Merawat Orang lain dan Dirawat

Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka.

Sunday, March 11, 2012

Andai Dosa itu Allah Zahirkan

Assalamualaikum wbt.

Kita hanya insan biasa yang tidak terlepas dari melakukan sebarang kesilapan. Tidak juga terlepas daripada melakukan sebarang dosa samada dosa kecil mahupun dosa besar. Adalah kalanya kita melakukan dosa itu secara tidak sengaja dan ada kalanya pula kita memang sengaja melakukan dosa tersebut walhal kita telah pun tahu ianya adalah perkara yang dilarang.

sebagai insan biasa, kita sememangnya ingin tampak sempurna dihadapan manusia. Ingin tampak hebat di mata mereka. Ingin tampak bersih dari segala aspek samada dari sudut kelakuan, percakapan mahupun dalam kehidupan seharian. Itu fitrah manusia. Tidak mahu segala cacat cela didedahkan. Tidak juga ingin nama diburuk-burukkan di atas dosa mahupun kesilapan yang telah dilakukan. Inginku ulang, fitrah manusia memang ingin dilihat sempurna dan cemerlang dalam segala aspek.

Kita merasa malu dihadapan manusia sekiranya mereka tahu akan dosa yang telah kita lakukan. Kita merasa malu sekiranya mereka mengetahui cacat cela yang kita ada. Kita merasa malu jika mereka menyebut-menyebut nama kita bukan atas sebab yang harus kita banggakan tapi atas kesilapan yang telah kita lakukan. Betapa besarnya malu yang kita rasai dan betapa hinanya kita rasakan waktu itu sehingga dirasakan tiada harapan buat kita.

Namun Allah itu Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Allah Maha Mengetahui setiap apa yang kita rasakan. Allah tahu setiap perkara yang kita fikirkan. Allah Maha tahu segala dosa yang kita lakukan dan juga cacat cela yang kita peroleh. Kerana Allah begitu sayangkan hambanya, Allah tutup aib kita. Allah tutup segala kelemahan yang kita ada. Subhanallah, betapa sayangnya Allah kepada kita.

 

yang utama

 

Bayangkan sekiranya dosa-dosa yang kita lakukan Allah zahirkan. Bayangkan sekiranya segala cacat cela kita dipaparkan. Bayangkan juga sekiranya kelemahan kita diketahui umum. Alangkah hinanya yang kita rasakan diwaktu itu. Betapa sukarnya untuk kita berhadapan dengan masyarakat umum.

Pernahkah kita bermuhasabah sejenak? Apakah selama ini kita tidak merasa malu disaat kita melakukan dosa? Apakah pandangan di mata manusia itu lebih penting berbanding dihadapan mata Allah? Fikir-fikirkan..

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More