Merawat Orang lain dan Dirawat

Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka.

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan Kareem

Bulan Ramadhan, bulan yang diturunkannya Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan penbeza antara yang haq dan yang batil

Seminar bertukar Camping

Kenangan sewaktu di Sungai Congkak.

Jalinan Ukkhuwah Junior dan Senior

Ya Allah, Kau ikatkanlah hati-hati kami kerana Mu.

Pesan Ayah sebelum ke Relief Mission Sabah 2011

“ Apa yang along dan kawan-kawan lakukan ini boleh dianggap juga sebagai pendakwah, kerana sebagai seorang pendakwah seharusnya bersikap sentiasa memberi dan bukannya mengharapkan pemberian dari orang lain seperti sikap sesetengah yang lain”

Travelog Umrah

Ku bermohon agar kedatangan aku yang lalu tidak menjadi kedatangan ku yang terakhir ke rumah Mu.

5 for Palestine

Moga-moga semangat kita masih terus membara untuk membela rakyat Palestin. Terima kasih buat warga Eropah kerana telah menjayakan program ini.Tahniah juga buat ISMA Ireland kerana berjaya membuat kutipan yang tertinggi.

Sunday, October 24, 2010

AdakalaNYa KitA LElaH

Assalamulaikum w.b.t

Ada masanya seorang daie itu akan terhenti langkahnya. Akan tiba jua disaat seorang daie itu merasa lelah. Umpama sebuah enjin yang akhirnya perlu berhenti untuk disejukkan terlebih dahulu. Analoginya, sebuah jentera itu takkan boleh terus bergerak selama2xnya. Ianya ada masa perlu disejukkan seketika agar membolehkannya terus untuk melakukan tugasnya. Dan itulah fitrah sebagai seorang makhluk. tak mampu untuk bergerak berterusan.


Sebagai daie, adakalanya kita perlu bergerak berbatu jauhnya semata2x untuk mentajmik sana sini. Keletihan ini berterusan apabila kita masih perlu menunaikan tangunggjawab2x lain yang terpikul dibahunya kerana setiap tanggungjawab itu akan dipersoalkan di akhirat kelak. Ada yang sanggup menghabiskan wang ringgit untuk para mad'u nya dan juga setiap perbelanjaan yang diperlukan dalam jalan dakwah ini.



Berusaha Hingga ke Akhirnya......



Ya. Diri kita akan merasa penat. Itulah hakikatnya. Namun apabila kita berada dalam situasi sebegini, kita perlulah 'berehat' seketika. berehat bukan erti kata berhenti dari terus menyampaikan dakwah, senyap tanpa sebarang khabar ataupown lebih teruk keluar terus dari jalan dakwah ini. Tp konteks berehat ini adalah lebih kepada memuhasabah dan memotivasikan kembali diri kita apabila kita lelah.



Adakah tugas kita sudah selesai?

adakah kita sudah cukup menyumbang terhadap Islam?

Tidakkah kita teringin melihat bahawa suatu masa nanti Islam itu
kembli tertegak di bumi ini walaupown kemungkinan kita telah tiada pada
ketika itu?



Fikirkan sejenak. Cuba generatekan kembali segala ATP yang ada dalam jiwa. Salurkan kesemua ATP kepada segenap otot samada di bahagian upper limb or lower limb. Ransangkan kembali segala nerve2x n blood vessel yang ada. Segarkan kembali minda kita dan kukuhkan kembali setiap langkah kita. Buangkn segala toxin2x dan racun yang ada dalam hati dengan mengikhlaskan kembali niat kita setiap masa kerana kita inginkan penat kita itu berbaloi. ingatlah bahwa walaupown pada tika dan saat ini kita menerima pelbagai dugaan dan onak duri yang sentiasa mencucuk, namun kita perlu sedar bahawa dipenghujungnya adalah satu perkara yang amat manis. wassalam.

Thursday, October 21, 2010

Jalinan Ukkhuwah Musim Sejuk 2010 (JUMS)

Assalamualaikum...

Nak jemput rakan2x sekalian untuk menghadiri program Jalinan Ukkhuwah Musim Sejuk yang dianjurkan oleh ISMA Eropah.

Apa?
- Jalinan Ukhuwah Musim Sejuk 2010

Bila?
- 23 - 26 Disember 2010

Di mana?
- Glasgow, Scotland

Siapa?
- Pelajar-pelajar dari UK, Ireland, Republic Czech, German, dan yang berdekatan dengannya (baca: Eropah)

Nak sertai?
- Daftar atas-talian di:
http://jums10.ismaeropah.com/?page_id=43









Feel free to tell others~!

Sunday, September 26, 2010

Kisah Di Bumi Ireland

Assalamualaikum



Alhamdulillah sebab akhirnya dapat menjejakkan kaki ke bumi Dublin. Setelah 2 tahun berpenat lelah mengambil program Diploma Internationally Baccalaureate (@ internationally Busy) akhirnya usaha tersebut berbaloi. Secara amnya kehidupan di Kolej MARA Banting memang suatu kehidupan yang mencabar. kekuatan fizikal dan mental amat2x diperlukan serta keutuhan kebergantungan kita terhadap Allah yang Maha Berkuasa ke atas tiap2x sesuatu. Namun segala kenangan di KMB banyak mematangkan diri serta mencedok pelbagai pengalaman yang sukar tuk dilupakan. Terima kasih KMB. :D


namun setelah berada di Bumi Ireland selama sebulan lebih, terlaluuu banyak pengalaman yang diperoleh. tak mampu untuk diungkapkan satu dalam satu coretan sahaja. Dari segi budaya, adat, gaya hidup orang2x disini, suasana dan pemandangan di bumi Ireland memang banyak untuk dituliskan. Tidak terlepas juga sikap orang2x disini terutamanya orang2x Islam di BUMI IRELAND. Secara jujurnya, nilai ukkhuwah dalam diri orang2x Islam DI BUMI IRELAND ini memang jelas terpapar. Mereka sentiasa memberikan salam terhadap saudara seislam walaupun masing2x tidak tahu akan nama dan latar belakang saudara Islamnya yang lain. This is da first thing yang aku nampak bile sebaik sahaja singgah di masjid sekitar Dublin dan memang seronok bile ada perasaan sebegitu.

Keindahan pemandangan, kesegaran dan kebersihan udaranya memang menarik hati dan menenangkan fikiran walaupun anda berada di bandar Dublin. Honestly udara kat sini memang bersih. University College Dublin yang terletak agak jauh dari bandar menambahkan keseronokan aku disini. Ketenangan dapat dirasai walaupun sekadar berada di dalam bilik sambil memandang ke luar tingkap. Sekian, wassalam.

Friday, August 27, 2010

it's sweet 20. Alhamdulillah.

assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah hari nie genap umur aku yang ke 20. namun hari lahir hari nie kelihatan lebih bermakna daripada yang sebelum-sebelumnya. this are the reasons why it will be the sweeetiest memory in my life:

i) hari lahir kali nie jatuh pada hari Jumaat.
ii) Hari lahir kali ni gak jatuh pada waktu aku tengh berpuasa dalam bulan Ramadhan.
iii) dan hari nie gak hari lahir aku jatuh pada peristiwa Nuzul Al-Quran.
iv) hari nie gak aku hanya ada masa seminggu jer tuk siapkan brang2x aku sebelum fly ke Dublin,
Ireland.
v) aku taip dalam blog supaya aku leh bukak post nie dimasa akan datang.

alhamdulillah


Ini sekadar post pendek tuk kali nie. Allhamdulillah kerana masih dipanjangkan umur agar boleh beribadah dengan lebih banyak.

Thursday, August 19, 2010

Bangau Oh Bangau

Assalamualaikum w.b.t

Bangau oh bangau

Kenapa engkau kurus?

Macam mana aku tak kurus

Ikan tak mahu timbul 2x

Ikan oh ikan

Kenapa tak mahu timbul?

:

:

:

:


Sila klik gambar ini


Masa kecik2x dulu, memang kita slalu didendangkan ngan lagu ‘Bangau oh Bangau’. Memang sume time tu gembira jer sebab dapat nyanyi lagu nih ramai2x. sampai ke besar pown, kita masih dapat ingat bagaimana lirik lagu ‘Bangau oh Bangau’ nih. Tapi sebenarnya ada makna yang tersirat yang ingin disampaikan. Sememangnya adat melayu yang suka menegur dengar cara yang sopan dan lemah lembut. Pada zaman dulu, pantun, syair, cerita dongeng dan hikayat2x dulu banyak digunakan bagi menegur sikap sesetengah orang mahupun masyarakat.


Sebenarnya jika dilihat pada lagu ‘Bangau Oh Bangau’ nih, ia ingin mengambarkan sikap manusia yang suka meltakkan kesalahan pada orang lain tanpa melihat kesalahan diri sendiri terlebih dahulu. Mereka beranggapan bahawa dengan meletakkan kesalahan pada orang lain mereka dapat menyembunyikan hakikat kesalahan yang telah mereka lakukan dan sememangnya perkara sebegini dah menjadi budaya dalam masyarakat kita sendiri. Hatta ada yang sanggup menyalahkan batu ditepi jalan yang menyebabkan dirinya tersungkur walhal batu itu sentiasa berada ditempatnya tidak bergerak.


Kenapa dia tidak berfikir bahawa telah ramai yang telah melalui kawasan batu tersebut tapi tk pernah pun tersungkur seperti yang telah berlaku ke atas dirinya?


Dalam kehidupan seharian pun, seandainya kita gagal menyiapkan sesuatu assignment, mula r mencari kesalahan orang lain macam cikgu lambat bagitau, kawan lupa nak ingtkan, cikgu tak cakap pown dateline assignment nie bile dan macam2x ag selagi mana alasan tersebut dapat digunakan untuk menyelamatkan diri. Kenapa kta tak cuba memandang kesalahan tersebut ke atas diri sendiri kita terlebih dahulu. Mungkin kerana kegagalan kita menguruskan masa menyebabkan kita tidak dapat menyiapkan tugasan tersebut.


Sekiranya kita semak diri kita terlebih dahulu, maka kita akan kurang meletakkan kesalahan ke atas orang lain. Dalam pada masa yang sama kita dapat mengelakkan hati orang lain disakiti dan juga pergaduhan. Di samping itu, keharmonian sesame kta akan dapat dijaga dengan sebaiknya apabila kita kurang mencari kesalahan orang lain.


Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. ( 49:12)


:

:

:

Katak oh Katak

Kenapa panggil hujan?

Macam mana aku tak panggil

Ular nak makan aku 2x..



Wallahualam.

Tuesday, August 3, 2010

Ya Nabi Salam - Opick

Assalamualaikum w.b.t

dah agak berhabuk gak r blog nih. btw, post kali nih nak bawak satu lagu menarik daripada Opick. Hope u'll enjoy it. :)

http://www.4shared.com/audio/EVUkrCOd/Opick_-_Ya_Nabi_Salam.htm


insyaallah post terbaru akan dikeluarkan dalam masa yang terdekat.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More