Merawat Orang lain dan Dirawat

Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka.

Monday, May 16, 2011

setelah setahun..

assalamualaikum w.b.t.

     Setelah setahun berada di bumi Dublin ini, terlalu banyak perkara yang hendak diluahkan agar ianya menjadi perkongsian yang menarik untuk kita semua. Moga-moga ia mampu menjadi ibrah yang mampu dikutip oleh hati-hati yang sentiasa basah mengingati-Nya.

Subjek Perubatan

    University College Dublin mengamalkan sistem pembelajaran tradisional pada semester pertama. Dalam erti kata lain, kami di sini belajar mengikut subjek seperti anatomy, biochemistry, embryology, dan physiology.

Waktu ni juga mula nak membiasakan diri dengan suasana baru dan menggunakan bahasa baru. Semester kedua menyaksikan perubahan dari segi sistem pembelajaran di mana setiap subjek diajar mengikut sistem dalam badan seperti respiratory, cardiovascular, dan renal biology. Minggu lepas baru sahaja menamatkan tahun pertama sebagai pelajar perubatan dan harapnya keputusan semester ini lebih baik dari semester sebelumya. Aminn..

 

Travelog Sang Musafir.

     Tinggal di bumi eropah turut mengundang perasaan untuk melawat tempat-tempat menarik di sini. Sepanjang setahun di sini, saya telah melawat beberapa tempat seperti Edinburgh, London, Glasgow, Manchester dan yang terbaru baru pulang dari negara Norway. Setiap tempat yang dilawati mempunyai keunikkannya yang tersendiri. Namun yang paling menarik apabila melihat keindahan alam itu sendiri yang sungguh menenangkan. Tetapi itu masih belum mampu memenuhi impian di masa muda ini. Impian yang paling utama adalah untuk menjejakkan kaki ke bumi barakah ini.

 

mecca

    Emak dan ayah selalu menggalakkan anak2xnya untuk pergi ke tempat ini sewaktu usia muda kerana kita sering terlupa tentang dua nikmat yang sering disebutkan dalam hadith iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang. Mereka sendiri telah menjejakkan kaki ke sana dalam usia yang muda. Cemburu juga apabila beberapa orang senior RCSI (Royal College of Surgeon in Ireland) dan beberapa pelajari dari UK telah berada di sana baru-baru ni tapi apakan daya tak dapat bersama-sama mereka kerana cuti bagi pelajar-pelajar RCSI sahaja yang sama dengan pelajar-pelajar di UK manakala universiti lain (UCD,UCC, TCD dan NUIG) berbeza sama sekali. Harapnya impian untuk menjejakkan kaki ke sini menjadi kenyataan. Aminnn..

 

Rumah baru.

     Tinggal di apartment merville yang terletak dalam kawasan UCD kini sampai ke penghujungnya. tinggal beberapa hari lagi saya dan rakan-rakan yang lain akan tingal di sini. Saya dan beberapa rakan yang lain berjaya mencari rumah yang lebih dekat dengan fakulti dan juga lebih dekat dengan masjid. Kalau sebelum ni perlu mengayuh basikal selama 15 minit untuk ke masjid dari Merville, selepas ni hanya memerlukan 5 minit berjalan kaki ke masjid setelah berpindah nanti. Harapnya mampu menjadikan hati ini untuk lebih dekat dengan masjid. Sebab golongan yang hatinya dekat dengan masjid akan dinaungi Allah di akhirat kelak.

 

Suasana empat Musim..

     Alhamdulillah kerana dikurniakan rezeki untuk merasa berada dalam suasana empat musim. Pernah melihat bumi Shamrock dipenuhi dengan daun-daun kering, pernah juga merasakan berada dalam dunia putih, baru-baru ini melihat bumi Dublin dipenuhi dengan buga-bungaan dan sekarang mungkin masih berada dalam musim bunga ataupun sedang berada dalam musim panas. Sekarang ni pun badan dah mengeliat macam cacing apabila terkena panas inikan pula apabila pulang ke Malaysia. Adeyhh..

     Dalam banyak-banyak empat musim ni, yang paling seronok bagi saya adalah ketika musim sejuk. Sebabnya adalah:

 

PB280796

Selebihnya tentang musim sejuk nih boleh rujuk post sebelum nih..

My First Snow

 

insyaallah setakat ini sahaja perkongsiaan setelah sekian lama.. Wassalam..

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More