Merawat Orang lain dan Dirawat

Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka.

Wednesday, March 9, 2011

Islam Sepenuhnya

Assalamualaikum w.b.t

    Teringat kata-kata seorang sahabat ketika berada di Kolej Mara Banting dahulu. Kalau diikutkan sudah 3 kali dia mengatakan perkara yang sama kat aku.

Setiap apa yang kita miliki dan bagaimana cara kita menggunakannya merupakan antara perkara yang melambangkan siapa diri kita yang sebenar.

     Lebih kurang macam itulah apa yang selalu diperkatakannya. Yup, ada benarnya apa yang dikatakan. Setiapa apa yang kita miliki mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Ianya bergantung macam mana kita menggunakannya. Adakah kita menggunakannya untuk kebaikan atau sebaliknya.

     So, untuk post kali ini adalah lebih kepada cara saya memaksimakan penggunaan laptop.

Windows Live Writer

Capture

 

     Windows Live Writer merupakan software yang selalu aku gunakan untuk penulisan blog. Sememangnya software ni banyak membantu. Pertamanya, aku boleh menulis tanpa perlu mengakses ke laman Blogger untuk dan juga kita tidak memerlukan  internet untuk menggunakannya. Sekiranya ada perkara yang ingin dituliskan ianya boleh terus dibuka.

    Selain itu, Windows Live Writer mempunyai pelbagai tools untuk edit gambar-gambar yang dietakkan ke dalam blog nanti yang mana menjadikkannya lebih menarik. Secara amnya ianya mempunyai fungsi yang hampir sama seperti Microsoft Word. Setiap post yang telah ditulis boleh di’publish’ kan terus menggunakan Windows Live Writer.

Al-Quran Tajweed

    Bagi menambah fungsi laptop ini, Al-Quran yang dilengkapi dengan kemudahan untuk membacanya secara tajweed turut diletakkan. Seandainya aku terlupa untuk membawa Al-Quran pocket @ mini, Al-Quran ini boleh dijadikan sebagai pengganti. Sememangnya ia mampu mengisi masa dan mampu mengelakkan masa terbazir begitu sahaja.

Capture2

Al-Quran flash yang digunakan

 

Bahan Ilmiah

     Selain itu, beberapa buku turut diselitkan agar dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Antara buku-buku yang ada adalah Dakwah Fardhiah, Rintangan Perjuangan dalam Kehidupan, Sirah Nabi Muhammad dan Virus-Virus Ukkhuwah.

     Turut ada adalah buku MARS (Majalah Remaja Sempoi) yang diterbitkan oleh Karangkraf dengan usaha sama iluvislam.com. Majalah MARS ini diberikan secara percuma melalui internet. Gaya bahasa yang digunakan, warna yang menarik serta info yang diletakkan amat berguna buat para remaja.

    Antara buku lain yang menjadi minat utama adalah buku Halal dan Haram yang dikarang oleh Yusuf Qardhawi. First time baca buku ni sewaktu sedang mencari bahan untuk dijadikan sebagai Extended Essay. Secara keseluruhannya buku ini menceritakan tentang bidang fiqh. Setiap apa yang diceritakan mempunyai dalilnya yang tersendiri dan juga turut dimasukkan sekali pendapat beberapa imam yang terkenal seperti Imam Abu Hanifah, Imam Syafi’e, Ahmad bin Hambal dan lain-lain.

 

Wallpaper

     Wallpaper juga digunakan sebagai medium untuk menjadi hati sentiasa basah. Sekarang ini sedang menggunakan wallpaper yang tertulis doa Qunut Nazilah. Secara tidak langsung ia mengngatkan tentang keadaan saudara-saudara kita yang berada di Libya, Mesir dan terutamanya di Palestin.

Capture

Wallpaper yang diletakkan

 

Kesimpulan

     Saya berharap post kali ini mampu menggalakkan diri kita untuk memaksimakan penggunaan laptop yang ada ini dengan sebaiknya. Diharapkan ianya mampu menjadikan diri kita ini lebih dekat kepada Rabb kita. Turut berharap agar masih dapat mencari ruang-ruang mana mana dapat mempertingkatkan lagi penggunaan laptop ini untuk tujuan kebaikan.

……Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan karena mencari keridhaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, niscaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikitpun tidak akan dianiaya (dirugikan). (Al-Baqarah 2:272)

Wassalam.

2 comments:

quran flash tu xleh msk laptop kecik.. kne men aleh2.. screen x ckp besar
ha3

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More