Merawat Orang lain dan Dirawat

Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka.

Monday, December 7, 2009

Semua hak Milik ALLAH....

Assalamualaikum....

huhuhu... hari nie memang banyak menyedarkan aku....
walaubagaimanapun pengalaman nie memang manis yang teramat sangat..

hhmmmm..
macam mana nak mula eyk...

tersebutlah kisah, nak dijadikan ceritakisah ini berlaku ....
sewaktu sume pakat2 nak bersiap solat isyak....
maka setelah iqamat dilaungkan masing-masing berebut untuk mendapatkan saf yang pertama..
pada ketika itu diri ini sedang mencari ruang2 untuk mencelah ke saf yang pertama...
lalu ternampak sedikit ruang yang ada dan aku mengambil kesempatan ini untuk mencelah.....
namun begitu, setelah berjaya mencelahkan diri tiba-tiba aku diminta untuk naik menjadi imam..
time tu aku pun menerima permintaan tersebut...

setelah itu, aku pun mengambil mashaf al-Quran yang berada dihadapan ku lalu aku pun membuka mana-mana page untuk aku baca.....

***********************************************************************************
sejak kebelakangan ini aku merasakan yang mata aku mula rabun....
aku sendiri pun tak perasaan sejak bila
kadang-kadang kelihatan seperti ada kabus yang halus menutupi tulisan yang sedang dibaca ketika sedang membuat ulangkaji...
namun aku biarkan jua..
***********************************************************************************

nak dijadikan cerita, ketika sedang membaca mashaf al-Quran yang berada dihadapan mata tiba-tiba terasa kabur... tulisan yang berada dalam al-Quran tak jelas kelihatan...... akibatnya bacaanku menjadi tersekat-sekat kerana tak dapat melihat tulisan yang berada di hadapan mata.... teruk jugak r rasanya... sekarang nie pun, setiap kali menulis mahupun membaca memang kelihatan agar kabur sedkit...
nampaknya aku mungkin kene wat pemeriksaan mata selepas ini....

bile difikir-fikirkan kembali, nikmat yang Allah beri itu bile-bile masa saje boleh hilang kan.. cuma kadang-kadang kita tak bersyukur dengan nikmat yang diberi dan apabila ditarik barulah kita sedar akan kehilangannya....

cerita ini tidak berakhir begitu sahaja...
ketika aku ingin membaca doa qunut nazilah, segala hafalan ku tiba2 hilang..
aku pun tak tau kenapa..... memang tiba2 rasa ilmu tu ditarik... makmum dibelakang cuba mengingatkan tetapi aku kurang jelas mendengarnya... maka aku cube mengingatkan kembali hafalan ku.. setelah cuba beberapa kembali akhirnya dizinkan jua untuk aku mengingat kembali hafalan aku namun masih dalam keadaan tak berapa proper lag......

setelah selesai solat aku cuba mengingatkan kembali apa yang telah berlaku..
dalam pada masa yang sama aku cuba mengambil kesempatan berborak dengan sahabatku Faqrie mengenai apa yang berlaku..... di akhir perbincangan kami, kami dapat melihat banyak peringatan yang cuba disampaikan kepada kami...

kami dapat melihat bahawa Allah berhak menarik ilmunya bile2 sahaja tak kira keadaan mahupun masa... contohnya berlaku depan mata apabila aku tiba lupa doa qunut nazilah tibe2 jer....
selain itu kita harus bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan kepada kita tak kira sekecil manapun nikmat tu..... dan Allah juga berhak terhadap nikmat yang diberikan kepada kita... kita sekadar meminjam sahaja..... apa2 pun doakan kami kat sini yang sedang menghadapi exam semester 3..
kepada pelajar KMB sekalian, selamt berjuang tuk exaam nih...
k r.. nak teruskan study math
sekian, jazakallahukhaira kathira...

wassalam....

2 comments:

salam...
jika terasa kehilangan sesuatu, periksa hati. jangan biarkan hati kesepian, sentiasa muhasabah diri...
insyaAllah yang hilang akan muncul kembali

hurm..xpe2
people learn from mistake

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More