Merawat Orang lain dan Dirawat

Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka.

Thursday, June 23, 2011

Perlu tak perlu atau Perlu?

Assalamualaikum w.b.t

     Dalam kehidupan kita sebagai manusia biasa, kadangkala kita sering dibebabni dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Sebagai seorang daie, kita perlu sedar dan tahu priority kita pada saat dan tika ini.

     Teringat kisah kartun yang menggambarkan tentang perjalan dakwah seorang da’ie. Perjalanan seorang da’ie ini umpama mendaki sebuah bukit yang curam. Teramat curam. Ditambah pula sepanjang perjalanan akan dipenuhi dengan onak duri.

    Namun begitu, ada beberapa perkara yang membezakan antara seorang dai’e yang mampu mendaki ke puncak dengan pantas dengan seorang da’ie yang terpaksa merangkak untuk ke puncak.

    Seorang da;ie yang pantas bergerak, beliau yakin dengan setiap langkah yang dia buat. Tidak tidak pernah menyiakan-nyiakan langkah ke arah yang lain malah terus mengukuhkan langkahnya. Tiada sebarang ragu dan hatinya penuh dengan tekad ingin tiba ke puncak. Di dalam begnya pula ada makanan berupa Al-Quran dan As-sunnah. Air nya hanya zikir kepada Allah sebagai penghilang dahaga.

    Berbeza dengan da’ie yang terpaksa merangkak. Begnya dipenuhi dengan buku komik, mini television, hiburan melampau dan macam-macam lagi. Malah dia tidak yakin dengan setiap langkah yang beliau buat. Sekali-sekala tersungkur ke tanah kerana kakinya yang tidak kuat memijak tanah. Hatinya penuh dengan keraguan. Akhirnya dia hanya mampu melihat rakannya yang lain sudahpun berada di puncak. Masanya semakin suntuk walhal dirinya masih dipertengahan.

    Kita seharusnya menjadi seperti da’ie yang pertama. Penuh yakin dalam dirinya serta mempunyai keazaman dan tekad yang kuat. Tidak membiarkan ragu-ragu ke atas dirinya yang menghalang pergerakannya. Dirinya sentiasa melangkah dan terus melangkah walaupun kakinya luka berdarah. Kerana dia tahu sesuatu yang indah sedang menanti di atas.

 

Kurangkan beban,

Tingkatkan perjuangan

Hapuskan keraguan

Yakin dengan setiap keputusan.

Terus langkah kehadapan.

 

256024_216608635040342_100000736218446_686622_4805499_o

 Gambar sewaktu berada di puncak Binn Bahn - Top of Galway.   (Jalinan Ukkhuwah Musim Panas, JUMP 2011)

 

Ya Allah, yakinkanlah aku dengan setiap keputusan yang bakal ku buat ke atas setiap simpang yang bakal aku tempuhi kelak. Tekadkan hati dan diri ini.. Aminnnn..

Wassalam

2 comments:

wassalamualaikum wbt
hehe alhamdulillah sihat2x aja.. ko pun lama gak tak dengr cite. =)

cuti ni buat pe? keje dop?

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More