Merawat Orang lain dan Dirawat

Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka.

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan Kareem

Bulan Ramadhan, bulan yang diturunkannya Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan penbeza antara yang haq dan yang batil

Seminar bertukar Camping

Kenangan sewaktu di Sungai Congkak.

Jalinan Ukkhuwah Junior dan Senior

Ya Allah, Kau ikatkanlah hati-hati kami kerana Mu.

Pesan Ayah sebelum ke Relief Mission Sabah 2011

“ Apa yang along dan kawan-kawan lakukan ini boleh dianggap juga sebagai pendakwah, kerana sebagai seorang pendakwah seharusnya bersikap sentiasa memberi dan bukannya mengharapkan pemberian dari orang lain seperti sikap sesetengah yang lain”

Travelog Umrah

Ku bermohon agar kedatangan aku yang lalu tidak menjadi kedatangan ku yang terakhir ke rumah Mu.

5 for Palestine

Moga-moga semangat kita masih terus membara untuk membela rakyat Palestin. Terima kasih buat warga Eropah kerana telah menjayakan program ini.Tahniah juga buat ISMA Ireland kerana berjaya membuat kutipan yang tertinggi.

Monday, February 22, 2010

TangGungjAWab Vs TangGungjAwab..

Assalamualaikum w.b.t...

klu kita bercerita tentang kehidupan sebagi seorang manusia, kita memang tak terlepas dari sebarang tanggungjawab. dan klu kita lari macam mana pown tanggungjawab tu akan datang kpda kita gak. adakala nya kita perlu menunaikan 2 tanggungjawab dalam pada masa yang sama dan ianya memrlukan kita untuk berada pada 2 tmpat tetapi dalam stu masa yang sama... bnde macam nih tak jdi maslh klu kita boleh membahagikan badan kita kepada 2 bahagian,

bagaimana pula klu tanggungjawab kpd agama bertembung dengan tanggungjawab kpd dunia??? so mcm mana lak kita dak memenuhkan kedua-dua tanggungjawab tersebut tanpa mengabaikan salah satu tanggungjawab???


kat sini lah terletaknya penggunaan akal kita dalam menilai sesuatu perkara... mana satu lebih priority dalam sesuatu perkara harus dikaji terlbih dahulu.. bukan maen tmbak jer decision apa yang kita nak pilih ikut perasaan....


bak kata orang tua2,

ikut hati mati,
ikut rasa binasa.

so dalam membuat sebarang keputusan, kita menggunakan akal kita sebaik mungkin kerana itu merupakan anugerah yang tak ternilai.. elakkan dari mencampuri sebarang perasaan emosi ketika membuat keputusan... emosi boleh mempengaruhi penilaian kita terhadap sesuatu perkara dan ini menyukarkan kita untuk membuat sebarng keputusan lebih2 lagi ketika dalam perbincangan...

kita yng merupakan makhluk ciptaan yang terbaik yang Allah ciptakan dan gunakanlah setiap kelbihan yang diberikan untuk jalan kebaikan.
dan yang penting

JANGAN MENGABAIKAN SETIAP TANGGUNGJAWAB YANG DIBERIKAN KEPADA KITA... BUAT SEBAIK MUNGKIN....



Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui. (8:27)

Sunday, February 21, 2010

KEcil2 CiLi APi.....

Assalamualaikum w.b.t....

klu kita tngok thread2 sebelum nih, kebanyakkan yang dipostkan panjang sangt... namun begitu tuk azam kali nih, nak wat thread yang lebih ringkas tetapi padat dan agr semua mendapat mesej yang ingin disampaikan.. biarlah kita jadi seperti cili api, walaupun saiznya agak kecil tetapi kepedasannya memang menangkap... klu orang2 negeri sembilan, masak gulai cili api nih memang kegemaran diorang.. klu tak makan pedas tu maknenya bukan anak jati negeri sembilan... bak kata orang2 kampung r...



sebagai tambahan threads mungkin akan diposkan paling kurang 2 kali seminggu... biarlah kita sentiasa beristiqamah dalam menyampaikan... nampak jer pendek tetapi padat k... orang pown mudah paham apa yhang nak kita sampaikan.. betul tak???

"Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar." (2:249)

Tuesday, February 2, 2010

Yang PErTaMA, Kedua, KetIgA dan KeEmpat....

assalamualaikum.. w.b.t...

betapa susahnya untuk setia pada yang satu.... kadang-kadang kita curang kepada yang pertama kerana yang kedua.... dan kita melebihkan yang kedua berbanding yng pertama.... padahal yang petama tadi tu lebih cantik dan lebih hebat dari yang kedua... tapi kenapa kita masih memilih yang kedua sebagai yang lebih utama dalm hidup kta????

kadang-kadang tak cukup yang kedua,,,, kita pergi kepada yang ketiga.. dalam pada masa yang sama kita cuba untuk setia pada yang kedua dan yang ketiga.. walhal yang kedua dan yang ketiga hampir sama jer dari segi rupa dan keadaan.... namun, kita terus melupakan yang pertama td tanpa sedikit pun rasa bersalah kat hati....

kenpa kita perlu membebankan diri kita buat yang ketiga dan juga yang kedua... yang pertama tetap setia menanti diri kita agar kembali kepadanya... betapa sabarnya diri yang pertama terhadap karenah kita nih....

kita sedar bahawa apabila kita berdating dengan yang pertama, kita rasa seronok sangt... namun, ntah kenapa kita masih nak kan yang kedua dan yang ketiga...

tak salah klu kita nak yang kedua dan yang ketiga... nak tambah yang ke empat pown boleh... yang keempat memang sedia menanti dan tak kisah pown dengan adanya yang kedua dan yang ketiga.... namun, sekiranya kita mengambil yang ke empat, kebarangkalian kita untuk terus meninggalkan yang pertama (sememangnya yang pertama memang kita dah lama kenal sejak bangku tadika lagi) semakin tinggi...

namun kebanyakkan daripada kita, akan terus melupakan yang pertama apabila sudah hadir yang kedua, ketiga dan ke empat dalam hidup mereka....

tapi sekiranya kita mampu untuk menjaga yang pertama, kedua, ketiga dan ke empat, di samping kita mampu meletakkan priority kita pada yang pertama ( sebab yang pertama sudah lama bersama dengan kita), hidup kita akan lebih bahagia..... namun, semua itu memerlukan pengorbanan yang lebih sekiranya kita inginkan keempat-empatnya sekali.

Saturday, December 26, 2009

meH jawab soklan2 nih.....

Assalamualaikum w,b,t..

first of all,
nak ucapkan selamat menyambut maal hijrah yang ke-1431H.... sedar tak sedar, selama itu jugalah perbezaan masa antara saat NAbi Muhammad S.A.W telah behijrah dan kita juga harus sedar yang kita semakin menghampiri saat2 berlakunya kiamat...

ape2 pown selamat menyambut tahun baru dan smoga tahun nie lebih baik dari tahun2 sebelumnya dan juga kita cemerlang dalam setiap aspek kehidupan kita.. TAk lupe buat paper2 IB yang sedang menunggu untuk aku skor 45 FULL POINTS... INSYAALLAH... 1 MORE SEM TO GO.... YOU CAN DO IT.....


BTW,
sempena tahun baru nih, i'll try to make something different than before... tuk kali nie, meh kita cuba mengasah minda kita sedikit ngan sedikit soklan...

soklan2 nyer ialah:-

1. Siapakah Anas bin MAlik???

2. Sejak bilakah ANas BIn MAlik bersama Rasulullah dan untuk berpa lama dia bersama Baginda?

3. Apakah nama lain bagi ANas Bin MAlik???

4. da siapa pula Malik BIn ANas???

5. apakah persamaan di antara ANas bin Malik dan JUga Malik BIn Anas??

6. Siapakah Imam Tasawwuf kita??

siapa pula imam Fiqh kita???

dan juga siapa imam tauhid kita???

7. Siapakah sahabat nabi yang meninggal ketika dalam perlanan berhijrah ke MAdinah??

8. Siapakah sahabat nabi yang bermimpi mengenai azan yang digunakan untuk memanggil umat ISlam untuk solat berjemaah??

9. apakah maksud 1 x 7 x 100 = 700 ???

10. Jumlah surah madaniyyah - jumlah surah Makiyyah = ______ ?????


tuk yang pertama kali nih cukup r sekadar 10 soklan jer...
kuiz nih terbuka kepada umum....
spae2 leh masuk...n tiada yuran penyrtaan heheheh.....
lastly, jawapan leh r kirim kat blok nih tp jawapan anda akan diapprove kan dulu.... jawab jangan tak jawab.. heheheh

bittaufiq wannajah.
wassalam...

Monday, December 7, 2009

Semua hak Milik ALLAH....

Assalamualaikum....

huhuhu... hari nie memang banyak menyedarkan aku....
walaubagaimanapun pengalaman nie memang manis yang teramat sangat..

hhmmmm..
macam mana nak mula eyk...

tersebutlah kisah, nak dijadikan ceritakisah ini berlaku ....
sewaktu sume pakat2 nak bersiap solat isyak....
maka setelah iqamat dilaungkan masing-masing berebut untuk mendapatkan saf yang pertama..
pada ketika itu diri ini sedang mencari ruang2 untuk mencelah ke saf yang pertama...
lalu ternampak sedikit ruang yang ada dan aku mengambil kesempatan ini untuk mencelah.....
namun begitu, setelah berjaya mencelahkan diri tiba-tiba aku diminta untuk naik menjadi imam..
time tu aku pun menerima permintaan tersebut...

setelah itu, aku pun mengambil mashaf al-Quran yang berada dihadapan ku lalu aku pun membuka mana-mana page untuk aku baca.....

***********************************************************************************
sejak kebelakangan ini aku merasakan yang mata aku mula rabun....
aku sendiri pun tak perasaan sejak bila
kadang-kadang kelihatan seperti ada kabus yang halus menutupi tulisan yang sedang dibaca ketika sedang membuat ulangkaji...
namun aku biarkan jua..
***********************************************************************************

nak dijadikan cerita, ketika sedang membaca mashaf al-Quran yang berada dihadapan mata tiba-tiba terasa kabur... tulisan yang berada dalam al-Quran tak jelas kelihatan...... akibatnya bacaanku menjadi tersekat-sekat kerana tak dapat melihat tulisan yang berada di hadapan mata.... teruk jugak r rasanya... sekarang nie pun, setiap kali menulis mahupun membaca memang kelihatan agar kabur sedkit...
nampaknya aku mungkin kene wat pemeriksaan mata selepas ini....

bile difikir-fikirkan kembali, nikmat yang Allah beri itu bile-bile masa saje boleh hilang kan.. cuma kadang-kadang kita tak bersyukur dengan nikmat yang diberi dan apabila ditarik barulah kita sedar akan kehilangannya....

cerita ini tidak berakhir begitu sahaja...
ketika aku ingin membaca doa qunut nazilah, segala hafalan ku tiba2 hilang..
aku pun tak tau kenapa..... memang tiba2 rasa ilmu tu ditarik... makmum dibelakang cuba mengingatkan tetapi aku kurang jelas mendengarnya... maka aku cube mengingatkan kembali hafalan ku.. setelah cuba beberapa kembali akhirnya dizinkan jua untuk aku mengingat kembali hafalan aku namun masih dalam keadaan tak berapa proper lag......

setelah selesai solat aku cuba mengingatkan kembali apa yang telah berlaku..
dalam pada masa yang sama aku cuba mengambil kesempatan berborak dengan sahabatku Faqrie mengenai apa yang berlaku..... di akhir perbincangan kami, kami dapat melihat banyak peringatan yang cuba disampaikan kepada kami...

kami dapat melihat bahawa Allah berhak menarik ilmunya bile2 sahaja tak kira keadaan mahupun masa... contohnya berlaku depan mata apabila aku tiba lupa doa qunut nazilah tibe2 jer....
selain itu kita harus bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan kepada kita tak kira sekecil manapun nikmat tu..... dan Allah juga berhak terhadap nikmat yang diberikan kepada kita... kita sekadar meminjam sahaja..... apa2 pun doakan kami kat sini yang sedang menghadapi exam semester 3..
kepada pelajar KMB sekalian, selamt berjuang tuk exaam nih...
k r.. nak teruskan study math
sekian, jazakallahukhaira kathira...

wassalam....

Saturday, November 14, 2009

MenariKnYa Jiwa Seorang ManuSia..

Assalamualaikum w.b.t...

alhamdulillah kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk berjuang di atas jalannya walaupun kita sentiasa ditimpa pelbagai ujian sama ada dalam bentuk kesenangan mahupun kesusahan... tapi yang penting adalah kita harus sedar bahawa setiap perkara yang mendatangi kita adalah yang terbaik buat kita... sama ada untuk menyedarkan kita ataupun untuk mendekatkan diri kita kepada Allah.. dan kita seharusya bersyukur kerana kita sentiasa diberi peluang untuk membuat pilihan sama ada untuk memilih jalan yang fujur ataupun jalan ketakwaan....

dalam hadith ke-6 Imam Nawawi, dalam badan manusia terdapat sketul daging..
jika baik daging itu maka baiklah seluruh anggotanya jika rosak seketul daging itu maka rosaklah seluruh anggotanya dan ketahuilah bahawa sesungguhnya seketul daging itu adalah hati.. ( maksud hadith, Riwayat Bukhari dan MUslim)


jika kita bercerita tentang hati, bagi saya ia amat merumitkan kerana ia kelihatan begitu abstrak sekali... kita sebagai manusia biasa tidak mampu membaca apa yang terlintas dalam hati seseorang... hanya Allah dan kita sahaja yang tahu apa yang tersirat dalam hati kita ( unless klu kita cite kat orang laen apa yang tersirat dalam hati kita)....

dalam Al-Quran telah dinyatakan bahawa hati manusia ini telah diilhamkan oleh Allah akan dua keadaan iaitu fujur dan takwa... seseorang manusia itu sangt beruntung sekiranya dia mampu mendidik jiwanya ke arah ketakwaan dan rugilah mereka yang gagal mendidik jiwa mereka....

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. (91:8)


semuanya terletak dalam pilihan kita.... sama ada untuk ingkar atau patuh....
jika dilihat kepada kedua-dua keadaan ini, fujur dan takwa merupakan keadaan yang amat bertentangan antara satu sama lain... so, pandai-pandailah kita bagaimana ingin menjadikan takwa itu sentiasa mengatasi kefujuran.....

kita dapat membahagikan jiwa manusia itu kepada tiga keadaan yang berbeza..

i) Nafsu lebih dominan
ii) pengaruh yang sama antara nafsu dan ketakwaan
iii) takwa yang lebih dominan.

jika kita lihat pada kondisi yang pertama, apabila nafsu seseorang itu menguasai jiwanya maka akan sentiasa timbul keinginan untuk memenuhi shahwat serta kesenangan dunia... sekiranya jiwa kita berada dalam kondisi seperti ini maka kita harus bertindak segera bagi memulihkan jiwa kita.. jika tiada langkah segera yang diambil maka hati kita akan segera mati.. maka amat sukar bagi kita untuk menentukan sama ada perbuatan kita adalah benar atau salah apabila hati kita sudah mati.... malah, dalam keadaan seperti ini juga akan menyebabkan kita berkelakuan sperti binatang malah mungkin lebih teruk daripada itu.....

Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran? (45:23)

dalam kondisi yang kedua pula adalah di mana nafsu yang terdapat dalam jiwa manusia sama kuatnya dengan sifat takwa... orang yang jiwanya seperti ini sentiasa berfikir panjang untuk melakukan sesuatu kerana terjadi pergolakan dalam jiwa mereka antara keinginan beramal soleh mahupun kecenderungan kepada maksiat. keadaan seperti inilah yang selalu dapat dilihat dalam kalangan kaum muslimin.

situasi ketiga adalah di mana ketakwaan seseorang itu mengatasi nafsu yang ada dalam diri mereka. jiwa seperti ini disebut sebagai nafsu muthmainah (jiwa yang tenang) setiap ibadah yang dilakukannya terasa ringan.

Hai jiwa yang tenang.Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku,masuklah ke dalam syurga-Ku. ( 89: 27-30)

konklusinya, walau apa pu keadaan jiwa kita, kita telah diperintahkan untuk sentiasa mensucikan jiwa kita. terdapat pelbagai cara untuk kita membersihkan jiwa seperti membaca Al-Quran serta mentadabburinya, solat 5 kali sehari semalam secara berjemaah, banyakkan bersedekah dan sebagainya. namun semuanya terletak pada pilihan kita sama ada untuk memilih yang terbaik atau sebaliknya...
wassalam....

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More