Merawat Orang lain dan Dirawat

Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka.

Sunday, November 18, 2012

Dunia Fantasi

Adakalanya aku ingin berada dalam dunia fantasi. Bebas sebarang masalah. Aman. Tenang. Tak banyak yang aku harus fikirkan.

Dunia fantasi yang hanya ada aku sendiri. Kekal tersenyum dan hanya melakarkan warna pelangi.

Aku ingin hidup ceria. Tanpa tekanan mahupun harapan yang sukar untuk aku lunaskan.


Namun,

Aku harus menyedari akan hakikat realiti. 
Dimana aku berpijak di atas kaki sendiri.

Sekiranya aku ingin terus berada dalam fantasi, sudah tentu aku bisa saja melakukannya. 
Tapiiii, 
ke mana ianya akan bawa aku pergi 
sekiranya terus dalam dunia yang bukan realiti?

Realiti itu satu dugaan dari Ilahi 
agar hambanya lebih mengerti akan kewujudannya di maya ini.

realiti itu harus aku hadapi dan bukannya terus berlari, berlari dan berlari
dan aku tidak boleh terus terleka dibuai mimpi,

Realitinya,
aku pasti mencapai dunia 'fantasi',
yang aku impikan selama ini,
dengan syarat aku berjaya menempuh onak duri dalam dunia penuh realiti.

Abdul Salam
18 november 2012
8.26 malam

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More