Merawat Orang lain dan Dirawat

Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka.

Monday, February 21, 2011

Errr… Dia tu lain sikit larrr.

Assalamualaikum w.b.t

Situasi yang berlaku:

     A: Ko rasa dia nih ada harapan tak?

     B: Aku rasa ok je. Boleh diperbaiki. 

     A: Tp tu r. Dia kan suka merokok. Takut jadi contoh tak baik lak.

     B: Merokok tu lain cerita. hmmmm.

Teringat sebuah kisah zaman yang berlaku di zaman Nabi dahulu. Para sahabat dilengkapkan dengan akidah dan fikrah yang mantap di samping mereka diberikan dengan kefahaman Islam yang sebenar-benarnya. Maka apabila perintah pengharaman arak diturunkan, para sahabat tidak merasa berat malah mematuhinya dengan penuh kataatan.

 

     Namun pengharaman arak ini tidak berlaku secara terus tetapi secara berperingkat. Bermula arak diharamkan minum sebelum solat hinggalah ianya diharamkan terus. Tidak dilihat penentangan yang berlaku apabila jatuhnya hukum ini kerana ketika ini kefahaman mereka terhadap Islam sudah pun kukuh dan jatuhnya ia dengan cara sedikit demi sedikit.

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, (Ibrahim: 24)

    Sekiranya kita melihat potensi yang ada dalam rakan kita maka itu adalah peluang yang harus kita ambil. Walaupun dia mempunyai bad habit seperti suka merokok, bermain game, dan perkara yang sama waktu sepertinya.

 

Orange-Design-Mascot-Man-Writing-on-a-White-Board-47823

   

     Memang pada waktu sekarang ini kita melihat dirinya sebagai seorang gamer, atau suka merokok namun sekiranya diterapkan mereka dengan fikrah Islam maka secara tidak langsung bad habit  ini dapat ditinggalkan biarpun ianya mengambil masa yang agak lama.

    Didiklah mereka dengan penuh hikmah dan lemah lembut agar hati mereka mudah terpaut dan tidak menolak dengan apa yang diperintahkan Islam. Yang pastinya SABAR itu perlu.

Wassalam.

6 comments:

Hidayah milik Allah..
Janganlah kita pula yang terlebih menilai2

Perkongsian y baik =)

Yup.. semuanya datang dari Allah. Kita hanya perlu berusaha menyampaikannya.. =)

haha.. ini tiada kaitan hidup mahupun yang telah mati.

IYE KE??? hehehehhe report report!! ^^

haha.. random jer nih. tk berkaitan pun. =)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More