Merawat Orang lain dan Dirawat

Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka.

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan Kareem

Bulan Ramadhan, bulan yang diturunkannya Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan penbeza antara yang haq dan yang batil

Seminar bertukar Camping

Kenangan sewaktu di Sungai Congkak.

Jalinan Ukkhuwah Junior dan Senior

Ya Allah, Kau ikatkanlah hati-hati kami kerana Mu.

Pesan Ayah sebelum ke Relief Mission Sabah 2011

“ Apa yang along dan kawan-kawan lakukan ini boleh dianggap juga sebagai pendakwah, kerana sebagai seorang pendakwah seharusnya bersikap sentiasa memberi dan bukannya mengharapkan pemberian dari orang lain seperti sikap sesetengah yang lain”

Travelog Umrah

Ku bermohon agar kedatangan aku yang lalu tidak menjadi kedatangan ku yang terakhir ke rumah Mu.

5 for Palestine

Moga-moga semangat kita masih terus membara untuk membela rakyat Palestin. Terima kasih buat warga Eropah kerana telah menjayakan program ini.Tahniah juga buat ISMA Ireland kerana berjaya membuat kutipan yang tertinggi.

Thursday, August 19, 2010

Bangau Oh Bangau

Assalamualaikum w.b.t

Bangau oh bangau

Kenapa engkau kurus?

Macam mana aku tak kurus

Ikan tak mahu timbul 2x

Ikan oh ikan

Kenapa tak mahu timbul?

:

:

:

:


Sila klik gambar ini


Masa kecik2x dulu, memang kita slalu didendangkan ngan lagu ‘Bangau oh Bangau’. Memang sume time tu gembira jer sebab dapat nyanyi lagu nih ramai2x. sampai ke besar pown, kita masih dapat ingat bagaimana lirik lagu ‘Bangau oh Bangau’ nih. Tapi sebenarnya ada makna yang tersirat yang ingin disampaikan. Sememangnya adat melayu yang suka menegur dengar cara yang sopan dan lemah lembut. Pada zaman dulu, pantun, syair, cerita dongeng dan hikayat2x dulu banyak digunakan bagi menegur sikap sesetengah orang mahupun masyarakat.


Sebenarnya jika dilihat pada lagu ‘Bangau Oh Bangau’ nih, ia ingin mengambarkan sikap manusia yang suka meltakkan kesalahan pada orang lain tanpa melihat kesalahan diri sendiri terlebih dahulu. Mereka beranggapan bahawa dengan meletakkan kesalahan pada orang lain mereka dapat menyembunyikan hakikat kesalahan yang telah mereka lakukan dan sememangnya perkara sebegini dah menjadi budaya dalam masyarakat kita sendiri. Hatta ada yang sanggup menyalahkan batu ditepi jalan yang menyebabkan dirinya tersungkur walhal batu itu sentiasa berada ditempatnya tidak bergerak.


Kenapa dia tidak berfikir bahawa telah ramai yang telah melalui kawasan batu tersebut tapi tk pernah pun tersungkur seperti yang telah berlaku ke atas dirinya?


Dalam kehidupan seharian pun, seandainya kita gagal menyiapkan sesuatu assignment, mula r mencari kesalahan orang lain macam cikgu lambat bagitau, kawan lupa nak ingtkan, cikgu tak cakap pown dateline assignment nie bile dan macam2x ag selagi mana alasan tersebut dapat digunakan untuk menyelamatkan diri. Kenapa kta tak cuba memandang kesalahan tersebut ke atas diri sendiri kita terlebih dahulu. Mungkin kerana kegagalan kita menguruskan masa menyebabkan kita tidak dapat menyiapkan tugasan tersebut.


Sekiranya kita semak diri kita terlebih dahulu, maka kita akan kurang meletakkan kesalahan ke atas orang lain. Dalam pada masa yang sama kita dapat mengelakkan hati orang lain disakiti dan juga pergaduhan. Di samping itu, keharmonian sesame kta akan dapat dijaga dengan sebaiknya apabila kita kurang mencari kesalahan orang lain.


Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. ( 49:12)


:

:

:

Katak oh Katak

Kenapa panggil hujan?

Macam mana aku tak panggil

Ular nak makan aku 2x..



Wallahualam.

Tuesday, August 3, 2010

Ya Nabi Salam - Opick

Assalamualaikum w.b.t

dah agak berhabuk gak r blog nih. btw, post kali nih nak bawak satu lagu menarik daripada Opick. Hope u'll enjoy it. :)

http://www.4shared.com/audio/EVUkrCOd/Opick_-_Ya_Nabi_Salam.htm


insyaallah post terbaru akan dikeluarkan dalam masa yang terdekat.

Tuesday, July 13, 2010

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PEMBINAAN SURAU NURHIDAYAH TAMAN CLONLEE TAMPIN NEGERI SEMBILAN D.K

Assalamualaikum w.b.t.


ADALAH DENGAN HORMATNYA DIMAKLUMKAN BAHAWA KAMI AJK SURAU NURHIDAYAH TAMAN CLONLEE.TAMPIN N.SEMBILAN SEDANG BERUSAHA MENCARI SUMBER KEWANGAN / KELENGKAPAN SURAU UNTUK PEMBINAAN SURAU BARU KAMI


OLEH ITU KAMI MEMOHON SUMBANGAN DARI TUAN-TUAN/PUAN-PUAN PARA DERMAWAN BAGI MEMBANTU KAMI SEKADAR YANG BOLEH BAGI MENAMPONG KOS PEMBENAAN YANG DI ANGGARKAN SEBANYAK RM 250,000-00

SUMBANGAN TUAN-TUAN/PUAN-PUAN BOLEHLAH DISALURKAN KEPADA BENDAHARI SURAU NURHIDAYAH TAMAN CLONLEE TAMPIN N.S


NO AKAUN BANK CIMB TAMPIN

0506-0000034-10-0


ATAU


HUBUNGI BENDAHARI (Hj Abd Aziz)

019-2575 680


SUMBANGAN TUAN-TUAN/PUAN-PUAN AMAT BESAR ERTINYA BAGI KAMI DAN KAMI MENGUCAPKAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA DIATAS SUMBANGAN IKHLAS TUAN-TUAN/PUAN-PUAN ITU


SEMOGA ALLAH MEMBERKATI DAN MEMBALASNYA DENGAN KEBAIKAN

BERSEDEKAH KEJALAN ALLAH ADALAH AMAL JARIAH YANG BERKEKALAN

AJK SURAU NURHIDAYAH

TAMAN CLONLEE

73000 TAMPIN N.SEMBILAN



dengan kelulusan Jabatan Agama ISlam Negeri Sembilan


no surat rujukan


Bil(48) Dlm PANS 196(09) 389/3 jld 2 Bertarikh :21-04-2010M



P/s


buat rakan-rakan sekalian, harapnya kita leh bantu sama-sama dalam meningkatkan jumlah sumbangan. mungkin kita leh sebar-sebarkan ataupun menghulurkan sedikit bantuan mana yang termampu. Mana-mana rakan yang pernah datang ke rumah aku mungkin akan perasan yang surau yng tngh dibina nih dekat jer ngan umah aku. so, sama2x kita mainkan peranan kita eyh. (gambar akan diuploadkan secepat mungkin). JOM BERAMAL..

Sunday, July 4, 2010

SAng muRabbI

Assalamualaikum w.b.t.


Tuk kali post kali nih, sekadar ingin membuat ringkasan sewaktu usrah di KMB dulu. Nie merupakan sebahagian dari apa yang diperoleh. Enjoy da mind map k.



Thursday, July 1, 2010

KuLit BukaN UkurAn

Assalamualaikum w.b.t.


Masih teringt pada kata2 seorang guru dalam salah sebuah rancangan televisyen yang berbentuk forum. Beliau mengtakan bahawa beliau pernah melihat seorang Mat Motor yang kelihatan rockers dalam pada masa yang sama memakai jaket kulit hitam, seluar hitam di samping baju yang mempunyai gambar yang memang rock orang katakan. Lelaki rockers ini datang dengan motor jaguh yang diminatinya.
Note:- kejadian nih berlaku di sebuah kawasan yang tidak dinyatakan dan mungkin leh dikenali sbg si A.

Tapi seandainya kita bertemu dengan orang2x sebegini, apa pula pandangn kita terhadap mereka? Cuba jawab dulu soalan nie before continue reading this post.
Namun apa yang menariknya, cikgu ini mengatakan bahwa beliau terkejut apabila melihat si A ini tadi tiba2x membentangkan sejadah lalu menunaikan solat.

For the first sight, kita mungkin akan memandang bahawa si A ni td merupakan seorang bertentangan dengan apa yang dilihat oleh cikgu tadi. yup, berdasarkan pemerhatian aku, ramai di antara kita yang akan mempunyai pandangan yang negative terhadap orang yng serupa ngn si A. Tp siapa sangka, walaupun dia memakai pakaian yang sebgitu rupa, tapi dia masih mempunyai rasa takwa kepada Allah. Bukankah ini lebih baik daripada yang kita lihat alim dari sudut luaran tpi langsung tidak mempunyai secebis ketakwaan dan juga keimanan dalam hati.

Kebanyakkan daripada kita mungkin pernah mendengar kisah seorang pelacur yang memberi minum pada seekor anjing dan juga seorang ‘abid yang telah beribadat untuk satu tempoh yang lama namun akhirnya kufur kepada Allah. Erti kata lain, apa yang kita lihat pada seseorang pada tika ini masih belum menentukan sama ada seseorang itu akan masuk syurga mahupun neraka.


Apa yang dilihat dari luar tak semestinya sama ngan apa yang di dalam


Semuanya terletak pada penilaian Allah. Hanya Dia yang berhak menentukannya. Yang paling penting, pakaian yang dipakai, makanan dan minuman yang disuapkan, jawatan yang dipegang, status yang dimiliki, jumlah harta yang terkumpul, gelaran yang menggunung bukanlah satu parameter yang sebenar-benarnya dlam menentukan baik atau buruk seseorang itu. The most important is what inside our heart that are TAQWA and IMAN.

Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik……… (Al-Hujurat 49:11)

Wednesday, June 30, 2010

Aku TiDak PEduLisme

Assalamulaikum w.b.t


Dalam kehangatan piala dunia yang diadakan julung2x kalinya sekali dalam 4 tahun, kita dapat melihat ramai yang bersorak keriangan diatas kemenangan pasukan kegemaran masing2x. tidak ketinggalan ada yang merasa sedih atas kegagalan dan kekalahn yang dialami oleh pasukan mereka. Macam2x riak wajah dan gelagat yang ditonjolkan oleh para penonton ketika menyaksikan pasukan mereka beraksi dipentas dunia.

Tetapi dalam perasaan yang penuh ceria ketika musim piala dunia ini, kita semakin lupa dengan suadara mara kita yang sedang merana dibumi palestin. Keprihatinan kita terhadap mereka umpama tenggelam timbul dan ada psang surutnya. Masihkah kita ingt mengenai peristiwa Gaza diserang oleh tentera Israel pada awal tahun lepas. Macam2x tindakan dilakukan bagi mengutuk tindakan kejam Israel itu. Namun, setelah beberapa ketika, isu tersebut semakin tenggelam. Cerita mengenai Gaza semakin kurang dihebohkan dan akhirnya senyap tanpa sebarang pengkhabaran. Mana perginya semangt2x mereka yang begitu gah apabila gaza diserang?

Kemudian kita dapat melihat yang semangt2x sebegini timbul semula apabila pasukan bantuan kemanusiaan diserang oleh tentera elit Israel yang akhirnya menyebabkan kematian sramai 9 orang sukarelawan. Namun, semangt ini kita dapat lihat tengggelam semula apbila muncuknya pertandingan piala dunia yang semakin hangt diperkatan. As I told before, bnde macam nie ada pasang surutnya.

Kita dapat melihat ramai yang bersorak kegirangan apabila gol Berjaya dijaringkan tetapi dalam pada masa yang sama mereka tidak mengendahkan qiamulail yang sedang diadakan di masjid yang mana betul2x bertentangan dengan tempat mereka menonton perlawanan bola sepak. Secara jelasnya kita Nampak yang sikap ‘Aku tidak pedulisme’ semakin tertanam utuh dalam jiwa orang Islam terutamanya.

Masing2x terus sibuk dengan hal ehwal duniawi tanpa mempedulikan dan tanpa mengambil berat sedikitpun tntang keadaan orang sekeliling mereka. Hatta, sesame jiran pun susah untuk bertegur sapa. Akhirnya perkara ini akan menjadi barah dan umat Islam akan semakin berpecah belah.


Adakah kita sekadar mengintai sahaja dan terus mengamalkan sikap 'Aku tidak Pedulisme'


Oleh yang demikian, adakah kita mahu terus menjadikan diri kita terus berada dalam sikap ‘Aku tidak pedulisme’? sikap sebeginilah yang menjadikan kita tidak ambil tahu langsung tentang saudara kita di Palestin. Kalau ya pun, hanya untuk sementara sahaja. Fikir2xkan lah…..

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More