Merawat Orang lain dan Dirawat

Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka.

Monday, March 14, 2011

It’s not AbouT NumBer

Assalamualaikum w.b.t.

    Berada di bumi asing sebagai golongan minoriti merupakan satu pengalaman baru. Kebiasaannya di Malaysia kita akan dikelilingi dengan orang Islam yang sedkit sebanyak sudah memahami apa itu Islam sendiri. Tidak sukar bagi kita untuk mengatakan tentang islam kerana dalam kalangan orang islam sendiri di Malaysia yang sudah mempunyai sedikit ilmu tentang islam (ini tidak bermakna saya mengatakan saya mempunyai ilmu yang lebih dari mereka semua. Saya menyatakan ini kerana kemungkinan akan ada yang mempersoalkan kenyataan saya). Namun kurangnya kita adalah dari segi pengamalan islam dalam kehidupan seharian kita.

     Berada di Ireland yang majoritinya menganut agama Kristian Katolik memang suatu suasana kehidupan yang baru. Mereka tidak begitu mengenali apa itu islam yang sebenar. Transformasi dari golongan yang majoriti kepada golongan yang minoriti benar-benar banyak mengajar diri ini tentang pentingnya kita untuk berpegang teguh dengan islam. Sudah tidak lagi kedengaran azan dilaungkan di ruang angkasa dan sudah lama tidak melihat sesuatu tempat itu dipenuhi oleh mereka-mereka yang berpakaian baju melayu mahupun baju kurung.

     Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, ….. ( 3:103 )

    Menjadi golongan minoriti bukanlah untuk merasakan demotivate untuk mengamalkan islam tetapi sebenarnya inilah peluang kita untuk mengenalkan islam kepada mereka sedikit sebanyak. Golongan islam yang sedikit ini  sepatutnya memainkankan peranan dalam mengenalkan Islam itu sendiri. Sebagai contoh termudah adalah dengan mengerjakan solat dimana anda berada. Tidak perlu dikisahkan samada anda mempersembahkan solat anda tepi jalan, lorong-lorong mahupun di dalam pegangkutan awam seperti bas mahupun teksi. Setidak-tidaknya ia akan memberikan gambaran tentang orang Islam yang amat menitik beratkan perihal solat berbanding dengan agama lain.

     Namun ianya tidaklah tersekat dalam skop kita bersolat sahaja. Pelbagai cara lain kita boleh menggambarkan Islam itu pada pandangan mata mereka. Bukankah Islam itu mudah?

1 comments:

slm,

salam, ni link utk daftar umrah summer. ttg details ak tak sure a snanye sorry. tp ko leyh mintak details kat emel yg aku forward kn kat bwh ni.
jzkk wa afwan ala kulli hal.

mau daftar:

http://financeikramuke.wufoo.com/forms/iu-01-borang-penyertaan-umrah-ikram-musim-panas/


ada soalan?:

financeikramuke@yahoo.co.uk

Magdalena Samsuddin
Team Ikram Hajj and Umrah Services

p.s sorry tgglkn msg ni kat commentbox, sbb taktau emel ko.huhu :P

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More