Merawat Orang lain dan Dirawat

Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka.

Sunday, September 26, 2010

Kisah Di Bumi Ireland

Assalamualaikum



Alhamdulillah sebab akhirnya dapat menjejakkan kaki ke bumi Dublin. Setelah 2 tahun berpenat lelah mengambil program Diploma Internationally Baccalaureate (@ internationally Busy) akhirnya usaha tersebut berbaloi. Secara amnya kehidupan di Kolej MARA Banting memang suatu kehidupan yang mencabar. kekuatan fizikal dan mental amat2x diperlukan serta keutuhan kebergantungan kita terhadap Allah yang Maha Berkuasa ke atas tiap2x sesuatu. Namun segala kenangan di KMB banyak mematangkan diri serta mencedok pelbagai pengalaman yang sukar tuk dilupakan. Terima kasih KMB. :D


namun setelah berada di Bumi Ireland selama sebulan lebih, terlaluuu banyak pengalaman yang diperoleh. tak mampu untuk diungkapkan satu dalam satu coretan sahaja. Dari segi budaya, adat, gaya hidup orang2x disini, suasana dan pemandangan di bumi Ireland memang banyak untuk dituliskan. Tidak terlepas juga sikap orang2x disini terutamanya orang2x Islam di BUMI IRELAND. Secara jujurnya, nilai ukkhuwah dalam diri orang2x Islam DI BUMI IRELAND ini memang jelas terpapar. Mereka sentiasa memberikan salam terhadap saudara seislam walaupun masing2x tidak tahu akan nama dan latar belakang saudara Islamnya yang lain. This is da first thing yang aku nampak bile sebaik sahaja singgah di masjid sekitar Dublin dan memang seronok bile ada perasaan sebegitu.

Keindahan pemandangan, kesegaran dan kebersihan udaranya memang menarik hati dan menenangkan fikiran walaupun anda berada di bandar Dublin. Honestly udara kat sini memang bersih. University College Dublin yang terletak agak jauh dari bandar menambahkan keseronokan aku disini. Ketenangan dapat dirasai walaupun sekadar berada di dalam bilik sambil memandang ke luar tingkap. Sekian, wassalam.

3 comments:

semoga thabat dijalanNYA akh:)
p/s-seronak Qiam pertama bersama enta

insyaallah. smoga terus diberi kekuatan untuk berada dijalan-NYA. =)

nice blog u have :)
gmbaaarrrr??
nk tgk dublin mcm mne :)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More