. Ada yang sekadar senyum ja. =)

     Insyaallah. travelog akan disambung. Kisah seterusnya menceritakan detik-detik sewaktu tiba di Jeddah. Di snilah yang sana rasakan bahagian yang agak mencabar. Dengan masalah yang timbul disamping saya cuba menggunakan bahasa arab saya yang dah lama berkarat. Almaklumlah ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah. Lebih-lebih lagi dalam part listening, writing, reading dan speaking, part speaking r rasanya yang paling berat sebab ianya melibatkan komunikasi di antara dua pihak. Tak practice cakap memang tersangkut-sangkut r jawabnya.

 

IMG_0049

Sebelum bertolak ke perut kapal.


Travelog episod 1
http://abdulsalamabdmanaff.blogspot.com/2011/07/travelog-umrah-episod-1.html

Friday, June 8, 2012

Yang Terbaik bukan Terbanyak

Assalamualaikum wbt.

     Si A menunaikan solat sunat sebanyak 20 rakaat sewaktu Qiamulail tetapi Si B hanya mengerjakan 8 rakaat sahaja. Secara zahirnya sudah tentu si A lebih baik berbanding si B. Mampu menunaikan solat sunat lebih banyak berbanding si B. Lebih wara’ dan alim orang kata.

     Namun jika diperhalusi BAGAIMANA ia dilakukan, kemungkinan si B lebih baik. Si B melakukan solat dengan penuh khusyuk, tenang dalam menunaikan rukun solat, tidak tergopoh-gapah, setiap bacaan dalam solat dihayati dan dibaca dengan teliti. Bukan sebutan ‘sok sek sok sek’. Manakala Si A mengerjakannya dengan tergopoh-gapah agar banyak rakaat yang boleh dikerjakan.

 

Dialah yang telah menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah antara kamu yang terbaik amalnya, dan Dia Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun (67:2)


    Jika diperhatikan betul-betul istilah yang digunakan, Allah telah menggunakan istilah Ahsanu (yang terbaik) bukan Aksaru (yang terbanyak). Kenapa?

    Hal ini demikian kerana dalam penerimaan sesuatu ibadah itu Allah lebih mengutamakan kualiti ibadah yang dikerjakan berbanding kuantiti. Yang manakah lebih baik sekiranya duit yang disedekahkan banyak tapi disertai dengan perasaan bangga diri, sombong, dan dahagakan pujian dibandingkan dengan mereka yang menderma semata-mata mengharapkan rahmat Allah?

    Dalam sebuah hadith riwayat An-nasai, Rasulullah telah mengatakan bahawa dihadapannya akan lalu seorang ahli syurga. Hal ini berlaku sebanyak tiga kali dan orang yang sama juga yang lalu dihadapan Baginda. Maka salah seorang sahabat teringin tahu amal apa yang telah dilakukan sehinggakan dijamin oleh baginda bahawa sahabat tadi masuk syurga.

    Maka setelah diselidiki, amal lelaki itu tidaklah banyak mana. Tidak nampak pun sahabat ini bangun untuk berqiamulail dan tiada apa-apa amalan yang istimewa secara zahirnya. Lalu ditanya kepada sahabat ini, apakah yang telah beliau lakukan sehingga dikatakan oleh Rasulullah bahawa beliau adalah ahli syurga.

    Maka sahabat itu menjawab bahawa dirinya tidaklah mempunyai apa-apa amalan yang istimewa melainkan dalam hatinya tidak ada sedikitpun rasa hasad dan bersangka buruk kepada saudara muslim yang lain.

    Lihat. Inilah kualiti yang diinginkan bukan kuantiti yang kita berikan. Oleh yang demikian, perbaiki kualiti amalan kita dalam pada masa yang sama tidak menjadikan kuantiti sebagai tujuan yang lebih utama berbanding kualiti. Namun hal ini tidaklah menidakkan bahawa kualiti dan kuantiti yang seimbang adalah lebih baik. Wallahuálam.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More