Merawat Orang lain dan Dirawat

Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka.

Monday, June 28, 2010

Pada yang KEcil Itu Ada BArakahnya

Assalamualaikum w.b.t.

Pernah tak kita lihat sesetengah orang itu terkenal atas sebab yang kecil. Oleh kerana seseorang itu terkenal dengan sifat senyumnya, maka dia akan dikenang dalam masyarakat sebagai seorang yang suka memberi senyuman. Sebagai contoh yang lain, seorang sahabat saya yang suka sangt memberi salam sehinggakan sahabat2x yang lain berlumba-lumba untuk memberikan salam. Maka dia terkenal dengan sifatnya yang suka member salam tidak mengira senior mahupun junior.

Secra amnya kadang-kadang kita sering kali terlepas pada kepada perkara2x yang kecil sebegini yang mana kita masih belum mampu untuk melihat barakah yang begitu besar disebalik perkara-perkara sebegini. Walaupun perlakuan ini kelihatan seperti tidak seberapa, tetapi seandainya perkara-perkara sebegini dilakukan secara istiqamah dan dalam pada masa yang sama dengan niat yang ikhlas, maka ia akan menjadi suatu teladan yang baik buat masyarakat sekililing kita. Seandainya kita melatih diri kita untuk cuba sentiasa senyum apabila bertemu dengan masyarakat, secara tidak langsung akan turut mendidik masyarakt untuk tersenyum sama. Tanpa disedari kita turut sama mengaut amalan pahala melalui kelakuan kita yang kecil tetapi besar maknanya. Salah seorang sahabat (al-fatihah buat arwah) saya yang baru sahaja meninggal dunia amat dikenali dalam warga kolej dengan sifatnya yang suka senyum. Alngkah bagus kerana kita dikenang dengan sifat yang sebegitu.

Senyum sentiasa walaupun ianya tampak kecil

Dalam kehidupan seorang daie, kita tidak seharusnya menumpukan kepada amalan2x yang utama sahaja di samping meninggalkan amalan2x yang kecil sebegini. Kita seharusnya menjadikan perkara2x kecil sebegini sebahagian dari tabiat kita. Kita turut mampu mengutip amalan pahala disamping menjadikan orang disekiling kita selesa dengan kehadiran kita. Dan ingtlah bahawa pada yang kecil itu ada barakahnya. =)

1 comments:

assalamualaikum(nada faqrie) dlm kenangan
ha3

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More