Merawat Orang lain dan Dirawat

Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka.

Saturday, December 17, 2011

Penuhi Hati Dengan Sabar.

Assalamualaikum wbt..

          Memahami erti sabar bukanlah satu perkara yang mudah. Tidak semudah mulut yang berkata-kata dan tidak semudah menulisnya di atas kertas. Erti kata lain Sang mulut lebih mudah bergerak berbanding sang pelaku. Sabar memerlukan praktikalnya dari sang pelaku. Sang pelaku yang menerbitkan bagaimana erti sabar yang difahami olehnya.  Ya akhi, memang tidak mudah untuk kita menjadi seorang yang penuh dengan sifat sabar.

      Rasul-rasul ‘ulul azmi merupakan rasul-rasul yang paling banyak menerima musibah sepanjang mereka berdakwah kepada kaum mereka. Dugaan yang diterima bukan calang-calang dan belum tentu kita mampu mengalas segala musibah yang ditimpakan ke atas mereka. Kisah Nabi Ibrahim yang diperintahkan untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail. Kita juga pernah mendengar kisah Nabi Nuh yang berdakwah selama 950 tahun namun hanya 80 sahaja yang mengikut baginda. Malah isteri dan anak-anaknya menentang usaha dakwah yang dilakukan oleh suami dan ayah mereka sendiri.

     Kisah Nabi Muhammad s.a.w yang dilahirkan tanpa bapa sejak lahir. Kehilangan ibu dan datuk kesayangan sewaktu seusia kanak-kanak yang tengah berseronok bermain dengan rakan-rakan yang lain. Perjalanan hidup baginda penuh dengan herdikan, cacian dan hinaan dari masyarakat Mekah.

    Bagaimana mereka semua ini mampu menghadapi segala ujian dan musibah? Masakan dan mustahil mereka mampu melakukannya sekiranya diri mereka tidak dipenuhi dengan nilai dan pemahaman tentang sabar. Sesungguhnya para anbiya’ telah menunjukkan praktikal yang terbaik untuk kita semua. adakah kita dapat mengikutinya dan memahami nilai sabar itu secara total?

    Untuk lebih memudahkan pemahaman secara praktikalnya kitta boleh melihat pada sejarah hidup baginda. Wajah Baginda nabi Muhammad sentiasa gemilang dengan senyuman. Sentiasa melangkah utuh atas jalan dakwah dan penuh keyakinan walaupun ditapak kakinya penuh dengan duri. Bagaimana baginda masih mampu untuk menceriakan muka dan menaikkan semangat para sahabat kala dalam hatinya penuh dengan pengalaman ranjau dan badai. Semuanya ini memerlukan kesabaran. Bukan kesabaran yang hanya tumbuh ditepi bibir tapi sabar yang tumbuh segar dalam hati dan jiwa seorang yang bergelar hamba. Seorang hamba yang memikul tugasan dakwah yang sungguh berat. Hatta gunung yang kelihatan utuh takut untuk membawa risalah kepada umat manusia. Dalam mendidik diri untuk menjadi seorang yang sabar juga memerlukan kesabaran. Sabar dalam bersabar.

 

Moga-Moga kita menjadi antara golongan yang sabar.Untitled-1

Suatu hari, Rasulullah s.a.w. berjalan melalui satu tanah perkuburan. Di satu sudut, didapati ada seorang wanita duduk di sisi pusara anaknya sambil menangis.


    Rasa simpati terbit dalam hati Rasulullah, lantas Baginda bersabda bermaksud: "Bertaqwalah kepada ALLAH dan bersabarlah."
Sebaik sahaja mendengar lafaz sabar, wanita itu naik angin. Dihalaunya Rasulullah, "Jauhkan dirimu daripadaku! Engkau tidak menderita ditimpa musibah sepertiku." Jelaslah, wanita itu tidak tahu bahawa pesan sabar itu lahir dari hati seorang Rasul. Sebab itu agak kasar bicaranya.


    Namun, Rasulullah s.a.w. sedikit pun tidak tersinggung. Baginda meneruskan perjalanan Baginda.Setelah diberitahu oleh orang yang ada berdekatan bahawa yang menasihatinya itu ialah Rasulullah, rasa bersalah terbit dalam hatinya. Wanita itu segera bergegas pergi menemui Rasulullah s.a.w. Itulah akibat cepat melenting dan tidak bersabar.


     Lafaz pertama yang terbit saat dia menemui Rasulullah ialah ucapan maaf. "Maaf, aku tidak mengenalimu wahai Rasulullah." Nabi s.a.w. tetap tenang, malah ucapan Baginda berupa wahyu itu memandu kita tentang sabar hingga hari ini. Sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Sesungguhnya kesabaran itu ialah pada hentaman (pukulan) pertama." [Muttafaq 'alaih]

Wassalam.

1 comments:

nice one.. huhu.. sabar itu macam butang pause..

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More