Merawat Orang lain dan Dirawat

Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka.

Sunday, January 6, 2013

Teladan melalui kepimpinan

assalamualaikum wbt


Jangan salahkan anak buah yang tidak berakhlak baik
sedangkan pemimpin umpama murabbi yang tidak terdidik

Jangan salahkan anak buah lambat bergerak
sedangkan pemimpin lambat merancang dan bertindak

Jangan salahkan anak buah kerana tidak mahu berkorban
sedangkan pemimpin sendiri tidak rela menjadi korban.

Jangan salahkan anak buah yang lari dari berjuang
Sedangkan pemimpin sendiri ambil mudah dalam medan juang

Pemimpin harusnya tegas,
bukannya pemalas.

Pemimpin harus terjaga segala urusan,
bukan hanya pandai memberi alasan apabila amanah tidak dapat dilunaskan.

akhlak penampilan utama bagi pemimpin,
kerana ianya contoh bagi yang dipimpin,

setiap bicara harus mempunyai hikmah,
agar yang mendengar mendapat faedah,



Kita yang menjadi pemimpin seringkali membicarakan salah laku dan kelemahan anak buah sedangkan kita sendiri yang banyak kelemahan dan kekurangan. Menyalahkan orang yang dibawah semata-mata untuk menutup kelemahan sendiri adalah satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Pengalaman menjadi ketua kelas, ketua pengawas, ketua homeroom, pengerusi kelab Catur, Presiden kelab  Adikku Sayang dll banyak mengajar aku erti kehidupan.



Walaupun secara kasar annoucement ni ajak sume untuk datang meeting, tapi indirectly ianya sedang menegur saya secara halus yang menjadi presiden waktu itu. Terima kasih Cardcaptor Sakura. =)


0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More