Merawat Orang lain dan Dirawat

Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka.

Thursday, July 1, 2010

KuLit BukaN UkurAn

Assalamualaikum w.b.t.



Masih teringt pada kata2 seorang guru dalam salah sebuah rancangan televisyen yang berbentuk forum. Beliau mengtakan bahawa beliau pernah melihat seorang Mat Motor yang kelihatan rockers dalam pada masa yang sama memakai jaket kulit hitam, seluar hitam di samping baju yang mempunyai gambar yang memang rock orang katakan. Lelaki rockers ini datang dengan motor jaguh yang diminatinya.
Note:- kejadian nih berlaku di sebuah kawasan yang tidak dinyatakan dan mungkin leh dikenali sbg si A.

Tapi seandainya kita bertemu dengan orang2x sebegini, apa pula pandangn kita terhadap mereka? Cuba jawab dulu soalan nie before continue reading this post.
Namun apa yang menariknya, cikgu ini mengatakan bahwa beliau terkejut apabila melihat si A ini tadi tiba2x membentangkan sejadah lalu menunaikan solat.

For the first sight, kita mungkin akan memandang bahawa si A ni td merupakan seorang bertentangan dengan apa yang dilihat oleh cikgu tadi. yup, berdasarkan pemerhatian aku, ramai di antara kita yang akan mempunyai pandangan yang negative terhadap orang yng serupa ngn si A. Tp siapa sangka, walaupun dia memakai pakaian yang sebgitu rupa, tapi dia masih mempunyai rasa takwa kepada Allah. Bukankah ini lebih baik daripada yang kita lihat alim dari sudut luaran tpi langsung tidak mempunyai secebis ketakwaan dan juga keimanan dalam hati.

Kebanyakkan daripada kita mungkin pernah mendengar kisah seorang pelacur yang memberi minum pada seekor anjing dan juga seorang ‘abid yang telah beribadat untuk satu tempoh yang lama namun akhirnya kufur kepada Allah. Erti kata lain, apa yang kita lihat pada seseorang pada tika ini masih belum menentukan sama ada seseorang itu akan masuk syurga mahupun neraka.


Apa yang dilihat dari luar tak semestinya sama ngan apa yang di dalam


Semuanya terletak pada penilaian Allah. Hanya Dia yang berhak menentukannya. Yang paling penting, pakaian yang dipakai, makanan dan minuman yang disuapkan, jawatan yang dipegang, status yang dimiliki, jumlah harta yang terkumpul, gelaran yang menggunung bukanlah satu parameter yang sebenar-benarnya dlam menentukan baik atau buruk seseorang itu. The most important is what inside our heart that are TAQWA and IMAN.

Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik……… (Al-Hujurat 49:11)

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More