Merawat Orang lain dan Dirawat

Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka.

Sunday, February 20, 2011

I’m Muslim, I’m Okay

Assalamualaikum w/.b.t

     Alhamdulillah kerana baru selamat pulang dari Birmingham untuk pembentangan tentang Syahadatul Haq dan Hazadden (Haza Ad-Deen). Berdasarkan apa yang telah dilihat dalam skop pelajar-pelajar University College Dublin, mungkin ramai yang yang telah faham mengenainya.

     Moga-moga dengan pembentangan mengenai Syahadatul Haq ini mampu menyedarkan kita tentang tanggungjawab berat yang terpikul di bahu kita bagi mereka yang benar-benar faham akan fikrah yang ingin dibawa.

Strong-Orange-Man-Pushing-a-Blank-Sign-Upright-10999

    

     Kita telah diberitahu dan tahu akan kepentingan Syahadah yang telah dipegang maka secara tidak langsung kita tidak boleh lari daripada soalan-soalan Allah nanti. Kita sudah tidak boleh menyalahkan orang lain atas sebab diri kita tidak diberitahu untuk menyebarkan syahadah yang kita miliki apatah lagi menyalahkan Rasulullah kerana tidak menjalankan tugas sebagai seorang rasul dengan sempurna (hakikatnya Rasul kita telah menjalankan tugasnya sehingga akhir hayat dan setiap masa disediakan untuk ummatnya).

“Janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul-Nya dan juga amanah yang telah diberikan kepada kamu sedangkan kamu mengetahui” (al-anfaal : 27)

     Sebarkanlah Syahadah yang kita miliki agar kita dapat menjalankan amanah kita sebaik mungkin dan menjadikan kita hamba yang patuh. kepada Allah dan Rasul.

Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu……. (al-baqarah:143)

    

Wassalam.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More