Merawat Orang lain dan Dirawat

Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka.

Wednesday, December 8, 2010

Salam Maal 1432 H

Assalamualaikum w.b.t.

     Alhamdulillah kerana kita masih dipanjangkan usia untuk masuk ke tahun baru 1432 Hijrah. Kita seharusnya bersyukur keran pintu taubat kita masih terbuka. Adakalanya kita leka dengan setiap apa yang kita lakukan sehingga kita lupa akan tanggunjawab kita sebagai seorang hamba Allah. Maka dengan kesempatan ini kita seharusnya gunakan sebaik mungkin dalam memperoleh keampunan Allah dan juga berusaha memperbaiki amalan kita berbanding dengan tahun-tahun yang sebelumnya. Entahlah. Kadang-kadang pelik juga apabila kita lebih meraikan tahun baru masihi berbanding tahun baru Hijrah.

    Sebagai seorang Islam, kita sepatutnya lebih menghargai nilai tahun baru itu dengan mangaitkan peristiwa hijrah Nabi Muhammad. Bukanlah mudah untuk melakukan hijrah ke Madinah disaat umat Islam dikecam hebat oleh kaum Musyrikin Mekah sehinggakan wujudnya komplot untuk membunuh Baginda sewaktu Baginda tidur.

    Tapi bagi diri kita yang merupakan seorang insan biasa (bukan nabi mahupun rasul), hijrah bukanlah suatu perkara yang mudah. Daripada seorang yang lalai kepada seorang yang selalu mengingatkan. Daripada malas kepada rajin. Daripada seorang yang suka melepak tidak tentu hala kepada seorang yang suka ‘melepak’ di masjid. Pelbagai perubahan boleh kita lakukan dan berbagai azam boleh kita letakkan dalam menjadi seorang yang lebih baik.

    Tapi semua itu memerlukan kekuatan jati diri dan keazaman kita dalam melakukan sesuatu perubahan. Bukannya kita ingin berubah dalam sekelip mata tetapi biarlah perubahan itu dilakukan dengan istiqamah. Jangan jadi seperti mee segera yang dapat disiapkan dalam masa 2-3 minit tetapi hanya dapat menghilangkan lapar hanya seketika.

    Anyway dalam menyambut maal hijrah ini, satu poster telah dibuat tetapi dibuat dalam dua versi. Sesiapa yang ingin men ’download’ poster ni, just click on the picture and save it. Salam Maal Hiijrah 1432 H.

 

muharram2 (green)                                                          (Green Version)

 

muharram2 (red)(Red Version) 

 

Sekian, wassalam.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More