Ahlan wasahlan Ya Ramadhan Kareem
Bulan Ramadhan, bulan yang diturunkannya Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan penbeza antara yang haq dan yang batil
Pesan Ayah sebelum ke Relief Mission Sabah 2011
“ Apa yang along dan kawan-kawan lakukan ini boleh dianggap juga sebagai pendakwah, kerana sebagai seorang pendakwah seharusnya bersikap sentiasa memberi dan bukannya mengharapkan pemberian dari orang lain seperti sikap sesetengah yang lain”
Travelog Umrah
Ku bermohon agar kedatangan aku yang lalu tidak menjadi kedatangan ku yang terakhir ke rumah Mu.
5 for Palestine
Moga-moga semangat kita masih terus membara untuk membela rakyat Palestin. Terima kasih buat warga Eropah kerana telah menjayakan program ini.Tahniah juga buat ISMA Ireland kerana berjaya membuat kutipan yang tertinggi.
Sunday, January 6, 2013
Teladan melalui kepimpinan
assalamualaikum wbt
Jangan salahkan anak buah yang tidak berakhlak baik
sedangkan pemimpin umpama murabbi yang tidak terdidik
Sunday, December 16, 2012
Pesanku pada Salju
Teringat ketika kali pertama kita bertemu
Kau seakan amat gembira bertemu dengan aku
sebelumnya kau tidak seperti itu
itu apa yang digambarkan pada aku
aku gembira melihat kamu
warna seputih salju
disamping dinginnya yang menusuk ke setiap inci tulang tubuhku
Pesan ku pada salju
jangan terlalu gembira sampai sebegitu
kerana aku tidak mampu menahan dinginmu
walaupun aku gemar warna lembut putihmu
Monday, December 10, 2012
Berpindah randah macam Nomad
assalamualaikum wbt..
Semenjak sekolah menengah lagi hidup umpama perantau. Every 2-3 years, aku akan berpindah ke tempat lain di negeri yang berbeza. Bermula dengan melaka, then negeri sembilan (3 years), after that pahang ( 2 tahun). Selepas tu berpndah ke banting selangor (for another 2 years). ALhamdulillah kerana selepas itu menerbangkan diri ke Ireland untuk tempoh 2 1/2 years. Insyaallah selepas ni akan ke penang pula untuk bidang clinical which another 2 1/2 years. I'm expecting that i'll do my HO in different plces in different country. Mungkin sabah atau sarawak. Wallahuálam.

Wednesday, November 28, 2012
I Want Miss Perfect!!
Assalamaualaikum wbt..
Dont want to talk much about this topic. Just let this video speaks to u. =)
Dont want to talk much about this topic. Just let this video speaks to u. =)
Sunday, November 25, 2012
Surat untuk Gaza.
Di saat kau berduka, aku gembira
Di saat kau kelaparan, aku kekenyangan
Maafkan aku
Kerana aku belum mampu
untuk berjuang bersamamu
Aku hanya mampu berdiri kaku
Di saat kau kelaparan, aku kekenyangan
Maafkan aku
Kerana aku belum mampu
untuk berjuang bersamamu
Aku hanya mampu berdiri kaku
Melihat kalian dipukul dan dipalu
Maafkan aku
Aku hanya ada sedikit wang
Itu saja baki yang aku miliki
yang aku kumpul setiap hari
Hakikatnya
ia masih belum mampu menebus
hutang aku kepadamu
Maafkan aku
Aku hanya ada sedikit wang
Itu saja baki yang aku miliki
yang aku kumpul setiap hari
Hakikatnya
ia masih belum mampu menebus
hutang aku kepadamu
Sunday, November 18, 2012
Dunia Fantasi
Adakalanya aku ingin berada dalam dunia fantasi. Bebas sebarang masalah. Aman. Tenang. Tak banyak yang aku harus fikirkan.
Dunia fantasi yang hanya ada aku sendiri. Kekal tersenyum dan hanya melakarkan warna pelangi.
Aku ingin hidup ceria. Tanpa tekanan mahupun harapan yang sukar untuk aku lunaskan.
Realiti itu satu dugaan dari Ilahi
Dunia fantasi yang hanya ada aku sendiri. Kekal tersenyum dan hanya melakarkan warna pelangi.
Aku ingin hidup ceria. Tanpa tekanan mahupun harapan yang sukar untuk aku lunaskan.
Namun,
Aku harus menyedari akan hakikat realiti.
Aku harus menyedari akan hakikat realiti.
Dimana aku berpijak di atas kaki sendiri.
Sekiranya aku ingin terus berada dalam fantasi, sudah tentu aku bisa saja melakukannya.
Tapiiii,
ke mana ianya akan bawa aku pergi
sekiranya terus dalam dunia yang bukan realiti?
Realiti itu satu dugaan dari Ilahi
agar hambanya lebih mengerti akan kewujudannya di maya ini.
realiti itu harus aku hadapi dan bukannya terus berlari, berlari dan berlari
dan aku tidak boleh terus terleka dibuai mimpi,
Realitinya,
aku pasti mencapai dunia 'fantasi',
yang aku impikan selama ini,
dengan syarat aku berjaya menempuh onak duri dalam dunia penuh realiti.
Abdul Salam
Abdul Salam
18 november 2012
8.26 malam