Merawat Orang lain dan Dirawat

Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka.

Tuesday, January 10, 2012

Buat Bakal UCDians

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah kerana dapat menyambungkan pelajaran di Bumi Ireland. Memang sengaja memilih negara ini kerana saya sendiri ingin mengeluarkan diri sendiri dari zon selesa dengan meletakkan diri dalam situasi dalam masyarakat yang majoritinya bukan beragama Islam. Kita boleh menilai diri kita adakah kita benar-benar dapat mengamalkan Islam yang dididik sejak kecil apabila berada dalam satu bangsa irish yang kebanyakkan beragama kristian katolik mahupun atheis. Untuk pos kali ni, saya akan cuba menceritakan sedikit tentang University College Dublin yang merupakan tempat pembelajaran saya di Ireland.

wps_clip_image-28523

Pintu masuk UCD

As you can see, gambar di atas merupakan perkara pertama sekalai yang akan dilihat apabila masuk ke pintu utama University College Dublin. Di atasnya merupakan terjemahan dalam bahasa gaelic yang merupakan bahasa asal penduduk Irish di bumi Ireland.

 

Penginapan Pelajar Tahun Pertama

wps_clip_image-8005

Gambar perkarangan Merville Residences

Berita sedih buat pelajar-pelajar yang akan ke UCD kerana pihak penaja JPA mahupun MARA mewajibkan pelajar-pelajar di bawah tajaan mereka untuk menetap di dalam kampus. Namun begitu,berada di dalam kediaman yang disediakan ada baik dan buruknya.

Antara yang positifnya, anda semua dapat merasakan bagaimana berada dalam suasana pelajar-[elajar Irish. Dalam erti kata yang lain, kita dapat mempelajari budaya dan cara hidup mereka.

Nak tahu bagaimana?  Perlulah tinggal dalam residence ini terlebih dahulu. =D

Ditambah pula dengan pengalaman senior-senior menjadikan hidup di bumi Shamrocl ini lebih menyeronokkan.

Dari sudut pandang yang lain pula, anda perlu membayar sewa yang agak mahal berbanding jika anda tingal di luar kampus. Sebula anda perlu membayar kira-kira 530 euro. Namun begitu, nilai ini sudah termasuk dengan bil eletrik 9unlimited) dan juga internet. Jadi anda tidak perlu menyesakkan kepala dengan bil-bil yang menjengah pintu rumah anda.

Secara amnya, pelajar-pelajar dari Malaysia akan ditempatkan di dua buah Residence iaitu Merville dan juga Belgrove. Anda juga berhak memilih Residence mana yang anda inginkan.

 

Merville

Apartment yang disediakan di Merville mempunyai 4 buah bilik, 2 buah bilik air, 1 ruang tamu dan juga dapur. Jika anda memilih untuk tinggal di Merville, anda boleh merancang untuk tinggal dengan sesama Malaysian students (hal ini boleh dilakukan sewaktu mendaftar penempatan di dalam UCD). Namun begitu, ada keberangkalian anda akan ditempatkan bersama-sama dengan pelajar-pelajar Irish.

wps_clip_image-30273

Square yang terdapat dalam Merville

 

Kedudukan Merville terletak jauh sedikit dari fakulti perubatan jika hendak dibandingkan dengan mereka yang tinggal di Belgrove. Anda mungkin memerlukan masa 10 – 15 minit dari residence untuk ke fakulti perubatan dan 5 minit jika menggunakan basikal.

Di dalam Merville turut mempunyai kedai CENTRA bagi memdahkan pelajar-pelajar untuk membeli barang-barang keperluan asas untuk memasak dan juga keperluan-keperluan lain. bagi yang tinggal di Belgrove, mereka perlu bergerak ke Merville bagi membeli barang-barang yang mereka perlukan.

Di samping itu, residence ini juga lebih dekat dengan stesen bas. Hal ini memudahkan anda untuk ke pusat Bandar dan juga ke dewan peperiksaan.

 

wps_clip_image-12642

Centra tempat membeli barang keperluan dan mesin ATM turut disediakan.

 

Belgrove

wps_clip_image-9392

Pintu masuk Belgrove

Apartment di Belgrove mempunyai 3 buah bilik, 2 buah bilik air, 1 ruang tamu dan juga dapur. Bagi yang tinggal di Belgrove, sememangnya anda akan tinggal bersama-sama pelajar Malaysia yang lain. Kedudukan lebih dekat dengan fakulti Health Science (Perubatan). 5-10 minit diperlukan dengan berjalan kaki.

 

wps_clip_image-28127

Perkarangan Belgrove (1)

wps_clip_image-13689

Perkarangan Belgrove (2)

 

Kadar sewa untuk apartment di Belgrove adalah sama dengan kadar bayaran di Merville.

 

Fakulti Health Science

wps_clip_image-4070

Welcome to Ionad Eolaiocht Slainte UCD (UCD Health Science Centre)

 

Selamt datang, selamat datang dan selamat datang. Kedatangan anda sebagai pelajar perubatan adalah amat-amat dialu-alukan. Setelah bersusah payah selama 2 tahun untuk A-level mahupun International Baccalaureate (IB), akhirnya kaki anda berjaya dijejakkan ke sini. Fakulti ini bukan hanya untuk pelajar perubatan tetapi untuk bidang-bidang lain seperti nursing. Jangan ingat fakulti ini anda yang punya sahaja.

 

wps_clip_image-23775

Gambaran dari pintu masuk utama.

wps_clip_image-20842

Permandangan dari belakang bangunan

wps_clip_image-20698

Plat yang megah terpampang tetapi hanya boleh dilihat dari belakang bangunan.

 

Sistem pembelajaran

     Semester pertama di UCD, anda akan diperkenalkan dengan sistem pembelajaran tradisional. Dalam erti kata lain anda akan belajar mengikut subjek seperti biochemistry, anatomy, dan sebagainya. Dibawah merupakan senarai subjek yang akan anda ambil sepanjang semester pertama:-

i) Basic Tissue and early Development

ii) CSI

iii) Cell – Cell Communication and Signalling

iv) Musculoskeletal Biology

v) Molecular Basis of Life

vi) Subjek Elektif.

 

Seperti kebiasaan akan ada mid-term exam yang kebiasaannya akan dijalankan di Blackrock campus. Hal ini bermakna anda perlu menaiki bas 17A untuk ke dewan peperiksaan. Hal yang sama berlaku apabila tibanya peperiksaan akhir tahun tetapi diadakan di tempat yang berbeza. Untuk semester pertama, soalan yang diberikan adalah soalan berbentuk objektif ‘True or False’ with negative marking (setiap jawapan yang salah akan ditolak sebanyak 0.5 mata). Bagi kertas Biochemistry dan CSI akan ada soalan esei. So be prepared.

Anda juga akan didedahkan untuk bertemu dengan pesakit atau lebih difahami sebagai Patient Visit bagi history taking. Hal ini menjadikan anda sedikit advance berbanding univerisiti-universiti lain.

Semester 2 menyaksikan sedikit oerbezaan dari sistempembelajaran. Sistem integration akan diterapkan sewaktu semester 2 ini. Anda akan belalar mengikut system yang terdapat dalam tubuh badan kita. Di bawah subjek-subjek yang anda akan ambil semester 2:-

i) Cardiac Biology

ii) Renal Biology

iii) Respiratory Biology

iv) Vascular Biology

v) Personal and Population Health.

vi) Subjek Elektif.

 

Di samping itu, setiap pelajar diwajibkan untuk mengambil sambil elektif untuk setiap semester. Secara kasar ia dilihat menambahkan bilangan subjek yang ada namun hakikatnya ia membantu anda untuk result akhir setiap semester.

 

Kemudahan-Kemudahan yang Terdapat di UCD

     Kemudahan-Kemudahan yang disediakan bagi pelajar UCD memang banyak dan surau juga turut disediakan bagi pelajar-pelajar muslim di sini.

i) Surau

Surau baru ini baru sahaja disiapkan pada awal tahun 2011. Sebelum itu surau turut disediakan di kawasan Science Building dan pernah juga berada dalam Health Science Building.

Biasanya di dalamnya akan ada sedikit jualan dari orang Islam (dan kebiasaannya orang Malaysia sendiri). Jadi makan tengahari anda sudah tidak menjadi satu masalah. Namun, ada kebarangkalian tiada jualan langsung pada hari-hari tertentu.

 

wps_clip_image-11527

Pintu Masuk Surau UCD

wps_clip_image-29685

Islamic Society (ISOC) merupakan persatuan yang menjaga kebajikan pelajar-pelajar Muslim di UCD dan kelab ini sememangnya aktif.

 

ii) Sukan dan Riadhah

Untuk makluman semua, UCD menyediakan pelbagai kemudahan untuk anda semua beriadah dan kini pihak pengurusan juga sedang melakukan penambahbaikan dan menambah kemudahan untuk kegunaan para mahasiswa. Sedikit yuran yang dikenakan namun begitu kemudahan yang anda terima berbaloi dengan jumlah yang anda bayar.

 

wps_clip_image-3065

Kompleks sukan dari pandangan hadapan

wps_clip_image-16370

Projek penambah baikan dan menambah kemudahan yang terletak bersebelahan.

wps_clip_image-10405

Laluan ke gelanggang futsal, ragbi, hoki dan lain-lain lagi.

iii) Kemudahan Photocopy dan Printing

Anda benar-benar beruntukng kerana dapat menggunakan perkhidmatan ini dengan harga yang begitu murah. Anda hanya perlu membayar €0.05 untuk full colour A4 page. Murahkan. (Sekarang ni, harga untuk full page colour sudah dinaikkan kepada 50 sen)

Kemudahan ini disediakan di mana-mana bangunan yang terdapat di UCD bagi memudahkan pelajar untuk mengakses kemudahan ini.

 

wps_clip_image-13990

wps_clip_image-29317

Antara bangunan yang menyediakan perkhidmatan Photocopy dan Printing.

 

iv) Kemudahan-kemudahan lain

Kemudahan-kemudahan lain turut disediakan buat para pelajar. Antaranya ialah restoran dan kafe dimana anda boleh membeli beberapa makanan dan minuman kegemaran anda di sini. Perlu diingatkan buat pelajar-pelajar muslim, tidak semuanya anda boleh makan. Bijak memilih dan membeli.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More