Merawat Orang lain dan Dirawat

Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka.

Saturday, November 14, 2009

MenariKnYa Jiwa Seorang ManuSia..

Assalamualaikum w.b.t...

alhamdulillah kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk berjuang di atas jalannya walaupun kita sentiasa ditimpa pelbagai ujian sama ada dalam bentuk kesenangan mahupun kesusahan... tapi yang penting adalah kita harus sedar bahawa setiap perkara yang mendatangi kita adalah yang terbaik buat kita... sama ada untuk menyedarkan kita ataupun untuk mendekatkan diri kita kepada Allah.. dan kita seharusya bersyukur kerana kita sentiasa diberi peluang untuk membuat pilihan sama ada untuk memilih jalan yang fujur ataupun jalan ketakwaan....

dalam hadith ke-6 Imam Nawawi, dalam badan manusia terdapat sketul daging..
jika baik daging itu maka baiklah seluruh anggotanya jika rosak seketul daging itu maka rosaklah seluruh anggotanya dan ketahuilah bahawa sesungguhnya seketul daging itu adalah hati.. ( maksud hadith, Riwayat Bukhari dan MUslim)


jika kita bercerita tentang hati, bagi saya ia amat merumitkan kerana ia kelihatan begitu abstrak sekali... kita sebagai manusia biasa tidak mampu membaca apa yang terlintas dalam hati seseorang... hanya Allah dan kita sahaja yang tahu apa yang tersirat dalam hati kita ( unless klu kita cite kat orang laen apa yang tersirat dalam hati kita)....

dalam Al-Quran telah dinyatakan bahawa hati manusia ini telah diilhamkan oleh Allah akan dua keadaan iaitu fujur dan takwa... seseorang manusia itu sangt beruntung sekiranya dia mampu mendidik jiwanya ke arah ketakwaan dan rugilah mereka yang gagal mendidik jiwa mereka....

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. (91:8)


semuanya terletak dalam pilihan kita.... sama ada untuk ingkar atau patuh....
jika dilihat kepada kedua-dua keadaan ini, fujur dan takwa merupakan keadaan yang amat bertentangan antara satu sama lain... so, pandai-pandailah kita bagaimana ingin menjadikan takwa itu sentiasa mengatasi kefujuran.....

kita dapat membahagikan jiwa manusia itu kepada tiga keadaan yang berbeza..

i) Nafsu lebih dominan
ii) pengaruh yang sama antara nafsu dan ketakwaan
iii) takwa yang lebih dominan.

jika kita lihat pada kondisi yang pertama, apabila nafsu seseorang itu menguasai jiwanya maka akan sentiasa timbul keinginan untuk memenuhi shahwat serta kesenangan dunia... sekiranya jiwa kita berada dalam kondisi seperti ini maka kita harus bertindak segera bagi memulihkan jiwa kita.. jika tiada langkah segera yang diambil maka hati kita akan segera mati.. maka amat sukar bagi kita untuk menentukan sama ada perbuatan kita adalah benar atau salah apabila hati kita sudah mati.... malah, dalam keadaan seperti ini juga akan menyebabkan kita berkelakuan sperti binatang malah mungkin lebih teruk daripada itu.....

Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran? (45:23)

dalam kondisi yang kedua pula adalah di mana nafsu yang terdapat dalam jiwa manusia sama kuatnya dengan sifat takwa... orang yang jiwanya seperti ini sentiasa berfikir panjang untuk melakukan sesuatu kerana terjadi pergolakan dalam jiwa mereka antara keinginan beramal soleh mahupun kecenderungan kepada maksiat. keadaan seperti inilah yang selalu dapat dilihat dalam kalangan kaum muslimin.

situasi ketiga adalah di mana ketakwaan seseorang itu mengatasi nafsu yang ada dalam diri mereka. jiwa seperti ini disebut sebagai nafsu muthmainah (jiwa yang tenang) setiap ibadah yang dilakukannya terasa ringan.

Hai jiwa yang tenang.Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku,masuklah ke dalam syurga-Ku. ( 89: 27-30)

konklusinya, walau apa pu keadaan jiwa kita, kita telah diperintahkan untuk sentiasa mensucikan jiwa kita. terdapat pelbagai cara untuk kita membersihkan jiwa seperti membaca Al-Quran serta mentadabburinya, solat 5 kali sehari semalam secara berjemaah, banyakkan bersedekah dan sebagainya. namun semuanya terletak pada pilihan kita sama ada untuk memilih yang terbaik atau sebaliknya...
wassalam....

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More