Merawat Orang lain dan Dirawat

Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka.

Wednesday, June 30, 2010

Aku TiDak PEduLisme

Assalamulaikum w.b.t


Dalam kehangatan piala dunia yang diadakan julung2x kalinya sekali dalam 4 tahun, kita dapat melihat ramai yang bersorak keriangan diatas kemenangan pasukan kegemaran masing2x. tidak ketinggalan ada yang merasa sedih atas kegagalan dan kekalahn yang dialami oleh pasukan mereka. Macam2x riak wajah dan gelagat yang ditonjolkan oleh para penonton ketika menyaksikan pasukan mereka beraksi dipentas dunia.

Tetapi dalam perasaan yang penuh ceria ketika musim piala dunia ini, kita semakin lupa dengan suadara mara kita yang sedang merana dibumi palestin. Keprihatinan kita terhadap mereka umpama tenggelam timbul dan ada psang surutnya. Masihkah kita ingt mengenai peristiwa Gaza diserang oleh tentera Israel pada awal tahun lepas. Macam2x tindakan dilakukan bagi mengutuk tindakan kejam Israel itu. Namun, setelah beberapa ketika, isu tersebut semakin tenggelam. Cerita mengenai Gaza semakin kurang dihebohkan dan akhirnya senyap tanpa sebarang pengkhabaran. Mana perginya semangt2x mereka yang begitu gah apabila gaza diserang?

Kemudian kita dapat melihat yang semangt2x sebegini timbul semula apabila pasukan bantuan kemanusiaan diserang oleh tentera elit Israel yang akhirnya menyebabkan kematian sramai 9 orang sukarelawan. Namun, semangt ini kita dapat lihat tengggelam semula apbila muncuknya pertandingan piala dunia yang semakin hangt diperkatan. As I told before, bnde macam nie ada pasang surutnya.

Kita dapat melihat ramai yang bersorak kegirangan apabila gol Berjaya dijaringkan tetapi dalam pada masa yang sama mereka tidak mengendahkan qiamulail yang sedang diadakan di masjid yang mana betul2x bertentangan dengan tempat mereka menonton perlawanan bola sepak. Secara jelasnya kita Nampak yang sikap ‘Aku tidak pedulisme’ semakin tertanam utuh dalam jiwa orang Islam terutamanya.

Masing2x terus sibuk dengan hal ehwal duniawi tanpa mempedulikan dan tanpa mengambil berat sedikitpun tntang keadaan orang sekeliling mereka. Hatta, sesame jiran pun susah untuk bertegur sapa. Akhirnya perkara ini akan menjadi barah dan umat Islam akan semakin berpecah belah.


Adakah kita sekadar mengintai sahaja dan terus mengamalkan sikap 'Aku tidak Pedulisme'


Oleh yang demikian, adakah kita mahu terus menjadikan diri kita terus berada dalam sikap ‘Aku tidak pedulisme’? sikap sebeginilah yang menjadikan kita tidak ambil tahu langsung tentang saudara kita di Palestin. Kalau ya pun, hanya untuk sementara sahaja. Fikir2xkan lah…..

1 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More