Merawat Orang lain dan Dirawat

Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka.

Monday, June 21, 2010

Setelah sebulan

Assalamualaikum w.b.t.

Persiapan perkahwinan


Dah bersawang sedikit blog nih coz dah lama sangt tak update. 2 minggu pertama cuti dah terus sibuk untuk persiapan majlis perkahwinan kakak saudara yang dilangsungkn kat rumah pak saudaranya (ayah). So kene bersihkan rumah, buang segala sawang yang ada. Ada satu masa perlu mengecat rumah pukul 3 pagi sebab taknak diganggu oleh tetamu yang bertandang dan juga adik2x yang laen.

Dalam pada masa yang sama kene buat persiapan untuk pergi ke Biro Tata Negara (BTN). Pada hari majlis dilangsungkan, lebih kurang pukul 2, terus bertolak ke tanjung rhu, Sepang untuk menghadiri BTN yang wajib buat semua pelajar yang akan ke luar Negara. Buat pertama kalinya aku terpaksa drive ke tempat yang tak pernah aku datang termasuklah parents aku. Parents aku pown sendiri tak dapat nk hantarkan aku ke sana kerana sibuk ngan majlis perkawninan. So, berpandukan peta yang ada, kene r bergerak ke tmpat yang dituju by hook or by crook.


Perjalanan ke BTN

Perjalanan secara perseorang hampir2x menyebabkan aku tersesat. Aku hampir tiba ke kem BTN Kuarters KLIA which is dah memang tersimpang jauh dari tempat yang sepatutnya aku pergi. Merasakan aku dah memang tersesat jauh, maka aku berhentikan kereta untuk bertanya kepada penduduk (pasangan suami isteri yang lbh kurang berusia 30-an hampir 40) yang ada kat situ.

……. maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui. (21:7)

Penduduk kampung:- adik dah tersesat jauh nih. Adik kene keluar balik jalan yang adik datang tadi,

pastu adik kene masuk ke jalan besar. Pastu adik kene jalan ke depan ag.

Aku:- owh yeke. Kem BTN Kuarters KLIA tak sama ke ngan yang Tanjung Rhu punye? (bukan pe, time tu aku ngtkan yang Kem Kuarters KLIA nih adalah nama lain bag Kem BTN tanjung rhu. Sebabnya kedua-dua kem nih terletak dalm satu daerah yang sama. Lag satu, jalan tuk ke BTN Kuarters KLIA lebih kurang sama je ngan jalan ke kem BTN Tanjung Rhu berdasarkan dalam map. So, confuse ckt.).

Penduduk kampung: memang tak sama r dik. (sambil tersenyum kecil)

Aku:- owhhh.. apa2x pown terima kasih ye pak cik.


Lalu aku pown bersalam ngan pak cik tu lalu berlalu sambil tersenyum. (maklum r dah sesat)

Semenjak dari itu, baru aku tau yang kedua-dua tmpat tu memang berbeza. From this incident gak, banyak bnde yang aku belajar tntng selok-belok jalan kat kawasan nih.

Sewaktu di BTN membawaku kepada perkenalan kepada beberapa orang jurulatih terutamanya Pak Din. Sikapnya kadang-kadang membuatkan aku tersenyum sendirian. Dia memang pandai menyakat pelatih-pelatih yang da kat situ termasuklah aku skali yang pernah terkena ngan dia. Namun, perkara nie merupakan kenangan manis antara aku dan juga rakan-rakan ngan Pak Din yang mana aku akan ingt for the rest of my life. Insyaallah. Sewaktu di BTN juga mempertemukan kembali ahli-ahli seusrah denganku. Pertemuan dengan mereka turut membantu bagi menghadapi cabaran sewaktu cuti panjang walaupun pertemuan di antara kami amat singkat.

“….seperti orang yang telah disesatkan oleh syaitan di pesawangan yang menakutkan; dalam keadaan bingung, dia mempunyai kawan-kawan yang memanggilnya kepada jalan yang lurus (dengan mengatakan): "Marilah ikuti kami." Katakanlah:"Sesungguhnya petunjuk Allah itulah (yang sebenarnya) petunjuk; dan kita disuruh agar menyerahkan diri kepada Tuhan semesta alam,” (6:71)


Persiapan ke Utara.

Dua hari slepas habis je BTN, terus bersiap untuk bergerak ke utara bersama ngan family tuk menghadiri majlis perkahwinan kakak saudara (rumah pihak lelaki lak). Kemdian kami berjalan ke beberapa tempat utma di negeri kedah dan perlis. Secara amnya perjalanan kali ini telah melengkapkan perjalanan aku di seluruh negeri kat smenanjung malaysia. Dari sungai hinggalah ke gunung, dari daratan hinggalah ke lautan, dari kampung hingga ke bandar. Alhamdulillah banyak benda yang dapat dipelajari. Travelog perjalanan tarbiah ini mungkin akan diceritakan dalam post2x yng akan datang. Insyaallah.

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal (3:190)



0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More