Merawat Orang lain dan Dirawat

Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka.

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan Kareem

Bulan Ramadhan, bulan yang diturunkannya Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan penbeza antara yang haq dan yang batil

Seminar bertukar Camping

Kenangan sewaktu di Sungai Congkak.

Jalinan Ukkhuwah Junior dan Senior

Ya Allah, Kau ikatkanlah hati-hati kami kerana Mu.

Pesan Ayah sebelum ke Relief Mission Sabah 2011

“ Apa yang along dan kawan-kawan lakukan ini boleh dianggap juga sebagai pendakwah, kerana sebagai seorang pendakwah seharusnya bersikap sentiasa memberi dan bukannya mengharapkan pemberian dari orang lain seperti sikap sesetengah yang lain”

Travelog Umrah

Ku bermohon agar kedatangan aku yang lalu tidak menjadi kedatangan ku yang terakhir ke rumah Mu.

5 for Palestine

Moga-moga semangat kita masih terus membara untuk membela rakyat Palestin. Terima kasih buat warga Eropah kerana telah menjayakan program ini.Tahniah juga buat ISMA Ireland kerana berjaya membuat kutipan yang tertinggi.

Saturday, May 19, 2012

Matahari

assalamualaikum wbt..

 

     Jadilah seperti matahari. Walaupun diherdik kerana

dek kepanasannya, namun masih tetap memberikan cahaya dan

menjadi petunjuk. Tetap menjadi penghangat dikala kesejukkan.

Menerangkan kegelapan malam yang menyelubungi dan

menggantikannya dengan siang yang penuh ceria. Menjadi sumber

kekuatan buat makhluk lain dimuka bumi. Jadilah seperti matahari

yang memberikan cahaya kepada sang bulan

agar menjadi penyuluh dalam kedinginan pekat malam.

Aku ingin menjadi seperti sang matahari yang turut

menjadi paksi buat segala planet di angkasa raya.

 

matahari

Wednesday, May 9, 2012

Kepulangan

Assalamualaikum wbt..

Sedar tak sedar sudah hampir 2 tahun berada di bumi Dublin. Kini berada di terminal menunggu terbangnya diri ini ke bumi malaysia. Peperiksaan yang habis awal serta hadirnya musim
cuti yang begitu panjang diharapkan tidak disia2x kan. Menharapkan masa yang terluang tidak dibuang.

Musim cuti kali ni terpikul satu amanat. Amanat yang bukan untuk dikhianati, tapi amanat untuk Ilahi.

Semoga sempat juga untuk bertemu adik2x KMB yang masih bertarung di
medan IB. Harapnya berpeluang untuk memberikan kata2x juang buat mereka agar semangat sentiasa membara.

moga2x amanah dan tanggungjawab yang diberikan para sahabat di
bumi Eropah dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Dan
semoga diri ini tidak menjadi petualang terhadap amanah ini.. AYUHHH!!!!

Wednesday, April 11, 2012

Mata merayap tatkala mengulangkaji

assalamualaikum wbt...

Memandangkan masjid Clonskeagh mempunyai library dan tambahan pula jaraknya hanya dalam 5 minit berjalan kaki, insyaallah akan menggunaknnya sebaik mungkin.

Tatkala menelaah sempena peperiksaan final semakin hampir, mata merayap sekitar library. Jujurnya terpegun dengan jumlah buku yang ada (walaupun tk jumpa pun buku medic).. Banyak buku disediakan terutamanya buku fiqh dan hadis.

Friday, March 16, 2012

Teka-Teki Al Quran

Assalamualaikum wbt...

Cuba teka ni page ke berapa dan surah apa? =)

Sunday, March 11, 2012

Andai Dosa itu Allah Zahirkan

Assalamualaikum wbt.

Kita hanya insan biasa yang tidak terlepas dari melakukan sebarang kesilapan. Tidak juga terlepas daripada melakukan sebarang dosa samada dosa kecil mahupun dosa besar. Adalah kalanya kita melakukan dosa itu secara tidak sengaja dan ada kalanya pula kita memang sengaja melakukan dosa tersebut walhal kita telah pun tahu ianya adalah perkara yang dilarang.

Friday, March 9, 2012

Sahabat Jauh

assalamualaikum wbt..

Ikatan Ukkhuwah yang terjalin takkan putus kecuali dengan izinNya.

Alhamdulillah sahabat yang sedang belajar kat india akhirnya sampai ke bumi Shamrock..

Syukur atas nikmat persahabatan ini. Moga kekal dunia akhirat.. =)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More