Merawat Orang lain dan Dirawat

Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka.

Friday, July 29, 2011

Travelog Umrah Episod 1

Assalamualaikum wbt
     Alhamdulillah. Selama ini hanya mendengar dari mulut orang akhirnya dapat melihat, merasai dan mengalaminya sendiri. Emak dan ayah pun turut menggalakkannya lebih-lebih lagi pada usia muda. Kaki akhirnya menjejak juga ke sini…..
IMG_0059
    Bersyukur kerana dapat menunaikannya dalam usia 21 tahun. Banyak juga halangan yang perlu dihadapi dari mula hingga akhir perjalanan. Segala pengalaman akan cuba diceritakan dalam travelog kali ini.
    Secara amnya perjalanan kali ini bermula:

Dublin – London – Cairo – Jeddah – Mekah – Madinah – Jeddah – Bahrain – Kuala Lumpur

    Disebabkan beberapa masalah dengan sewaktu pembelian tiket, saya akhirnya akur untuk menggunakan Egypt Air untuk bergerak ke Jeddah. Hal ini turut menyebabkan saya terpaksa bergerak berseorangan ke Mekah. Terasing dari rakan-rakan yang lain.
Perjalanan bermula dengan bergerak ke Kota London dan menetap di sana selama 3 hari. Di situ merupakan tempat bagi kami semua berkumpul sebelum bertolak ke Jeddah. Dengan menggunakan tiket Egypt Air saya perlu bergerak awal sekitar jam 9 pagi dan jadual penerbangan dijangkakan berlepas pada jam 3.00 petang. Bermulanya kaki melangkah masuk ke dalam perut pesawat, satu persatu cabaran datang. Insyaallah akan diceritakan dalam post yang seterusnya setelah pulang dari Relief Mission Sabah 2011. Wassalam
p/s : Post ni ditulis sebelum bertolak ke RM Sabah 2011 tapi hanya dapat diposkan selepas pulang RM Sabah 2011.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More